
Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua koronavirus (Covid-19) susulan kes positif yang dikesan dalam kedua-dua penerbangan terbabit.
Setakat pagi semalam seramai 39 individu termasuk lapan pelajar tampil menjalani ujian berkenaan di klinik kesihatan di Kubota. Individu yang dikesan positif dalam kedua-dua penerbangan berkenaan tidak bersimptom.
Pihak KKM juga berjaya mengesan tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang pulang ke Tawau ingkar perintah kuarantin di rumah. Orang ramai ada buat aduan dan intipan telah dibuat serta ambil gambar sebagai bukti untuk mendakwa ketiga-tiga pelajar ini dimahkamah. Tiga pelajar berkenaan juga adalah antara 402 penumpang penerbangan AirAsia terbabit yang tiba di Tawau,Sabah dari Kuala Lumpur.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Undang-Undang Baharu Membolehkan Australia Border Force Batalkan Visa Anda Ke Sana

Isi Kandungan
ToggleUndang-undang keselamatan bio Australia yang ketat melarang apa sahaja bentuk makanan, tumbuh-tumbuhan dan produk haiwan daripada negara luar memasuki negara itu, kerana khuatir dengan ancaman perosak dan penyakit serius ke Australia selain menghancurkan industri pertanian dan pelancongan di sana.
Undang-undang keselamatan ini betambah ketat bermula 17 April 2019 apabila pihak berkuasa Australia diberi kuasa untuk memendekkan tempoh atau membatalkan visa pelancong yang gagal untuk mengisytiharkan sesetengah barang larangan yang dibawa oleh mereka.
Oleh itu sebelum anda, ahli keluarga atau rakan anda ingin ke Australia, tolong ambil tahu senarai barang yang boleh dan tidak boleh dibawa masuk ke sana supaya tidak ada masalah akan berlaku dikemudian hari.
Makanan
Barang makanan yang dibawa ke Australia mesti diisytiharkan pada Incoming Passenger Cards apabila tiba di sana. Pegawai keselamatan mungkin perlu memeriksa beberapa makanan yang anda bawa bersama dengan anda.
Walaupun anda dibenarkan membawa kopi, biskut, roti, kek, coklat, sirap maple dan minyak, anda tetap perlu mengisytiharkan jika anda membawa teh, rempah, jeruk, beras, kacang, produk tenusu bersama-sama.
Senarai penuh barangan tersebut ada di sini.
Ubat-ubatan
Ubat untuk kegunaan peribadi dibenarkan. Walau bagaimanapun, anda mesti membawa surat atau salinan preskripsi (bertulis dalam bahasa Inggeris) dari doktor untuk mengesahkan bahawa ubat tersebut bagi tujuan rawatan dan memastikan kuantiti bekalan ubat tidak melebihi tiga bulan.
Maklumat lanjut mengenai ubat ada di sini.
Apa yang terjadi sekiranya anda tidak isytihar barangan tersebut?
Seorang pegawai keselamatan boleh memeriksa bagasi anda, walaupun anda tidak mengisytiharkan apa-apa barang. Mereka boleh menggunakan x-ray atau anjing pengesan. Anda mesti mengisytiharkan atau melupuskan sebarang barangan yang berisiko sebelum pemeriksaan.
Jika anda tidak mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan palsu pada Incoming Passenger Card, anda boleh:
- ditahan
- dikenakan penalti atas jenayah civil
- dituduh dan dikenakan denda sehingga A$420,000 dan dipenjarakan selama 10 tahun
Anda tidak akan dikenakan tindakan di bawah Akta Biosekuriti 2015 jika anda mengisytiharkan semua barang, walaupun barangan itu tidak dibenarkan masuk ke Australia. Jadi sebaiknya, isytiharkan semua barangan yang anda bawa untuk elakkan tindakan undang-undang.
Dari 17 April 2019, peraturan baru menyatakan bahawa jika pelawat gagal untuk mengisytiharkan apa-apa yang tidak boleh diimport, petugas di titik pelepasan imigresen boleh memendekkan atau membatalkan visa anda.
Sumber: Australian Border Force, SBS Australia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilarang ‘Selfie’ Di Masjid Al-Haram & Masjid Nabawi !

Buat rakyat Malaysia yang akan menunaikan Haji atau Umrah, pastikan anda mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya larangan untuk berswafoto dalam kawasan yang telah dinyatakan.
Arab Saudi melarang pengunjung dari merakam gambar dan video di dua masjid Islam paling suci, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah.
Keputusan melarang rakaman foto dan video di Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah telah berkuatkuasa sejak tahun 2017 oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi.
Larangan ini, berkuat kuasa tanpa mengira objektif, termasuk kepada wakil-wakil media, telah dikenakan bagi melindungi dan memelihara tapak suci, kata kenyataan itu. Larangan itu juga terpakai kepada kawasan sekitar masjid.
Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan memelihara tempat-tempat suci, menghalang gangguan terhadap jemaah lain dan menjamin ketenangan ketika melakukan ibadah.
“Sekiranya berlaku pelanggaran larangan itu, alat yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil,” kata kenyataan itu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seperti Berada Dalam Kepulan Awan, Pengalaman Berada Di Mawsynram, Meghalaya India, Tempat Paling ‘Basah’ Di Dunia

Buat masa ini beberapa negeri di Semenanjung mengalami hujan yang tidak henti-henti hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir. Dan biasanya perubahan cuaca ini pada hujung dan awal tahun.
Antara negeri yang mengalami banjir adalah Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Dan bantuan juga telah disalurkan ke negeri terbabit.
Jika kita merasakan negara kita mengalami cuaca basah dan lembap, tetapi sebenarnya ada negara lain yang dinobatkan sebagai negara paling basah di dunia. Terletak di Utara India, Mawsynram apabila menerima 11,8000 milimeter setahun.
Pengalaman berada menyaksikan dan merasai suasana hujan yang sentiasa turun dengan cuaca sentiasa berkabus seolah-olah berada dalam kepulan awan tebal.
Hujan oh hujan!
Jika hendak buat perbandingan, kadar purata hujan di semenanjung Malaysia adalah 2,400 milimeter setahun manakala Cherrapunjee pula sebanyak 11,777 milimeter setahun. Jauh sangat bezanya kan. Tetapi pekan Cherrapunjee yang terletak di negeri Meghalaya, Northeast India ini cuma dinobatkan sebagai tempat kedua sahaja.

Jadi, di manakah tempat ‘paling basah’ di dunia?
Juara tempat pertama yang menerima kadar hujan tertinggi di dunia adalah Mawsynram, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 15 kilometer sahaja dari pekan Cherrapunjee. Mawsynram menerima kadar hujan sebanyak 11,800 milimeter setahun. Bayangkan sahajalah betapa basahnya tempat ini.
Sebaik sahaja kami tiba di Cherrapunjee, seperti yang dijangkakan hujan turut menyambut kami dengan selebat-lebatnya. Ada satu kawasan air terjun yang sangat terkenal di Cherrapunjee diberi nama ‘seven sister waterfall’ tetapi hampa kerana keadaan pada waktu itu gelap berkabus.

Sangat berkabus dan sejuk seolah-olah kami sedang berada di dalam kepulan awan yang tebal. Sesekali ada juga terasa seperti berada di dalam alam mistik begitu. Pekan kecil Cherrapunjee ini suram dan sunyi. Yang riuh cuma bunyi rintik-rintik hujan yang sekejap lebat sekejap perlahan turunnya.

Kecewa dek kerana air terjun yang terselindung di sebalik kabus tebal, kami jalan-jalan sahaja sekitar kampung sambil sepak-sepak rumput. Frustlah katakan. Hehe. Tiba-tiba boleh pula ternampak fossil, saya kutip dan perhati betul-betul.

Sah, fossil ni. Kawan lokal saya beritahu, itu adalah fossil yang sudah berusia ribuan tahun. Ada bentuk seperti cengkerang yang masih utuh seperti batu. Unik juga kerana kami temui banyak fossil begitu berserakan di atas tanah.
Selang beberapa minit, awan yang maha tebal tadi telah beralih dan mula menampakkan ‘seven sister waterfall’ sedikit demi sedikit. Sunggu ajaib rasanya kerana cuma dalam masa beberapa minit sahaja pemandangan di sini boleh berubah dalam sekelip mata.

Nah sekarang terpampang di hadapan kami air terjun yang tinggi dan airnya menjunam deras ke bawah. Keliling air terjun pula kelihatan hamparan hijau yang cukup memberi rasa damai.

Pemandangan yang menakjubkan di sini cuma sekejap-sekejap. Selang beberapa minit, hujan turun dengan lebat dan ‘seven sister waterfall’ terkubur sekali lagi. Begitulah keadaannya bila berada di tempat kedua paling basah di dunia!

Oh ya, jika ada rancangan ke sini, baju hujan jangan lupa bawa
Kredit: FB TRAVELOG ET
Artikel Berkaitan:
Gadis India Miliki Rambut Terpanjang Di Dunia. Lagi Panjang Dari Tinggi Sendiri
10 Benda Basic Korang Perlu Tahu Sebelum Bercuti Ke India
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI