Pengangkutan Awam ART Kuching-Kota Samarahan Dijangka Beroperasi 2025

Share

Sarawak dijangka akan mengunakan sistem pengangkutan moden tanpa pemandu 'Autonomous Rapid Transit' (ART) bermula di bandar raya ini dalam tempoh beberapa tahun lagi.

ART laluan Kuching-Kota Samarahan dipercayai dapat meredakan masalah kesesakan yang dihadapi oleh pengguna jalan raya di kedua-dua arah terutamanya pada sebelah pagi dan petang.


Tarikh untuk memulakan projek Aliran Ringan Autonomous (ART) bagi laluan Kuching-Kota Samarahan telah ditetapkan, dan kemudahan pengangkutan moden itu dijangka dapat beroperasi menjelang 2025. Projek itu akan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Kerajaan masih menjalankan kajian terperinci pengunaan pengangkutan ART itu sebelum menyediakan infrastuktur dan membeli gerabaknya. Laluannya di Kuching ke Kota Smarahan perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi memastikan pengangkutan ini dapat beroperasi dengan baik. Sistem pengangkutan berkenaan juga akan melibatkan kawasan lain termasuk Batu Kawa, Bau, Lundu dan Sematan.


Antara Infrastruktur ART yang perlu dibina ialah lorong khas bagi gerabaknya bergerak atas jalan raya di samping menyediakan ‘autogate’ dan kemudahan teknologi maklumat seperti pembayaran tanpa wang mengunakan Sarawak Pay dan sebagainya.

Ciri-Ciri ART

  • Setakat ini sebanyak enam bandar raya sekitar China sudah mengunakan pengangkutan ART yang tidak berpemandu dan bergerak mengunakan roda atas jalan raya dengan kemampuan membawa sehingga lima gerabak atau keseluruhan penumpang seramai 500 orang.
  • ART juga mengunakan tenaga elektrik dan setelah (baterinya) dicaj penuh, ART mampu bergerak sehingga 70 kilometer sejam atas jalan raya dan akan sampai mengikut masa ditetapkan kerana laluannya tidak terhalang lalu lintas.
  • Kos memulakan pengangkutan ART di bandar raya ini akan lebih murah atau satu pertiga kos memulakan pengangkutan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang mengunakan rel.
  • ART merupakan sistem pengangkutan moden yang turut dilaksanakan di negara China, Korea dan Jepun.
  • ART ialah sistem kereta api pintar yang bergerak di atas sensor dan ia menggabung sistem kereta api, trem dan bas.

Sumber: Sarawak Voice

Oleh
Husna