Destinasi percutian paling dekat untuk warga Lembah Klang tentunya Port Dickson. Inginkan kelainan dan tinggal di kontainer yang cantik dengan suasana persis di luar negara? Kat PD pun ada.
Solesor Kampong Beach Resort yang terletak di Kampung Baru Teluk Pelanduk menawarkan penginapan dalam kabin yang cukup selesa. Suasana keliling yang berlatar belakangkan alam semulajadi dan pantai dengan pasir yang memutih membuatkan resort ini tampil moden dan eksklusif.
Mempunyai beberapa jenis pilihan bilik sesuai dengan bajet dan saiz keluarga, fasiliti yang ada di sini juga lengkap selesa.
Untuk yang berkeluarga, kolam renang pastinya antara faktor pilihan bila memilih penginapan. Jangan risau kerana kolam renang kat sini cukup besar dengan view yang menghadap pantai.
Selain bilik yang selesa, terdapat juga beberapa port menarik untuk anda rakam gambar bila bercuti di sini. Selain itu juga ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan tatkala menginap di sini.
Tempat yang luas dan cantik membuatkan tempat ini cukup privasi dan selesa untuk percutian anda. Tak perlu risau tentang makan kerana tempat ini turut menawarkan pakej bilik lengkap dengan hidangan makan sepanjang percutian anda di sini.
Nak rileks dan tenangkan diri lari sebentar dari kesibukan kerja, kat sini memang pilihan terbaik!
Alamat: Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fuh! Teruja Jumpa Perkampungan ‘Manusia Kecil’ Di Leofoo Village Taiwan
Jika bercadang atau merancang percutian keluarga ke Taiwan, catatkan destinasi Leofoo Village sebagai destinasi yang perlu dikunjungi. Terletak di daerah Hsinchu Taiwan, Leofoo Village antara destinasi terbaik percutian keluarga yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi. Segalanya terdapat di sini, dari taman tema bertaraf dunia, binaan landskap dunia mengkagumkan, penginapan empat bintang unik lagi esklusif serta sajian makanan lazat yang Halal.
Mini Replika Binaan Dunia Jadi Tarikan
Apabila berada di dalam kawasan Leofoo Village, singgah sebentar di Window On China untuk melihat hasil ketelitian serta kehalusan mini replika pelbagai jenis bangunan dan binaan termasyhur dunia. Window On China telah dianugerahkan antara 10 destinasi tumpuan pelancong ke Taiwan. Kira-kira 133 miniatur bangunan terhidang di hadapan mata termasuk Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Taiwan, Menara Pisa Itali, St Basil Rusia, dan patung Statue of Liberty Amerika Syarikat. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini. Berada di kawasan ini umpama berada di dunia kerdil dan anda adalah sang gergasi.
Menjengah Harimau ‘Life of Pi’
Bagi menambahkan keseronokan percutian di lokasi ini, berkunjunglah ke Leofoo Village Theme Park. Ia adalah taman tema yang terdiri daripada empat konsep hiburan mengikut tema beberapa negara seperti African Safari, South Pacific, Wild West, dan Arabian Kingdom. Malah, ia menawarkan lebih 30 permainan serta aktiviti di zon basah dan kering yang cukup menghiburkan terutama roller coaster berbentuk U yang kedua tertinggi di dunia.
Terdapat juga haiwan liar dibiar bebas berkeliaran seperti harimau, singa, zirafah dan badak. Setiap spesies haiwan ditempatkan dalam komuniti sendiri dengan pintu jeriji besi sebagai pemisah. Kalau pernah menyaksikan filem pecah panggung Life of Pi, harimau yang digunakan di dalam filem tersebut dipinjamkan dari taman ini dan dikatakan telah menjadi ‘selebriti terkenal’ di sini.
Pengunjung boleh memilih menjelajah seluruh African Safari dengan bas atau keretapi mini yang disediakan. Haiwan lain yang unik terdapat di sini adalah spesies alpaca. Anda dibenarkan memberi haiwan jinak ini makan dengan membeli makanan yang disediakan berhampiran ruang sangkarnya.
Selain bersantai dan mengenali haiwan, pengunjung berpeluang menyelami dunia koboi di Wild West, menghayati hikayat 1001 malam Aladdin di Arabian Kingdom dan mencuba pelbagai permainan air di South Pasific. Jangan lupa untuk singgah di kedai cenderamata untuk membawa pulang beberapa buah tangan sebagai kenang-kenangan, terutamanya ikon haiwan alpaka yang comel.
Hidangan Lazat Timur Tengah
Sebagai memenuhi keperluan pelancong Muslim untuk dapatkan hidangan halal, pengunjung beragama Islam boleh mendapatkan makanan cita rasa Timur Tengah di Restoran Aladdin dalam kawasan Leofoo Village Theme Park dengan mudah.
Pelbagai menu Asia Barat tersedia buat pengunjung seperti Grilled Squid Salad, Chick Peas Sauce & Pita, Red Lentil, Stewed Mutton, Grilled Chicken Leg dan Puding Nasi. Anda pasti tertarik melihat nasi briyani berbentuk piramid menghiasi pinggan dengan lauk kurma kambing atau ayam tandoori. Apa yang penting, taman tema ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung muslim termasuk bilik solat dan tandas berpaip.
Check In Dalam Safari
Rehatkan lelah anda selepas seharian berlibur dengan memilih menginap di Leofoo Resort tidak jauh dari Window On China dan terletak berhampiran Leofoo Village Theme Park.
