Jika anda mahu berehat seketika hujung minggu, apa kata anda lapangkan dada dan merancang untuk ke beberapa tempat menarik di Melaka. Cuma 150km sahaja dari Kuala Lumpur. Bukannya jauh!
Sudah pasti ia tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi faham-faham sajalah, anda barangkali terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang teruk. Biasanya, laluan keluar PLUS Ayer Keroh sangat sesak. Tetapi dengan perancangan yang rapi dengan menempah tempat penginapan lebih awal, keluar rumah lebih awal dan segala persiapan dibuat lebih awal, anda boleh mengelakkan kekecewaan dan betul-betul menikmati percutian anda di Melaka.
Nak percutiaan unik di Melaka? Cuba ke Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi. Lokasi ini merupakann hidden gem di Melaka tau..ramai tak tahu!
Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi ini menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari dan merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota.
Terdapat 20 jenis kediaman disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Pak Su, Pak Teh, Hj. Mat Zin dan Pak Anjang. Harga bermula daripada RM140 untuk seorang (Bilik Adik dan Bilik Kakak). Kediaman paling besar adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh menempatkan sehingga 15 orang. Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku.
Dengan binaan kayu, tingkap berwarna warni, laman terjaga rapi serta pemandangan menghadap laut, Desa Balqis amat sesuai bagi mereka yang merindui kehidupan kampung. Tidak kurang juga yang memilih Desa Balqis untuk family day. Jangan tidak percaya, ada yang sambut Hari Raya Aidilfitri di sini juga. Jika ada anak kecil yang boring dan tidak tahu mahu buat apa, biarkan mereka berendam di kolam renang. Padang pun sangat luas, biarkan sahaja anak berlari-lari di sana tanpa risau.
Foto: FB Desa Balqis Beach Resort