Pengalaman ‘Camping’ Dengan 6 Anak Masih Kecil. Ibu Ini Kongsi ‘Keseronokkan’ Sebenar

Share

Ada ibu bapa yang mengeluh kerana anak-anak sudah lama berkurung dirumah kerana tidak dibenarkan keluar rumah disebabkan wabak pandemik COVID-19. Tidak perlu risau, jika kawasan yang tidak dikenakan sebarang sekatan, tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk kawasan reakreasi, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan pandemik COVID-19.

Anda boleh memilih untuk membawa anak-anak keluar daripada rumah dengan melakukan aktiviti perkhemahan di kawasan yang tidak 'sesak'. Jika anak anda masih kecil, ini ada panduan dan perkongsian daripada seorang ibu beranak enam yang gemar membawa anak-anaknya melakukan aktiviti perkhemahan.

Sumber: Noorzakiah Fadzillah Ahmad via Family Camping Malaysia

Ini kisah kami. Kisah keluarga kecil yang baru memulakan aktiviti ber'camping'.Sebuah keluarga bersama anak-anak kecil.

Minggu ni kali kelima ber'camping' di tempat yang sama. Disebabkan anak-anak kami masih kecil dan kami pula baru memulakan aktiviti 'family camping' ni, jadi adalah lebih baik memilih untuk kekal di lokasi yang sama buat masa ni.


Mula-mula 'camping', banyak sungguh gambar yang ditangkap. Excited la katakan. Mai dah masuk kali kelima ni, handphone dah letak tepi. Seronok melayan kegembiraan anak-anak. Sampaikan nak join contest terpaksa ambik gambaq 2nd trip.

Dari trip ke trip, alhamdulillah kami dah mula meminimumkan barangan keperluan yang dibawa. Start pun dengan minimum sebenarnya. Tapi bawak barang apa tak tau la penuh van macam usung satu rumah.

  • Dari 5 kotak container tinggal 3 ja untuk minggu ni. Tapi dah bertambah 1 khemah lagi untuk anak sulung kami. Sebelum ni guna 2 khemah ja. Bagi selesa sikit berbanding sebelum ni si abang berkongsi khemah dengan 2 orang lagi anak lelaki kami berusia 11 tahun dan 9 tahun. Tidoq macamana entah sampai terkoyak khemah.
  • Alhamdulillah. Banyak lah benefit dari aktiviti berkhemah ni. Earthing jangan kata lah kan. Sampai berasap kepala mandi ayaq sungai pagi-pagi woooooo. Ingatkan anak-anak kenakan Mama depa, tapi bila suami pun mengiakan, kita percaya lah.
  • Mendekatkan diri dengan alam ni rasa menenangkan sangat. Banyak perkara yang tak diduga dapat belajar.
  • Anak kelima kami pun dah mula berani dengan air sungai. Sebenarnya dia takut air yang bergerak. Sebelum PKP, kami ada bawak anak-anak ke Hutan Lipur Ulu Paip untuk aktiviti mandi-mandi ja tapi sempat 3 kali dah PKP pulak. Asbab PKP pulak, anak ke 5 ni jadi tv addicted. Tapi alhamdulillah la. Lega sangat. Banyak perubahan yang positif diperhatikan sejak mula aktiviti family camping ni.

Anak sulung dengan khemah barunya. Happy kemain dia dapat privacy walaupun tak la privacy sangat sebenarnya sebab dia kena tidur dengan adik ke 5. Adik ni merapkan abang sulung sedia.

Anak dara kami. Yang berdiri ni no.5, 3 tahun. Yang duduk no.4, 5 tahun.

Anak bongsu kami yang ke 6. Kali ni advance sikit, letak dalam pelampung then Daddy bawak ke tengah bagi rasa arus.

Alhamdulillah yang no. 5 tu dah berani masuk dalam sungai walaupun main di gigi sungai ja. Jadi lah kan…

Anak-anak teruna kami.14 tahun, 11 tahun, 9 tahun, 10 bulan.

Harapnya kami sekeluarga boleh istiqamah dengan aktiviti ber'camping' ni sampai ke tua. Rugi pulak rasa lambat mula. Tapi ok lah kan. Orang kampung kita kata, BETTER LATE THAN NEVER. Kaaaaannnn?

Oleh
Husna