Pengguna selalunya menggunakan laluan Lebuhraya Sg Besi untuk ke negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Jika anda pengguna Lebuhraya Sg Besi ini info untuk anda.

Penutupan penuh secara berkala di Lebuhraya Sungai Besi dari KM11.0 hingga KM11.3 (arah Sungai Besi) akan dilanjutkan dari 16 Disember 2019 sehingga 12 Januai 2020 tahun depan. Penutupan penuh sepanjang 300 meter itu bermula jam 11 malam hingga 5 pagi berikutan terdapat kerja-kerja pemasangan kekotak segmen (SBG) dan sebarang kerja berkaitan.
Penutupan Penuh Secara Berkala Lebuhraya Sg Besi Sehingga 12 Januari 2020

Ads

Lalauan yang terlibat:

Ads
Ads
  • Pengguna jalan raya yang ingin ke arah Sungai Besi akan dilencongkan ke Lebuhraya Sungai Besi (arah Kuchai Lama) untuk menggunakan aliran kontra yang telah disediakan (bagi tempoh penutupan penuh ini).
  • Pengguna jalan raya yang ingin ke Central Residence pula perlu membelok ke kiri selepas aliran kontra tamat.
  • Pemandu yang ingin ke Kuchai Lama boleh menggunakan dua lorong yang akan disediakan.

Penutupan Penuh Secara Berkala Lebuhraya Sg Besi Sehingga 12 Januari 2020

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI