Susah kalau nak bercakap dengan manusia degil dan tidak mahu mendengar arahan. Mahu tidak mahu, terpaksa wujudkan peraturan lain yang mungkin lebih kejam atau menakutkan mereka.
Muak dengan perangai degil penduduk di beberapa kampung Jawa Tengah, seorang ahli politik di Sragen, Indonesia Untung Yuni Sukowati memutuskan untuk menghukum individu terbabit dengan meletakkan mereka di rumah terbiar yang didakwa keras serta berhantu.
Pihak berkuasa daerah Sragen menyediakan ‘rumah hantu’ kepada penduduk selepas mendapati kemasukan orang ramai secara besar-besaran ke Sragen selepas Jakarta dan kota-kota besar lain ditutup. Ramai masih ingkar pulang ke kampung halaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana.
Banyak individu yang baru tiba itu tidak mengikuti arahan supaya menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penularan wabak itu ke seluruh Pulau Jawa yang padat dengan penduduk itu. Sehubungan itu, setiap ketua kampung diarahkan untuk membuka rumah-rumah terbiar yang dikatakan berhantu dijadikan tempat untuk menahan individu keras kepala terbabit.
Setakat ini, lima individu sudah dikenakan hukuman berkenaan. Sebagai langkah keselamatan, mereka diletakkan di ruangan berasingan dengan katil yang diasingkan dengan langsir.
Sumber: SinarHarian | HMetro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI