‘People Power Revolution’ 1986 Tersenarai Dalam Kalendar Cuti Warga Filipina

Share

Bila Libur study semua cuti umum yang ada dekat negara-negara di rantau asia tenggara dan bila kami sampai ke negara Filipina, kami dapati ada cuti yang dikhususkan untuk sambutan revolusi rakyat.

Em? Revolusi rakyat dijadikan sambutan dan diberikan cuti? Ini menarik kerana jarang benda-benda rebel ni dijadikan sebagai satu benda baik dalam sejarah sesebuah negara, apatah lagi diberikan cuti.

Jadi kami pun selidik la.. Rupanya cuti ini diberikan bagi memperingati usaha rakyat menjatuhkan autokrat korup Ferdinand Marcos pada 1986.

Ferdinand Marcos ini adalah presiden ke-10 Filipina dan terkenal kerana kleptokrasi yang beliau lakukan.

Ohh.. patut la.. Okay bagi mendapatkan sedikit info berkenaan cerita ni, jom kita baca sedikit

input yang kami dapat berkenaan hari cuti tersebut.
Sumber foto: newsinfo.inquirer.net

Ulang Tahun Revolusi Kekuatan Rakyat atau People Power Revolution Anniversary diadakan pada 25 Februari setiap tahun di Filipina bagi memperingati demonstrasi aman yang berlaku pada tahun 1986 di Epifanio Delos Santos Avenue (EDSA) sehingga membawa kepada penggulingan pemerintah Filipina yang korup iaitu Presiden Ferdinand Marcos.

Nota kaki: Epifanio Delos Santos Avenue atau EDSA adalah jalanraya yang dijadikan tempat berhimpun sewaktu revolusi rakyat Filipina pada tahun 1986.

Sejak 2010, ulang tahun ini dijadikan cuti sekolah dan kedua-dua sekolah awam dan swasta di Filipina akan ditutup, sementara perniagaan tetap dijalankan seperti biasa. Pada tahun-tahun sebelumnya, 25 Februari dijadikan sebagai cuti umum. Sekarang, hari Isnin yang terdekat pada tarikh sambutan hanya dijadikan sebagai hari cuti untuk sekolah sahaja.

Sumber foto: opinion.inquirer.net

Untuk pengetahuan anda, revolusi ini turut dikenali sebagai Yellow Revolution kerana warna baju yang dipakai oleh penunjuk perasaan sewaktu turun berdemo di jalanraya Epifanio Delos Santos Avenue. Sambutan yang disambut hari ini adalah bagi memperingati usaha revolusi yang bermula sejak tahun 1983 dan tercetus apabila berlakunya pembunuhan senator pembangkang, Benigno Aquino Jr. Rakyat Filipina turut mempercayai bahawa pilihanraya presiden tahun itu telah disabotaj bagi mengekalkan Marcos ditampuk kuasa.

Selain itu, demonstrasi 1986 ini dianggap sebagai demonstrasi paling aman di dunia kerana rakyat Filipina berjaya menggulingkan seorang autokrat yang menindas rakyat tanpa pertumpahan darah.

Sumber foto: ffemagazine.com

Hari ini, sambutan tersebut turut dirayakan bagi memperingati sistem demokrasi yang berjaya dipulihkan di Filipina dan menjadi ‘revolusi yang mengejutkan dunia’.  Nama Marcos sehingga saat ini kekal sinonim dengan rasuah, walaupun ada beberapa usaha dijalankan untuk membuang panggilan tersebut daripada sejarah.

Setiap tahun, orang ramai akan meraikan sambutan tersebut dengan berkumpul di EDSA dan memakai pakaian berwarna kuning. Selain daripada menghadiri konsert, ada di antara mereka akan turun ke gereja yang terletak di sekitar EDSA bagi menjalankan kerja-kerja amal.

Oleh
Epul