Selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19, Legoland Malaysia Resort kembali dibuka kepada pengunjung dengan beroperasi pada kapasiti lebih rendah sebagai langkah pencegahan.
Taman tema itu mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotelnya selain SEA LIFE Malaysia, tarikan di dalam air yang interaktif. Pembukaan semula operasinya sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan, tetamu dijangka berdepan protokol baharu dan perubahan operasi di seluruh resort di samping perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.
Legoland Malaysia mengehadkan kapasiti resort kepada hanya 30 peratus daripada operasi normal dengan menyediakan platform urus niaga tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan di antara tetamu dan pekerja. Mereka turut menutup sebahagian aktiviti untuk sementara bagi memastikan penjarakan sosial.
Resort taman tema itu turut menerima sambutan di luar jangkaan setelah dibuka semula. Bagi menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung, Legoland Malaysia Resort turut menawarkan pelbagai promosi menarik kepada orang ramai.
Antaranya tempah satu malam di Legoland Hotel dan percuma untuk malam kedua, dan sekiranya pengunjung menempah tiket satu hari di taman tema itu, mereka akan menerima satu lagi tiket percuma. Untuk pembelian promosi tiket klik di sini
dan ingin dapatkan tawaran promosi penginapan layari legoland.com.my