Membangunkan konsep Safari inspirasi dari negara Afrika, resort ini menawarkan hanya 161 buah bilik esklusif demi menjaga hak bersendirian tetamunya. Tidak kira kanak-kanak atau golongan dewasa pasti terpukau dengan konsep unik yang ditawarkan iaitu menginap bersama haiwan disekeliling resort.
Umpama berada di dalam zoo, anda boleh melihat zirafah, kuda belang, badak, dan banyak lagi hanya dari jendela kamar atau baring di atas katil. Jangan risau mengenai masalah bau-bauan haiwan yang timbul dari persekitaran safari, kerana setiap kamar dilengkapi dengan gelas kaca yang nyah bau.
Bilik anda tidak akan sesekali memberikan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada di jambatan yang menghubungkan kawasan safari ke resort, terdapat haiwan terutama zirafah menghulur keluar kepala, jangan sentuh atau memberi makanan. Ianya perkara yang sangat dilarang di sini.
Pada malam hari pula, terdapat persembahan dari suku kaum Afrika yang begitu mengujakan dengan rentak tarian yang pasti membuatkan mata anda tidak berkelip. Memang sesuai sekali resort ini diberi pengiktirafan sebagai ‘Asia’s first and only ecological and animal themed resort’.
Cara Ke Sini
Keretapi (Taiwan Railway)
- Ambil perkhidmatan keretapi Taiwan Railway dari stesen Taipei ke stesen Chungli. Setibanya di Chungli Train Station ambil perkhidmatan bas (Hsinchu Transport Bus) terus ke Leofoo Village dengan perjalanan selama 70 minit.
THSR (Taiwan High Speed Rail)
- Setibanya di stesen THSR Hsinchu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan masa perjalanan hanya 20 minit untuk sampai di Leofoo Village.
Kereta
- Menggunakan lebuhraya nombor3 dan keluar ke Guansi (4km)
- Menggunakan lebuhraya nombor1 dan keluar ke Youth (13km)
Bas
- Bas ini bergerak terus ke Leofoo Village dari Taipei (Sungshan Airport Station) mengikut jadual masa perjalanan yang telah ditetapkan. Rancang masa anda lebih awal jika ingin menggunakan perkhidmatan ini agar tidak tertinggal bas. Lebih kurang 90 minit masa perjalanan yang diperlukan untuk sampai di destinasi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jamu Mata Kehijauan Sawah Padi, Datanglah Ke Padihijau Homestay
Kalau suka melihat kehijauan sawah padi, anda boleh datang ke Padihijau Homestay yang terletak di Sungai Besar, Selangor.
Tidak hanya membina sebuah kediaman eksklusif dengan kemudahan kolam mandi, ruang pandang yang luas dengan bonus panorama sawah padi yang menghijau jadi satu kelebihan.
Pilih Padihijau Homestay
Malah, owner juga kreatif membina rumah dengan pelbagai design penuh warna-warni demi memikat hati pengunjung.
Homestay yang berlatar belakangkan panorama sawah padi ini sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Homestay ini ada 3 rumah kon dan 2 chalet kecil sesuai dengan kawasannya yang jauh dari kesibukan kota.
Kalau anda datang sini, digalakkan untuk membawa basikal untuk menikmati suasana kampung yang mendamaikan.
Lokasi:
Padihijau Homestay
Jika kalian bercuti di sini, boleh pilih dua jenis penginapan iaitu chalet tiga segi dan unit banglo.
Tetapi kalau datang dengan famili besar, lebih baik menginap di banglo yang lengkap dengan dapur.
Alamat: No 15, Parit 8 Timur, Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: PadiHijau Homestay
Instagram: @homestay_padihijau
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Benda Apa Nak Beli Kalau Jejak Pasar Malam Cameron Highland? Ini Cadangan Penduduk Lokal
Percutian ke Cameron Highland tidak sah kalau tidak singgah ke Pasar Malam Cameron Highland. Dahulunya pasar malam ini bertempat di Brinchang, namun kini sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih teratur iaitu di Golden Hills dan dikenali dengan panggilan Pasar Malam Golden Hills. Jangan ada yang tak tahu pula!
Pasar malam ni bermula pukul 4.00 petang sehingga pukul 11.00 malam. Beroperasi pada hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu), cuti umum dan cuti sekolah sahaja. Jika anda datang bercuti pada hari yang tidak dinyatakan di sini jangan buang masa pula tunggu pasar malam buka. Anda boleh ke beberapa kawasan tumpuan lain yang ada menjual pelbagai produk tanah tinggi dan makanan lazat. Tetapi pasti tidak akan ‘sepuas’ dapat berbelanja di Pasar Malam ini.
Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.
Sumber Foto: cavinteo.blogspot.com
Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?
1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai tokeynya orang bukan Islam ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini. Cari peniaga yang betul-betul orang melayu tempatan.
2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh.
3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.
Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.
Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.
Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:
1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry
7. Jagung ori Cameron Highland. Tengok warna tau! Kalau warna hijau gelap macam ni confirm ori. Kalau warna kuning pudar tu jagung Ipoh tau
Boleh jadi rambang mata beli kat sini tau. Haha
Waktu Operasi:
- Jumaat – Sabtu (4.00pm – 11.00pm)
- Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi:
- Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
Sumber: Gobok Homestay
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI