Pengembaraan Indo-China Dari Thailand Sampai Vietnam, Merasa Naik Keretapi Lama & Sleeper Bus, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman!

Share

Bagi anda yang inginkan suatu kelainan menjelajah ke Indo-China juga suatu pengembaraan yang cukup menarik untuk dilakukan. Menjelajah ke Thailand, Loas dan Vietnam antara jaluran jalanan yang boleh diikuti bagi pengembaraan merentasi Indo-China.

Berkelana selama 13 hari menjelajah tiga negara, Fauzi Deraman dan rakannya berkongsi pengalaman mengembara ke Thailand, Loas dan juga Vietnam.

Bermula dari Perlis seterusnya ke Hatyai dengan 15 jam perjalanan ke Bangkok, pelbagai jenis pengangkutan dicuba oleh kedua sahabat ini dalam penjelajahan mereka merentasi Indo-China.

Menaiki keretapi lama lebih kurang 5 jam ke Nam Tok, bermalam di Riwer Kwaii yang terkenal dengan landasan keretapi maut dan seterusnya ke Loas dan akhirnya ke Hanoi menaiki sleeper bus. Setiap destinasi yang disinggah mempunyai cerita dan keistimewaan yang tersendiri.

Memilih Disember sebagai tarikh perjalanan sehingga ke akhir tahun 2022, meskipun mungkin pernah menjejakkan kaki ke negara atau benua lain, setiap destinasi pilihan tentu ada pengalaman dan kenangan tersendiri untuk dikenang.

Bila mengembara dapatlah menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan, nak tahu apa yang menarik sepanjang pengembaraan Fauzi Deraman, ikuti perkongsian lelaki ini:

Pengembaraan Malaysia – Thailand – Laos – Vietnam

Assalamualaikum Sahabat2 BBM. Sekadar untuk perkongsian trip Indo-China selama 13 hari, 19 – 31 Jan 2023. Sepanjang trip ni kitorg try beberapa jenis transportation.

KUL – LGK: Kitorg start dari KUL ambik flight ke LGK. Kat Langkawi stay 2 mlm di Seven Stones Langkawi. Location x jauh dengan pantai cenang. Onwer dia kwn kitorg masa travel sebelum ni. Recommended utk mereka2 yg suka santai2 dan suasana tenang.

LGK – Kuala Perlis – Arau – Padang Besar: Lps check out kitorg ambik feri dari Jetty Kuah ke Kuala Perlis. Tiket feri beli online www.langkawiferryline.com.Feri jam 10.30 am. Jam 12.00 pm sampai jeti kuala perlis, terus ambik grab ke Station komuter Arau. Ambik komuter jam 2.07 pm menuju ke padang besar. Dlm 15 min jer dah sampai.

Padang Besar – Hatyai:Sampai jer stesen padang besar, akan ade org approach utk naik van ke hatyai. Harga dlm RM30 srg. Cross boarder mcm biasa, cop passport pastu driver akan hntr sampai ke hotel. Stay hatyai satu mlm. Kitorg duk Siam Mansion Hotel. jauh skit dgn pekan hatyai. Bilik selesa tp jauh nk cari mkn. Aktiviti – naik tuktuk pegi mkn.

Hatyai – Bangkok: Booked sleeper train ticket online via https://www.dticket.railway.co.th/DTicketPublicWeb/home/Home. Dari Hatyai Junction ke Krung Thep Aphiwat Station BKK. kitorg ambik Special Express 1st class coach. 1 coach utk 2 org. Selesa, ade sinki dlm coach, tapi toilet & shower kt luar. Xde jual mknan, kne bawa bekal siap2. Train delay dari 6.15 pm ke 8.00 pm. Perjalanan lebih kurang 15 jam. Jam 1.00 pm sampai di Krung Thep Aphiwat Bangkok. Kat station tu ade foodcourt jual makanan halal di platform 4. Station ni interconnect to MRT Line. Beli tiket dari Bang Sue station ke Sanam Chai. Keluar dari Sanam Chai Station ambik grab motor ke Royal Rattanakosin hotel. Hotel x jauh dgn tourist attraction. Boleh jalan2 sekitar tu. Kitorg ambik pakej cruise boat di Chao Phraya River THB1200. Pada aku x berbaloi. Takat nk hbiskan masa boleh la. Makanan halal ade tp x bnyk Kawasan tu. Ikut tekak masing2. 

Bangkok – Nam Tok: Check out dan ambik grab ke Thonburi Station. Beli tiket kat kaunter THB100. Train jam 7.50 am. Train 2 kali sehari shj. Kne dtg awal. Situ dkt dgn pasar. Mmg sibuk hari2. Naik train kayu 5 jam ke Nam Tok Station. Dlm train akan ade org jual mkanan. Pilihan masing2. Kebanyakan tourist akan turun di Kanchanaburi station. Kitorg sampai last station Nam tok. Sampai di Nam tok, ada local taxi akan approach. Kitorg stay di River Kwai Jungle Raft satu mlm. Ambik local taxi bgth jer nama tmpt, dia akan hntr ke jeti THB400. Kat situ dh ade long tail boat tggu setiap sejam sampai pukul 6.00pm shj. River Kwai Jungle Raft bg full board package included service boat. Konsep penginapan situ rumah rakit dalam hutan. Xde eletrik, xde network. Sila bawa power bank. Aktiviti – mandi sungai, jungle tracking, mon’s dance, bamboo raft, kayak.

Nam Tok – Kanchanaburi: Lps check out ambik local taxi. Kitorg deal dgn driver tu ambik pakej ke Sai yok waterfall, Hellpass, dan hntr ke Kanchanaburi THB1800. Di Kanchanabru kitorg stay di Tara Raft satu mlm. Sewa motor utk satu hari THB250. Aktiviti jalan2 bandar Kanchanaburi. Mknan halal bnyk kt sini.

Kanchanaburi – BKK – Nong Khai: Ambik train jam 2.50pm dari Kanchanaburi station balik ke Thonburi station. Sampai dlm jam 6, terus ambik grab ke Krung Thep Aphiwat Station. Booked sleeper train via website yg sama sebelum ni. Tp kali ni kitorg ambik Special Express CNR 2nd class coach. Train baru dan selesa. Recommended utk ambik train yg ni. Train gerak 8.25pm dalam 10 jam. 6.25am sampai di last station Nong Khai (Boarder Thai – Laos).

Nong Khai – Thanelang – Vientiane LAOS: Kluar dari train di Nong Khai ada kaunter tiket. Beli shuttle train (trem) ke Thanelang THB20. Trem akan cross boarder dlm 15 min jer sampai. Mcm biasa cop passport. Pastu ada van akan offer utk ke Vientiane THB300. Dlm 30 min sampai di Vientiane. Stay di Manorom Hotel satu mlm. Aktiviti – sewa basikal keliling bandar. Duit Laotion Kip xleh tukar kt Malaysia, kne bawa USD atau apa2 matawang besar tukar kat money changer sini. Atau paling senang aktifkan kad, kluar ikut ATM machine. Di Vientiane xde grab. Yg ada adalah Loca. Sila install Loca.

 

Vientiane – Hanoi: Dari hotel kitorg naik Loca ke Vientiane Southern Bus Station. Booked sleeper bus via www.12go.asia .Bas gerak kul 6pm. Dtg awal sbb free seat. Kalau x sempat nanti kne duk tengah2 seat dlm bas. Tgk nasib, kdg dpt bas okay, kdg diorg sumbat ramai2 jadi sardin. 26 jam dalam bas ke Hanoi dgn 3 kali brenti. Skrg masih winter kt Hanoi. Suhu bawah 10oc. Sila bawa jaket. Boarder Laos-Vietnam agak serabut skit. X sistematik. Dalam bas ada person incharge. Boleh refer dia utk apa2.

Hanoi – KUL: Sampai di Hanoi Nuoc Ngam Station jam 8 mlm. Kat sini ada grab, ambik grab ke Mayflower hotel. Stay 2 mlm. Makanan halal ada beberapa tapi kebanyakan Indian food. Aktviti – ambik 1 day trip to Halong bay via www.klook.com. Vietnam mmg terkenal dgn kopi. Boleh cuba egg coffee, long black coffee, latté….etc. Last day ambik flight balik ke KUL.

Kredit: Fauzi Deraman

 

 

Oleh
SAHR