Lain orang lain citarasa percutian mereka. Ada yang gemar ala backpacker, tak kurang yang bercuti gaya mewah dan ada pula yang tidak kisah tanpa talian telefon asalkan dapat bercuti dengan aman.
Seperti perkongsian wanita ini, Faizah yang memberitahu pengalamannya bercuti bersama teman-teman dan keluarga di Pos Kuala Mu, Sg Siput Perak.
Menurutnya tempat ini merupakan perkampungan asal orang asli yang sentiasa terjaga dan terpelihara keindahan alam semulajdinya.
Mengambil kesempatan bercuti 2 hari satu malam, dia bersama suami dan anak-anak berkonvo dengan 20 buah geng motor berkuasa tinggi.
Oleh kerana membawa famili, dia membawa kenderaan 4×4 dan turut membawa barangan peralatan sepanjang percutian berkenaan.
Perjalanan mengambil masa lebih 3 jam dari bandar Ipoh, tidak terasa kerana apabila sampai melihat keindahan perkampungan ini yang sangat mendamaikan.
Pos Kuala Mu, Sungai Siput ini terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika malar hijau.
Perjalanan ke tempat ini perlu menaiki kendereaan seperti disarakan dengan ketinggian 600-700 meter dari aras laut mengambil masa leih 1 jam dari pekan Sungai Siput Utara.
Bayangkan jika kita pergi ke mana-mana hotel atau chalet pasti ada katil, tetapi di sini tidak disediakan kemudahan itu.
Sebaiknya chalet disediakan hanya ada tilam (tiada katil), tiada air-cond mahupun kipas angin dan bilik air di dalamnya. Malah tiada juga plug electrik pada dinding chalet.
Namun, pengunjung boleh menggunakan kemudahan elektrik di dewan yang terletak bersebelahan kaunter pertanyaan dan pejabat pengurusan chalet.
Apatah lagi, perkhidmatan talian internet juga tidak ada di sini. Jadi abaikan seketika dunia luar, fokus sahaja pada percutian yang sangat menyenangkan ini.
Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti pili besar terletak di setiap luar chalet, dewan besar untuk sembahyang atau untuk mengadakan sebarang bengkel atau aktiviti lain.
Turut disediakan juga tandas awam yang berada di luar chalet dan juga beberapa pondok wakaf untuk beriadah.
Untuk makan pula, perlu membawa bekalan makanan atau bahan mentah sendiri dari rumah kerana di sini tiada kemudahan kedai runcit.
Manakala aktiviti boleh dilakukan selain mandi sungai (depan chalet) BBQ serta beberapa aktviti lain.
Walau bagaimanpun dia turut mengingatkan, jika pergi dengan anak-anak kecil, ibu bapa perlu sentiasa alert bila melihat anak-anak mandi, bimbang perkara buruk tidak diingini berlaku nanti.
Hampir dua hari berada di sini, memang dapat melupakan seketika urusan dunia. Bayangkan tanpa kemudahan internet, kita bagaikan terputus dengan hubungan luar seketika.
Apa yang paling menyeronokkan, dapat luangkan masa betrsama keluarga dan sahabat-sahabat dan bercerita kisah masing-masing.
Sambil melapangkan fikiran dan berehat dari kesibukan dunia kerja dengan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Dengan struktur batuan, kesegaran serta kejernihan air terjun di Pos Kuala Mu Sungai Siput memang sangat mempesonakan!
Deruan bunyian air terjun seolah-olah memanggil-manggil pengunjung untuk berendam lama dan menikmati kesejukan air yang turun laju dari pergunungan.
Tak rugi terputus hubungan kerana momen bersama mereka lebih bernilai kerana masing-masing selepas itu pasti jarang berjumpa dek sibuk dengan pelbagai urusan.
Oh ye, Faizah turut mengingatkan agar sebelum pergi servis dahulu kereta kerana jika rosak di pedalaman tiada mekanik boleh datang betulkan kenderaan anda.
Bagi yan berminat untuk menikmati percutian lain daripada yang lain, bolehlah berkunjung ke sini.
Hanya ada 20 chalet sahaja dengan berbentuk binaan rumah orang asli dan harga chalet kecil RM60 utnuk satu malam dan chalet besar RM80.
Binaan rumah sangat ringkas tetapi unik dan menarik bagi mereka yang mahu merasai kehidupan kaum ini di sini.
Bagi yang berminat untuk menempah Chalet Kampung Bersah boleh hubungi En Saidin Ismail 0194117281 atau Facebook Kuala Mu
Artikel Berkaitan:
Berbaloi Nikmati Laut Indah Pulau Mantanani. Buka Pintu Terus Mengadap Laut
21 Lokasi Menarik Seluruh Malaysia Geng OOTD Patut Cuba. Serius, View Semua Cantik!