
Nak bercuti ala Santorini? Tak payah pergi jauh-jauh ke luar negara kerana sekarang anda boleh alaminya sendiri di Selangor. Resort yang cantik, bersih dan dikelilingi hutan menghijau adalah lokasi yang cukup sesuai buat anda yang ingin berehat sebentar dari kesibukan kerja atau terma baharu yang sering digunakan iaitu ‘healing’
Terletak di Kerling, Selangor, Beacon Resort yang diinspirasikan oleh rekabentuk penginapan yang ada di Santorini, Greece merupakan lokasi percutian alam untuk anda jadikan pilihan destinasi percutian.
Tempat ini dibina di tepi sungai dengan mata air panas semula jadi, dedaunan tropika dan tasik yang indah.
Ada banyak pilihan untuk kemudahan bilik yang boleh anda nikmati mengikut kesesuaian, termasuk mata air panas semula jadi, meredah hutan dan banyak lagi.
Lagi best bila tempat dah cantik, rugilah kalau tak ambil peluang untuk bergambar sampai puas. Banyak sudut untuk mengambil gambar yang sesuai untuk dimuat naik ke akaun media sosial anda!
Selepas raya boleh plan bercuti ke sini, sambil menghirup udara segar, dapat nikmati juga air sungai yang jernih dan juga kolam air panas.
Alamat:PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang, Hulu Selangor, Kalumpang, Malaysia
FB: Beacon Resort

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenomena Aneh Berlaku Di Air Terjun, Australia Akibat Angin Kencang

Selapas dilanda musim kemarau, kemudian kebakaran hutan teruk, Australia kini berdepan pula dengan angin kencang, hujan lebat dan risiko banjir.
Keadaan cuaca melampau yang melanda daerah pantai timur Australia ini turut menyebabkan ‘fenomena anah’ air terjun turun ‘terbalik’ akibat angin kencang yang melanda Kurnell, Sydney sejak minggu lepas.
Air terjun yang lazimnya mengalir ke bawah, kini dilihat seolah mengalir naik ke ‘atas’ dan air melipah di tebing sungai akibat tiupan angin yang begitu kencang.
Penduduk tempatan dan pelancong telah diberi amaran agar tidak pergi ke laut untuk meluncur kerana dikhuatiri banjir besar akan berlaku. Namun, dikatakan masih ada yang berani melakukan aktiviti itu dan langsung tidak mempedulikan arahan bahaya dikeluarkan.
Kejadian air pasang akibat hujan lebat sehingga boleh menyebabkan hakisan di sepanjang laluan pantai juga dijangka akan berlaku.
Sumber: astroawani | dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Kemudahan Lengkap, Pekerja Pastikan Tempat Bersih. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Camping Di Aussie!!

Tidak dinafikan, ramai kini yang gemar memilih percutian camping bersama keluarga.
Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi, dapat juga menambah kemesraan dengan anggota keluarga yang turut serta berkumpul sambil melakukan pelbagai aktiviti disukai.
Jika di Malaysia, Kita akan memilih camping di tempat yang ada air terjun, sungai atau kawasan pantai.
Tetapi lain pula ceritanya dengan wanita ini di Australia yang menghabiskan masa bersama keluarga bercamping di Caravan Park yang menyediakan pelbagai kemudahan lengkap untuk pengunjung.
Mai la nak kongsi cerita sikit tempat camping kat Aussie sikit. Kali ni kami cuba di Caravan Park. Caravan Park yang kami pergi ini ada macam-macam jenis tempat untuk bermalam seperti chalet, caravan dan motorhome site, campervan, powered tent site dan unpowered site. Kiraan semalam dikira ikut satu kepala dan ada ikut per sekeluarga.
Macam kami ambik powered tent site yang family untuk 2 dewasa dan 4 anak. Harga aud58 semalam (jangan convert na… Ni kira macam rm58 la gitu). Then mereka akan tanya keluasan tent. Kami ambil size 5 x 3 meter.
Memang ngam-ngam size untuk tent 10 p northstar dark room kami. Boleh pilih size mana yang kita nak ikut size tent tanpa caj lain. Aud58 ni kira mahal lah untuk powered tent site. Tetapi sebab ini adalah di Caravan Park jadi tak adalah ralat sangat sebab banyak kemudahan yang ada.


Kemudahan yg ada seperti swimming pool, playground, tempat BBQ elektrik, tandas 6 +6,bilik mandi 4+4, laundry beserta mesin basuh dan dryer , kitchen beserta peti ais, microwave, dapur gas serta peralatan memasak, kawasan makan yang besar beserta TV, convenience store, tempat sidai baju dan semua kemudahan sesuai untuk golongan kurang upaya.

Kiranya harga ini sangatla berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Check in dari 12 tengah hari dan check out jam 10 pagi. Walaupun banyak kemudahan tapi masih di dalam kawasan hutan.
Semua kawasan disitu dibersihkan setiap pagi oleh pekerja disitu.. Setakat yang saya nampak ada la dalam 10 orang. Swimming pool setiap jam staff akan çek kadar kebersihan air dan kutip daun yang masuk dalam pool.



Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada individu yang ada atau ingin membuka camp site di malaysia. Benda yang baik kita kongsi bersama2 tak mau kecam2 na.
*Waverock Caravan Park Hyden Western Australia
Kredit: FB Ozoutdoor2u
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MERSING: LOKASI 9 PULAU CANTIK DI JOHOR

Isi Kandungan
Toggle
Mersing; pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Pulau ini mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Ia hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot bagi 9 pulau termasuk Pulau Tioman, kecuali Pulau Sibu.
Terdapat 9 pulau di Johor
1. Pulau Aur
2. Pulau Besar
3. Pulau Pemanggil
4. Pulau Rawa
5. Pulau Tinggi
6. Pulau Sibu
7. Pulau Harimau
8. Pulau Dayang
9. Pulau Tengah
Pulau Aur

80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dikalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna -warni dan pantai yang cantik.
Dari Pulau Aur, anda boleh ke pulau kecil Pulau Dayang. Kedua-dua pulau ini terbaik bagi kaki selam skuba memandangkan Pulau ini jauh dari Pantai, air disini sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh dijumpai. Ramai pelancong Singapura datang ke sini.
Monsun timur laut membawa hujan lebat ke pulau sekitar November dan Mac, manjadikan pulau sukar diakses dan tidak selamat untuk aktiviti. Monsun tenggara juga hadir sekitar Mei dan September, menjadikan bulan-bulan lain waktu ideal untuk dilawati.
Pulau Besar

Dulu dikenali Pulau Babi Besar. Dipercayai banyak babi hutan liar di sini, namun kini menghilang. Pulau Besar boleh diakses selepas menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Jika anda pernah menonton rancangan realiti TV Expedition Robinson, maka anda tahu anda bakal ke syurga dunia.Pantai yang bersih cantik dan putih serta resort cantik menanti anda, bersama hidupan marin dan kepelbagaian batu karang yang cantik.
Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.
Walaupun pulau ini agak kecil (4 km panjang , lebar 1km) terdapat 4 resort untuk dipilih. D’Coconut yang paling selesa sementara yang lain menawarkan penginapan asas. Banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana; anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada disini.
Meskipun bahagian tengah pulau berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.
Pulau Pemanggil


Pulau ini terletak 45km dari Mersing. Perjalanan mengambil masa sekitar 4-5 jam. Air disini amat jernih dan pasirnya keemasan bersih. Pulau ini menawarkan cerita rakyat tradisi orang kampung, pengalaman memancing dan merasa durian dan mangga dari dusun.
Hikayat pulau ini dipercayai lelaki Indonesia dan keluarganya belayar berhampiran Pulau. Kemudian malamnya bermimpi suara memanggil untuk menghuni pulau ini. Dari sinilah dapatnya nama Pulau Pemanggil. Kemudian semakin ramai orang dari Indonesia dan Pulau Aur datang menghuni disini.
Pulau ini memiliki batu karang cantik, hidupan laut yang banyak dan syurga bagi kaki pancing. Ramai mengatakan Pulau Pemanggil antara spot terbaik memancing laut dalam. Ikan marlin, ikan yu, ikan pari dan tuna antara yang selalu berada disini. Hanya terdapat Lanting Beach Resort di sini jadi pastikan anda menempah awal agar tidak kecewa.
Pulau Rawa


Pulau kecil yang cantik dikelilingi air membiru yang dalam. Ia terletak 16km dari Mersing. Tarikan utama ialah pantai bersih putih, hidupan marin dan batu karang cantik. Pulau ini dilitupi hutan yang tebal dan sukar untuk ditembusi.
Kerana pulau ini kecil, tidak ada kemudahan pengangkutan di Rawa. Hanya 15 minit perjalanan untuk ke bahagian lain pulau.
Bahagian timur pulau, yang penuh dengan batuan besar tidak boleh diakses. Hanya ketika laut tenang, anda berpeluang berkanu sekitar pulau. Ini cara terbaik untuk melihat keindahan sekeliling pulau yang penuh dengan batuan serta sedikit gua. Anda dilarang melakukan aktiviti air ketika cuaca buruk kerana tidak ada jeti dan angin serta ombak akan menolak anda ke laut terbuka.
Mereka yang menggemari trekking, anda boleh mendaki 270 tangga ke puncak di bahagian timur pulau, memberi pemandangan persisir pantai Johor dan pulau berhampiran serta spot terbaik untuk sunrise dan sunset. Pulau ini juga boleh disinggah selepas melancong Pulau Tioman.
Pulau Tinggi


Juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar China beratus tahun dahulu. Ia terletak 32km dan 45 minit perjalanan dari jeti Mersing.
Kaya dengan sejarah, dahulunya menjadi tempat singgah pedagang dan nelayan. Pulau ini memiliki pantai berish, bukit yang tinggi dan hutan yang tebal, pusat hidupan marin, kampung nelayan dan resort moden.
Pusat hidupan marin disini memberi pengetahuan yang baik terhadap pulau ini dan terlibat dalam program penetasan penyu dan penternakan kerang gergasi. Seperti biasa, aktivit-aktiviti seperti di pulau lain terdapat disini. Perjalanan 35-40 minit dan anda akan sampai ke air terjun dan kolam kecil yang cantik. Anda perlu mendapat pemandu arah kerana denai yang tidak mempunyai arah yang baik. Dari sini juga , anda boleh akses ke Pulau Sibu.
Pulau Sibu


Pulau SIbu adalah gugusan pulau lain iaitu Pulau Sibu Hujung, Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Tengah. Sebahagian pulau ini juga dirakam dalam rancangan TV Expedition Robinson.
Di sebelah timur pulau terdapat 4 lagi pantai utama, yang menawarkan anda pantai putih bersih, air yang sangat jernih dan ketenangan. Pulau ini hanya kurang dari 1km luas dan keseluruhannya rata. Anda mudah akses dari satu tempat ke tempat lain. Tiada jalanraya di sini.
Di selatan pantai, pulau ini terlindung dari angin, menjadikan air seperti di tasik dan spot yang best untuk mandi. Terdapat juga pokok bakau di sekitar. Pulau Sibu hanya boleh diakses dari jeti Tanjong Leman. Bagi kaki skuba, ada pusat skuba, Sea Gypsy Village Resort, dimana kursus PADI boleh ditempah. Kampung Duku disini dikuasa sepenuhnya menggunakan solar.
Pulau Harimau


Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara.Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat.
Ia juga boleh diakses dari jeti Mersing. Ramai datang ke sini untuk selam skuba dan snorkeling.Pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik. Pulau ini dipercayai lokasi singgah berteduh bagi lanun waktu dahulu. Terbaru, pulau ini tidak boleh diakses.
Pulau Dayang


Pulau Dayang teletak sebelah Pulau Aur. Ia juga antara spot terbaik untuk melihat hidupan marin. Pulau ini juga sempuna untuk anda relaks bercuti sambil melakukan aktiviti air.
Ia juga terkenal dikalangan penyelam skuba kerana lokasi ini mudah dijumpai ikan yu, paus dan ikan pari. Disini disediakan kursus menyelam untuk mereka yang baru dan berpengalaman. Sesi menyelam ini biasanya dijalankan pada Februari – November. Terdapat beberapa hotel dan resort disini.
Pulau Tengah

Foto: sgmytaxi
Pulau Tengah adalah milik peribadi dan terletak 15km dari jeti Mersing. Pulau ini terkenal kerana dahulunya menjadi tempat berlindung pelarian Vietnam pada tahun 70an dan telah ditutup pada tahun 80an.
Ini memberi perspektif sejarah terhadap pulau ini selain ia juga antara lokasi bagi rancangan TV Expedition Robinson. Pulau Tengah antar pulau yang digazet di Johor sebagai Taman Laut kerana hidupan marin yang pelbagai dan kecantikan terumbu karang. Pulau ini lebih popular berbanding pulau lain di Johor. Seperti biasa, anda boleh melakukan aktiviti air seperti di pulau lain.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI