Penumpang Dan Kakitangan Dijangka Boleh Solat Jumaat Di Rooftop KLIA Hujung Mei Ini

Share

Berita yang gembira untuk semua penumpang kapal terbang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila satu ruang solat di bahagian rooftopnya telah diubahsuai dan akan digunakan untuk kegunaan solat jumaat.

Selepas ini, penumpang yang sedang menunggu waktu penerbangan atau kakitangan yang berkerja di sana boleh menggunakan ruang solat itu bagi tujuan tersebut dan difahamkan inisiatif kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada akhir bulan Mei.

Baru-baru ini tular di rangkaian Whatsapp menunjukkan beberapa keping gambar kerja-kerja pembersihan dan persiapan akhir sedang dijalankan di ruang solat rooftop KLIA itu bersama mesej yang mendakwa ruang solat ini akan digunakan untuk solat jumaat pada 5 April 2019.

Walau bagaimanapun, pihak Malaysia Airport menafikan dakwaan tersebut kerana masih ada beberapa perkara akhir yang belum mendapat kelulusan.

Ruang solat itu dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada akhir bulan Mei selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah Sepang dan pihak Malaysia Airport akan membuat pengumuman segera berkenaan hal tersebut setelah kelulusan diterima.

Dalam pada itu, sejak Disember 2018, Malaysia Airport telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua dari KLIA dan dua lagi dari KLIA2 untuk kegunaan pengguna dari kedua-dua terminal penerbangan tersebut untuk menunaikan solat jumaah di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perkhidmatan bas ini bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga pukul 1 tengahari.

Oleh
Epul