Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, dan unik, pilihan resort atau hotel terapung atas air menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.
Ini ada idea penginapan atas air yang boleh anda pilih untuk percutian seterusnya.
1. Grand Lexis Port Dickson
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
2. Lexis Hibiscus Port Dickson
Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
3. Pangkor Laut Resort
Ads
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort ini pengunjung perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu bersama dengan yang tersayang.
4. Avani Sepang Gold Coast
Penginapan ini terletak di Sepang, dan terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Dikelilingi pemandangan laut yang indah terutama pada waktu matahari terbenam.
5. Avillion Port Dickson
Resort yang terletak di Port Dickson ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus dan melihat pelbagai spesies burung. Reka bentuk di sini juga sangat unik umpama berada di lokasi luar negara.
Ads
6. Mabul Water Bungalow
‘The best dive bases in the world,’ itulah jolokan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam atau snorkel sangat menyeronokkan. Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
7. Pom Pom Island Resort
Terletak di Pulau Sipadan, lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort ini merupakan tempat pemuliharaan penyu selain menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai spesis ikan dengan begitu jelas. Kalau suka aktiviti yang mencabar, boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
8. Sipadan Kapalai Water Village Resort
Ads
Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah. Reka bentuk penginapan ini berkonsepkan reka bentuk rumah masyarakat Bajau. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkel.
9. Berjaya Langkawi Resort
Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini pilihan terbaik jika berkunjung ke Pulau Langkawi.
10. St Regis Langkawi
Berkonsepkan hotel mewah di Langkawi, St Regis menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai yang berkongsi tentang keindahan Alunan Resort di Pulau Perhentian, tempatnya agak privasi dan sesuai untuk anda yang nak rehatkan minda dari kesibukan kota.
Serius, bagi anda yang nak privasi, boleh bercuti di sini. Resort dia cantik dan selesa. Kalau di Long Beach memang ramai pilih tempat ini, tenang!
Alunan Resort Pulau Perhentian, Ini Tempat Bercinta Dengan Alam
Tengok dari jauh pun dah terpesona sangat. Dengan air yang biru, nampak kehijaun pokok-pokok di sekeliling, cukup sesuai kalau sesekali kita nak merasa nikmat bercinta dengan alam.
Nampak tak dia punya pemandangan, bawah pokok dan di depan air laut biru. Kalau nak OOTD pun memang cun habis!
Di sini port famous untuk snorkelling, boleh tengok coral dan baby shark juga. Okay sekarang tengok dulu sekitarnya. Cantik, bukan?
Ini pula tempat makan sekitar situ, senang nak isi perut pun. Jadi tak perlu risau bab makan tu.
Nak tengok suasana bilik, layan gambar ini dulu. Memang selesa, dapat tepi laut pula.
Soal harga tu kena tolak tepi lah, nama pun tempat privasi. Yang penting selesa dan cantik. Sesekali reward untuk diri sendiri apa salahnya. Hah, kalau berminat ke sini, boleh tempah awal-awal sebelum penuh ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut perkataan janda atau anak dara, rasa teruja itu pasti ada. Namun bagi kaki hiking nama bukan persoalan kerana minat lebih utama apa tah lagi jika dapat meneroka tempat baru.
Baru yang sukakan cabaran, satu tempat boleh dikunjungi ialah Air Terjun Janda Mandi yang terletak di Kijal, Kemaman.
Dari akaun fb atas nama Air Terjun Janda Mandi, dapat dilihat betapa indahnya pemandangan air terjun di lokasi ini. Dimaklumkan lokasi indah Air Terjun Janda Mandi ini terletak di Bukit Gemok, dengan ketinggian 500 meter dari paras laut. Namun puncak dan air terjun ini berada pada jarak kedudukan yang berbeza. Nak naik ke sana lebih baik kalau upah tour guide yang sudah mahir di lokasi ini bagi mengelak sebarang musibah.
Dinasihatkan bagi yang mahu mendaki sebaiknya sebelum ke lokasi, elokkan korang maklumkan kehadiran ke sana kepada pihak yang menjaga kawasan supaya tahap keselamatan dapat dipantau bersama selain menjaga kebersihan bersama.
Tapi bagi yang ada keinginan ke Air Terjun Janda Mandi ini, di fb ini turut berkongsi sedikit pantang larang yang mungkin boleh jadi panduan kita bersama.
Antara larangannya ialah, dilarang sekeras-kerasnya menceroboh kawasan yang diletakkan barricade merah putih. Kawasan ini terletak berhampiran Kem Panchur, dari susur air kem panchur, laluan air ini menghala ke air terjun(rujuk gambar). Kawasan ini kami sifatkan sebagai kawasan perkampungan “orang asal” dan tempat minum Sang Raja Rimba. Kami mohon tempat ini tidak diganggu.
-Selepas pukul 5 petang pengunjung tidak dibenarkan lagi naik ke ATJM, pihak kami dapati masih ada yang berdegil naik selepas waktu yang tidak dibenarkan.
– Aspek keselamatan diri, pengunjung harus bertanya pada yang berpengalaman sebelum masuk ATJM, darisegi penggunaan kasut, peralatan sokongan (lampu, pisau, pemetik api dan lain-lain.
-Ingin kami jelaskan, ATJM bukan seperti kawasan rekreasi yang lain, jadi jangan buat bijak, mohon ikut peraturan.
Kredit foto :melongray / Fitry Yusoff
Sumber : Fb Air Terjun Janda Mandi
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Singgah Yoyo Rakit di Pulau Layang, Ulu Tiram, Johor ini akan jadikan percutian anda cukup menarik. Cuma ambil masa 3-5 minit sahaja dari jeti untuk sampai ke sini.
Yoyo Rakit di Pulau Layang
Bagi anda yang takut naik bot pun boleh pergi lah kat sini. Selamat! Sebenarnya ini adalah tempat kaki pancing, tapi boleh je nak datang santai-santai dengan family atau kawan.
Yang memancing teruskan memancing, anak dan isteri anda boleh layan view kat sana. Sambil itu boleh lah buat aktiviti lain. Main dam haji ke, atau bbq, santai-santai main masak-masak ala camping kalau malas nak angkut banyak barang.
BAYARAN MASUK:
DEWASA : RM 30
KANAK-KANAK : RM 15 (6-12 years)
Owh ya, kat atas tu pun ada kedai makan juga. Lepak makan sambil menikmati pemandangan laut. Sungguh, di Sungai Layang anda boleh rasai sunrise dan sunset yang cantik.
Jadi, jangan kata Ulu Tiram tak ada tempat best untuk buat aktiviti bersama keluarga, boleh ke sini dengan bawa anak-anak merasa percutian sambil memancing dan layan view rumah atas air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...