Pengguna Dah Boleh Lalu Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 5 Untuk Elak Jalan Sesak

Share

Ada berita baik buat anda yang ingin mengurangkan kesesakan jalan raya atau memendekkan tempoh perjalanan semasa musim cuti sekolah ini dengan menggunakan Lebuhraya Persisitan Pantai Barat (WCE).

Jajaran Seksyen 5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja telah pun dibuka kepada pengguna mulai semalam (10 Disember 2019).

Pembukaan seksyen berkenaan adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lepas.

Tujuan utama projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat di samping menyediakan lebuh raya yang selesa untuk para pengguna. Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya lain menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal dari segi memendekkan jarak perjalanan sekaligus menjimatkan masa serta kos.

Pembinaan lebuh raya berkenaan telah mencapai 71 peratus siap dari segi pembangunan dan pembinaan di mana ia telah dibuka secara berperingkat bermula pada Mei lepas.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna