Percutian Glamping Di Hujung Pantai. Permata Tersembunyi Di Sedili Besar, Johor

Share

Glamping ala-ala penginapan iglu dengan pemandangan laut yang terbentang luas. Memang mengasyikan!

Sebelum ini lebih dikenali sebagai Tanjung Sutera Resort, kini Sea Horizon Resort yang terletak di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor punya tarikan istimewa untuk percutian indah kalian. Apa yang menarik? Baca info daripada Nor Shazwani Shamshudin.

Resort tepi pantai di perkampungan nelayan, berhampiran jeti pendaratan hasil laut dengan breath taking view. Bagi saya, its a hidden pearl walaupun agak underrated- sangat cantik, tenang dan selasa dengan bilik berharga antara RM200++ sehingga RM700++ satu malam mengikut jenis bilik (termasuk sarapan pagi).

  • Antara jenis bilik ditawarkan adalah ‘Standard Room, ‘Pond View Room’, ‘Sea View Suite’, dorm dan paling best mestilah ‘Glamping Suite’.
  • Glamping berasal dari perkataan ‘Glamour Camping’ memang menjadi trend sekarang dan pasti menjadi pengalaman yang mengujakan.
  • Swimming pool untuk dewasa dan kanak kanak berhampiran lereng dengan pemandangan laut lepas menjadi tarikan utama.
  • Pantai berbatu di bahagian bawah cerun resort kurang sesuai untuk aktiviti mandi manda.
  • Bagaimanapun, masih boleh turun ke bawah untuk ‘main air’ dan melihat formasi batu batuan yang unik.
  • Kali pertama berpeluang menginap di ‘Glamping Suite’- suite besar, dengan katil ‘king size’ menghadap laut. Can you imagine….buka mata nampak laut biru kehijau hijauan.
  • Boleh tengok sunrise dan sunset di platform suite sambil bersantai minum kopi.
  • Rasa malas nak keluar bilik!
  • Semua nya serba selesa dan sempurna!
  • Malam boleh bawak beanbag ke platform, berbaring sambil tengok bintang dan dengar bunyi ombak. Indah!

Selain resort, apa yang best tentang Sedili Besar?

  • Saya suka suasana kampung yang kurang sibuk.
  • Orangnya ramah dan harga makanan yang sangat murah selalu manarik saya kembali ke sini.
  • Boleh pilih untuk sarapan pagi berhampiran jeti- Nasi Dagang ialah menu wajib order kami setiap kali berkunjung ke sini.
  • Makan tengahari di Medan Selera Jeti Awam atau gerai Asam Pedas bersebelahan.
  • Mesti cuba celup celup- makanan laut segar digoreng tepung bersama sos istimewa dan sambal kicap untuk minum petang. Selain itu, ada juga maggi dengan aneka makanan laut.
  • Untuk makan malam, biasanya saya akan kembali ke restoran Nasi Dagang untuk masakan panas berasaskan seafood.
  • Bihun goreng udang selonggok memang terbaik.

View gambar yang saya share, kot kot teringin nak pergi. So, jom ke Sea Horizon Resort

Oleh
Admin