Hua Hin, Thailand, destinasi percutian ini memang benar tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Tetapi tahukah anda bahawa destinasi percutian pantai ini cukup menarik untuk dijelajahi, lebih-lebih lagi bagi mereka suka dengan sejarah,kebudayaan serta suasana santai.

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Terletak kira-kira 3 jam setengah pemanduan dari kota Bangkok, Hua Hin sebenarnya destinasi percutian hujung minggu kegemaran keluarga Diraja Thailand, mahupun penduduk Bangkok. Di malam hari, meski pun tidak ‘sehidup’ Bangkok, Hua Hin menjadi lebih hidup dengan adanya pasar malam yang menawarkan pelbagai produk tempatan. Tidak ketinggalan, deretan restoran yang menyajikan makanan laut terbaik.

Seindah namanya

Tak kenal, maka tak cinta, jadi adalah lebih baik anda nikmati sendiri keindahan dan keunikkan Hua Hin daripada mendengar cakap-cakap teman atau apa yang dikongsi di ruang digital. Maklumlah, setiap orang punya pandangan sendiri.

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Bagi yang sedang berkira-kira untuk membawa keluarga bercuti, mungkin boleh mempertimbangkan Hua Hin sebagai lokasi percutian seterusnya. Habiskan masa semalam dua dengan membeli-belah di kota Bangkok dan selepas itu teruskan pengembaraan bersama insan-insan tersayang di tepian pantai.

Loligo Resort Hua Hin merupakan pilihan ideal untuk anda sekeluarga. Ini kerana resort yang baru dibuka ini punya ciri istimewa untuk tetamu berkeluarga. Menyediakan kemudahan day care di Kid’s Studio, ia memberi peluang untuk anda menghabiskan masa privasi di samping suami tanpa gangguan anak-anak. Jadi bolehlah berdua-duaan menikmati hidangan makanan tengahari atau melakukan rawatan spa bersama-sama. Paling tidak, boleh berjalan-jalan di tepian pantai seperti ketika dilamun cinta dahulu. Pasti romantis!

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Berkonsepkan persinggahan tepian pantai, Loligo Resort menampilkan dekorasi segar, nyaman dan ceria. Kombinasi rona putih dan turquoise di setiap kamar membuatkan jiwa terbuai dengan suasana percutian mendamaikan. Berinspirasikan suasana perkampungan nelayan, segenap ruang di resort ini dihiasi dengan item-item dekorasi yang berkaitan perkampungan nelayan. Namun, ia disulam dengan ciri-ciri moden dengan sedikit elemen seni.

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Ads

Menawarkan 47 buah kamar luas yang terdiri daripada Deluxe Balcony Room, Mini Suite Pool/Garden Balcony dan Mini Suite Sea & Horizon Balcony, setiap bilik mampu memuatkan sehingga lima orang individu dalam satu-satu masa. Jika pasangan yang mempunyai anak (bawah 12 tahun) tidak perlu membayar caj tambahan, ia percuma. Cukup sekadar mengambil satu kamar kerana setiap jenis kamar mempunyai pilihan satu unit katil King  atau dua unit katil Queen . Memang sangat mesra keluarga. Jika bercuti bersama kawan-kawan pun,ia masih berbaloi-baloi! Sharing is caring!

Bermalasan di kolam renang atau nikmati keindahan pantai

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di resort ini. Jika ingin menikmati keindahan pantai, panjangkan langkah ke pantai yang terletak hanya 100 meter dari hotel.

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Sebagai info, pantai di sini spot terbaik untuk melihat matahari terbit. Selesai bersarapan bolehlah menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang atau berendam di jakuzi luar. Jika punya bajet lebih, boleh juga ke Blue Coral Spa untuk memanjakan diri. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga jam 10 malam, spa ini menawarkan rawatan yang memberi tumpuan pada teknik penyembuhan sebenar Thailand yang terdiri daripada pembersihan badan, urutan tradisional dan juga rawatan yang menggunakan herba panas. Harga rawatan bermula daripada THB900 untuk rawatan selama 60 minit.

Jejak tarikan berhampiran

Ads

Alang-alang sudah sampai di Hua Hin, tak mungkin anda sekeluarga mahu bertapa di dalam resort semata-mata. Apa kata anda ambil kesempatan untuk menjelajah tempat-tempat menarik di sini.

Hua Hin Railway Station

Dibina ketika pemerintahan Raja Rama IV, stesen ini merupakan salah satu stesen keretapi tertua dan tercantik di Thailand. Senibinanya terinspirasi dari Mrigadayavan Palace yang terletak di Cha Am, daerah Petchaburi. Tarikan utama di stesen ini ialah Bilik Menunggu Diraja yang sehingga kini masih digunakan oleh Kerabat Diraja. Jangan lupa bergambar di sini untuk dikongsi di laman sosial.

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Hua Hin Night Market

Pasar malam ini terletak di sepanjang Petchkasem Road. Dibuka dari jam 6.00 petang hingga lewat malam, di sini anda boleh membeli ole-ole untuk di bawa pulang serta menikmati pelbagai jenis makanan tempatan yang membuka selera.  Jangan lupa mencuba makanan laut di sini kerana selain dijual dengan harga murah, rasanya juga sangat enak.

Ads

Antara barang-barang yang boleh dibeli di sini ialah pakaian, rantai kunci, magnet peti sejuk, dan barangan kraftangan. 

Cicada Market

Jangan sesekali lepaskan peluang ke Cicada Market. Terletak di Khao Takieb – Hua Hin Road, pasar malam ini sangat berhampiran dengan Loligo Resort Hua Hin. Boleh berjalan kaki atau kayuh basikal.

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Merupakan singkatan dari Community of Identity Culture Arts & Dynamics Activities, pasar seni yang merupakan tempat berkumpul bagi bakat-bakat kreatif ini menjual berbagai produk yang lain daripada lain. Barangan di sini unik dan istimewa.

Selain itu banyak juga ‘signature dishes’ Thailand yang boleh dicuba seperti Phad Thai, Seafood Bakar, Tomyam, Pulut Mangga, Ais Krim Kelapa dan banyak lagi.

 Hua Hin Beach

Pantai ini terletak berhampiran pekan Hua Hin, kira-kira 15 minit menaiki teksi atau Tuk-Tuk. Pantai Hua Hin tidak kurang hebatnya. Pemandangannya cantik dan banyak aktiviti pantai dan laut yang boleh dilakukan.

Percutian Ideal Di Loligo Resort Hua Hin

Perkongsian oleh: Sri Rahayu Mat Nah

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI