Rasanya semua rakyat dan warga asing yang berada di Malaysia mengetahui larangan sepenuhnya penguatkuasaan merokok di semua tempat makan bakal berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020 ini.
Diingatkan juga bahawa bukan merokok sahaja aktiviti diumumkan oleh Kementerian Kesigatan Malaysia (KKM) malah buat individu yang menghisap vape juga.
**media[102275]**
- Mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM250 namun boleh dikurangkan ke RM150 jika denda itu dibayar dalam tempoh kurang dari sebulan.
- Kalau masih berdegil (dan) tidak mahu bayar boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000.
Ikutlah peraturan yang telah ditetapkan ya!
**media[102223]**
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelancong Asing Mungkin Dibenarkan Sewa Motosikal Berkuasa Tinggi Pusing Malaysia
Ada berita baik buat anda yang memiliki motosikal berkuasa tinggi atau pengusaha motorsikal jenis ini. Selepas ini kemungkinan besar anda boleh sewakan motorsikal berkuasa tinggi anda kepada pelancong luar jika tidak digunakan untuk sementara waktu.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya mengeluarkan permit khas bagi pelancong asing yang ingin menyewa dan menunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini.
Sebelum ini timbul masalah apabila pelancong asing tidak dibenarkan menyewa dan menunggang motosikal berkuasa tinggi meskipun mereka mempunyai lesen memandu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Isham Ishak akan menulis cadangan ini kepada KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Pengangkutan agar dipertimbangkan sebagai salah satu usaha menggalakkan lebih ramai pelancong yang gemar menunggang motorsikal berkuasa tinggi ke Malaysia.
“Mungkin dengan inisiatif yang baik ini kita dapat membantu penunggang asing datang ke Malaysia untuk menyewa motosikal dan menunggang di jalan raya di Malaysia terutamanya di jalan pantai timur dan Borneo,” katanya.
Langkah menyediakan permit khas itu akan memacu ekonomi khususnya industri pelancongan juga akan membantu pemain industri motosikal berkuasa tinggi di negara ini dari segi sewaan motosikal kerana sememangnya terdapat banyak permintaan daripada pelancong asing.
Namun begitu, langkah keselamatan dan undang-undang jalanraya perlu seiring diperkenalkan buat warga asing yang kurang biasa dengan selok belok jalan di Malaysia jika cadangan ini diguna pakai kelak.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sisi ‘Gelap’ Bandar Mewah Dubai Yang Anda Tak Tahu Wujud Selama Ni
Sebut saja nama Dubai, pasti terlintas di fikiran anda ianya satu bandar yang mewah, gah, dipenuhi wanita-wanita cantik, intan berlian, jutawan-jutawan dan deretan kereta-kereta mewah. Yup, sememangnya Dubai dikenali di dalam internet sebagai satu bandaraya yang penuh dengan kemewahan dan emas permata.
Namun, cerita sebenar dalam internet yang selalu kita tengok tu tak mencerita keseluruhan kisah sebenar bandaraya Dubai itu pun. Sebenarnya ada sisi lain yang tidak dipamerkan untuk tatapan anda di alam maya.
Di sebalik bandaraya serba mewah itu, ada sekelompok umat manusia yang sebenarnya hidup dibawah paras kemiskinan dan seorang jurugambar daripada Iran berjaya merakamkan gambar-gambar yang pasti akan membuatkan persepsi anda terhadap Dubai akan berubah.
Gambar-gambar yang berjaya dirakamkan oleh Ferjad Berahman itu mempamerkan golongan buruh yang berkerja di Dubai untuk menyara keluarga di tanah air dan kebanyakkan daripada mereka tidak menerima bayaran gaji yang setimpal, dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang teruk.
Bertempat di Sonapur, ia adalah lokasi di mana gambar-gambar ini berjaya dirakam. Sonapur itu adalah satu daripada nama penempatan pekerja yang berada di luar bandar Dubai – jauh daripada segala kemewahan dan bangunan pencakar langit serta kekayaan orang-orang Arab di sana.
Untuk pengetahuan anda, apa yang lebih ironi mengenai nama Sonapur adalah ianya bermaksud ‘Bandaraya Emas’ dalam bahasa Hindi, tetapi menjadi penempatan kepada lebih 150,000 pekerja yang dibelenggu kemiskinan dan kekurangan dan kebanyakkan daripada mereka datangnya daripada India, Pakistan, Bangladesh dan China.
Untuk dapatkan gambaran jelas mengenai keadaan di sana, jom kita lihat gambar-gambar yang dirakam oleh Ferjad Berahman di bawah.
Sumber: Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Emirates Perkenal Polisi Tukar Tarikh Perjalanan Tanpa Bayaran
Emirates memperkenalkan polisi pelepasan kepada semua tempahan tiket yang dikeluarkan mulai 7 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Ia membolehkan pelanggan di seluruh rangkaiannya membuat pilihan untuk menukar tarikh perjalanan tanpa bayaran perubahan dan pengeluaran semula tiket. Langkah itu membolehkan pelanggan membuat keputusan dengan tenang sama ada untuk menukar cadangan perjalanan akibat penularan COVID-19.
- Pelanggan boleh menukar tempahan mereka kepada mana-mana tarikh dalam tempoh 11 bulan bagi tempahan kelas yang sama tanpa dikenakan caj penalti.
- Perbezaan tambang akan dikenakan sekiranya berkaitan. Polisi ini merangkumi semua destinasi rangkaian Emirates yang sedia ada.
- Pelanggan juga dimaklumkan bahawa perbezaan tambang atau cukai mungkin dikenakan sekiranya mereka berhasrat menukar tempahan kelas yang berbeza. Bayaran semula dan syarat-syarat tempahan semula semasa bagi tiket yang dikeluarkan sebelum 5 Mac 2020 masih boleh dilakukan.
- Pelanggan yang terjejas akibat pembatalan penerbangan susulan COVID-19 diminta membuat semakan di emirates.com/my untuk tempahan semula atau membuat pilihan semula perjalanan.
- Pelanggan yang berhasrat menukar urusan perjalanan selepas membuat tempahan di antara 7 Mac hingga 31 Mac, 2020 boleh berjumpa ejen perjalanan mereka atau menghubungi pusat panggilan Emirates di talian +603-62074999.
Situasi itu kekal dinamik dan Emirates akan terus mencari pendekatan untuk menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan ketenangan kepada para pelanggan. Emirates juga dalam kenyataannya yang dikongsikan Bernama mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melaksanakan prosedur menyahjangkit yang ditambah baik selepas penerbangan melibatkan destinasi paling terjejas dengan COVID-19. Emirates Skywards juga akan menyediakan lebih fleksibiliti kepada ahlinya yang terjejas akibat penularan itu menerusi langkah sekatan perjalanan dan pengurangan penerbangan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI