Semua orang tahu Alaska negeri paling utara di Amerika Syarikat terkenal dengan suhu sejuk di bawah paras beku, pemandangan gunung Alp bersalji dan pemandangan Aurora ketika malam. Tahap kesejukan Alaska jelas dapat dilihat apabila air tasik dan air tepian pantai beku dan boleh menjadi laluan kenderaan juga penduduk tempatan bermain papan luncur.
Namun ada berita mendukakan penghujung tahun 2019 ini, apabila Alaska dikatakan telah merekodkan suhu tinggi purata paling panas selepas setahun berdepan dengan cuaca ekstrem yang berubah-ubah. Zon di pesisiran barat Amerika Syarikat dan di sebelah Selat Bering itu telahpun berdepan musim panas yang teruk hinggalah boleh terjadi insiden kebakaran hutan yang dahsyat. Tidak ketinggalan isu kehilangan dataran ais di laut hinggalah hujan lebat pada musim sejuk sedangkan sebelum ini cuma mendapat salji.
Hidupan liar juga menderita akibat cuaca yang huru-hara. Burung-burung laut mati dalam jumlah yang banyak manakala mamalia marin juga tidak lagi hidup dengan selesa. Saintis percaya semua ini terjadi akibat daripada corak pemanasan berterusan. Alaska yang berdekatan dengan Artik menerima impak melampau berikutan kenaikan suhu dua kali ganda kadarnya berbanding keseluruhan planet Bumi, menurut para penyelidik.
"Walaupun dengan kehadiran cuaca sejuk secara tiba-tiba baru-baru ini, saya tidak dapat nafikan tahun 2019 tetap menjadi tahun yang paling panas dalam rekod,” ujar pakar klimatologi University of Alaska, Brian Brettschneider.
Tahun paling panas Alaska adalah pada 2016, apabila suhu purata tahunan mencatatkan lebih daripada 0 Celsius. Itu adalah kali pertama suhu sudah tidak lagi berada di paras beku.
Pencairan pada musim bunga menyaksikan kesan pada sungai-sungai utama berlaku lebih awal daripada biasa, dan lapisan paling atas permafrost di Semenanjung Seward tidak lagi membeku sepanjang tahun.
Suhu musum panas sudah meningkat menjadi 32 darjah Celsius atau lebih di beberapa kawasan termasuk Anchorage, yang sudahpun dalam kemarau teruk. Kebakaran hutan memusnahkan kediaman, memaksa pemindahan dan mencemarkan udara selama berminggu-minggu.
Suhu laut yang meningkat pula membuatkan algae bertoksik membiak pantas di Laut Ahukchi di Artik.
Kehilangan bongkah dan dataran ais membuatkan permukaan laut menyerap lebih banyak suhu panas, mencetuskan kitaran termodinamik yang mengakibatkan siri kesan perubahan iklim di seluruh dunia.
Laut Bering menunjukkan isyarat jelas apabila populasi ikan ketara berkurangan dan bangkai-bangkai burung laut mencemari pantai.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerajaan Malaysia telah memaklumkan bahawa aktiviti rentas negari untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Aidilfitri akan datang adalah tidak dibenarkan. Namun ia tertakluk kepada perubahan semasa.
Keputusan ini dibuat bagi memerangi wabak COVID-19 dengan serius, ia bagi mengelakkan wabak ini memberi kesannya terhadap rakyat dan ekonomi negara dalam jangka masa yang lebih panjang.
Dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perjalanan rentas negeri boleh dilakukan bagi tujuan bekerja atau mereka yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain.
Selain itu katanya, majlis-masjlis sosial yang melibatkan perhimpunan besar turut dilarang bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan buat masa ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila lama travel di negara-negara Eropah, ada ketikanya kita rindukan nasi lemak, roti canai mahu pun teh tarik. Semua menu ini antara tarikan sarapan di Malaysia dan ia disukai oleh semua orang tak kira bangsa.
Bila tekak dah rindukan masakan Melayu terutama yang travel ke Kota London, bolehlah mencuba 8 café yang dikongsikan oleh Abang Bidin di FBnya (dalam page Backpackers Buddies Malaysia) untuk menikmati masakan Melayu yang semuanya sedap.
Ini senarai 8 cafe halal di Kota London boleh cuba kalau travel ke sini.
Antara restoran-restoran masakan Melayu halal di London bagi mereka yang mencari roti canai, masak lemak, asam pedas, sambal, satay, nasi ayam, nasi lemak & sebagainya. Of-course not all in one place lah!
Makan Cafe paling ramai 𝗹𝗼𝗰𝗮𝗹 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝗿𝘀 daripada pelanggan Melayu. Kekok pula bila masuk dalam kedai. Varieties masakan pun bermacam-macam.
Saban tahun berjuta-juta umat Islam dari serata dunia juga tidak terkecuali rakyat Malaysia akan berkumpul di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima dan yang terakhir iaitu menunaikan haji.
Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya.
Manakala Umrah pula merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu memenuhi lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan.
Berkemampuan di sini bermaksud ada kenderaan pergi balik dan ada bekalan makan serta minum ketika melaksanakan ibadat umrah.Jika terpilih untuk menunaikan haji dan umrah, tumpulah perhatian untuk memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya.
Buat persediaan dari tanah air untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar berkunjung ke Mekah sebagai tetamu-Nya.
Tidak lupa juga kelengkapan dan peralatan yang perlu di bawa ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci.Ada ahli keluarga yang bakal naik haji tahun ni?
Ini ada tip persiapan apa yang perlu disiapkan sebelum berangkat.
1.
1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.
2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.
3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.
4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.
5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.
6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.
7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.
8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.
9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.
10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.
11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.
12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.
13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untukduit poket.
14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.
15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.
2.
16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.
17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.
18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.
19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba ‘vow of silence’, bercakap jika perlu sahaja.
20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.
21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.
22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.
23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.
24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh.
25. Ada makanan/minuman ‘diuretic’ yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.
26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.
27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.
28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.
29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.
3.
30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.
31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.
32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.
33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard ‘Lebara’ telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.34. Download apps IMO ( penganti Wassap : incase tidak dapat guna).
Sila share untuk panduan semua. Save as note. Moga di rezekikan dijemput Allah untuk menjadi tetamu di rumah Allah menunaikan haji & umrah
Sumber: Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!