Ingin bercuti di dalam negara tapi suasana persis di luar negera? Sebenarnya kat Malaysia pun banyak destinasi seperti itu dan salah satunya ada terletak di Dungun, Terengganu. Penginapan yang dinamakan Awan Cactus ini sangat cantik dengan lokasinya yang terletak berdekatan dengan pantai.
Terdapat dua unit dengan dekorasi berkonsepkan moden dan rustic, bercuti di sini bagai berada di luar negara. Ada yang mengatakan seperti berada di Santorini, Greece dan ada pula yang menggambarkan percutian di Phuket, Thailand bila menginap di sini.
Setiap sudut memang cantik dan boleh jadi port OOTD bila menginap di sini. Terdapat 2 unit yang diberi nama Awan dan Cactus, kedua-dua mempunyai private pool. Untuk yang punya keluarga besar bole memilih unit Cactus kerana ia dilengkapkan dengan tiga bilik tidur, manakala unit Awan pula mempunyai dua bilik tidur.
Terletak tidak jauh dengan kawasan pantai, antaranya ialah Pantai Tanjung Jara dan Pantai Teluk Bidara, yang menginap kat sini boleh sambung sesi OOTD di pantai terdekat. Barulah lengkap percutian dengan gambar-gambar cantik dan menarik.
Fasiliti yang disediakan juga lengkap, antaranya peti sejuk, iron, microwave, penapis air dan banyak lagi bagi memastikan keselesaan dan keharmonian pengunjung yang menginap di sini.
Untuk yang dah ada plan nak bercuti ke Dungun, bolehlah usha terus homestay cantik ini dan terus buat booking. Tempat cantik kan selalu menjadi tumpuan. Rugi kalau tak rasa sendiri menginap di sini dan ber-OOTD sampai puas!
Alamat: Awan Cactus, Kampung Kubang Putat, Dungun, Terengganu.
Kredit: Viral Terengganu Kini