Jom rasa pengalaman baru di Langkawi, Eagle’s Nest SkyWalk yang kedudukannya tinggi 650 meter dari paras laut atas platform kaca 38 meter yang boleh tampung sampai 300 orang sekali gus.
Tarikan Eagle’s Nest Skywalk di Langkawi
Syok, pemandangan pun cantik, rasa macam jalan atas awan. Jangan lepaskan peluang singgah tarikan terbaru ni kalau pergi Langkawi!
Bukan saja pemandangan cantik, tetapi kat sini ada juga ada patung-patung dinosaur untuk kanak-kanak bermain.
Memang best, seronok dapat bergambar dan beraksi dengan dinosaur. Sesuai sangat untuk yang nak lepak sambil OOTD.
Baru dibuka pada 10 Mac 2024, Eagle Nest Skywalk merupakan skywalk terpanjang di dunia, dengan harga RM28 (dewasa), RM17 (kanak-kanak) pengunjung boleh menikmati pemandangan dari bawah dan atas.
Ya, lantai skywalk ini diperbuat daripada gelas, membolehkan kita melihat hutan simpan Matchincang di bawah. Manakala, pemandangan atas pula ialah gugusan kepulauan Laut Andaman.
Alamat dan Waktu Operasi
09.00 pm – 6.30 pm (buka setiap hari)
Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akan Dibuka Bermula 17 Julai, Menara Eiffel Sedia Terima Pengunjung 10 Ribu Sehari Dengan Protokol Ketat
Siapa yang tidak kagum dengan keindahan Menara Eiffel jika berkunjung ke kota cinta impian seluruh dunia, Paris.
Setelah beberapa bulan ditutup berikutan pandemik Covid-19, Menara Eiffel akan kembali dibuka kepada orang ramai bermula 16 Julai depan kata pihak pengurusan seperti dilaporkan AFP.
Bagaimanapun jumlah pengunjung akan dihadkan kepada 10,000 sehari demi memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
“Setelah beberapa bulan ditutup, pihak pengurusan tidak sabar menanti kedatangan pengunjung dan bagi menjamin keselamatan pelawat, kami mengamalkan protokol ketat,” kata presiden Menara Eiffel, Sete Jean-Francois Martins.
Pesanan tiket secara dalam talian juga akan dibuka bermula 1 Jun 2021.
Menara Eiffel yang dibina pada 1889, biasanya menerima tujuh juta pengunjung setiap tahun atau tiga perempat daripadanya adalah pelancong dari luar negara.
Namun sejak pandemik, pihak pengurusan menara itu mengalami kerugian 70 juta Euro pada 2021 manakala 52 juta Euro tahun lalu.
Perancis pada awal bulan lalu melonggarkan sekatan terhadap rakyatnya selepas mengamalkan kawalan pergerkan selama enam bulan.
Malah kafe dan restoran sudah boleh menerima kedatangan pelanggan dan makan di premis selain pihak kerajaan negara itu merancang untuk membuka kembali ekonomi sepenuhnya menjelang akhir Jun.
Untuk rekod, muzium, panggung wayang, teater juga akan kembali dibuka selepas ditutup selama 203 hari. Pihak Disneyland Paris pula akan membuka pintu taman tema itu kepada pengunjung pada 17 Jun.
SUMBER: MSTAR
Artikel Berkaitan:
3 Lokasi Viking Paling Best Di Negara Scandinavian, Norway. No 3 Memang Stunning Sangat!
Rumah Sungai Lenggong, Port Best Lepak Pada Harga Serendah RM160 Semalam
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Layan Mandi Air Terjun Di Hujung Minggu Sekitar Selangor, Ini 5 Lokasi Paling Menarik!
Sekarang ramai yang mengambil peluang untuk beriadah dan berkelah mandi-manda di kawasan air terjun yang cantik.
Selepas sekian lama ‘terkurung’ memang ramai yang ingin melepaskan kerunduan mereka untuk emrasai kedinginan air terjun dan sama-sama beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Negara kita cukup bertuah kerana memiliki destinasi alam semula jadi yang menarik. Seperti di Selangor terdapat banyak lubuk lokasi pelancongan alam semulajadi seperti destinasi air terjun yang menakjubkan.
Jadi hujung minggu bolehlah anda jadikan 5 lokasi di bawah ini sebagai sasaran!
Antara yang menjadi pilihan pengunjung seperti:
SUNGAI TEKALA
Salah satu air terjun menakjubkan di Selangor ialah Sungai Tekala yang terletak kira-kira 14km dari Semenyih di daerah Hulu Langat. Jarak Sungai Tekala dari Kuala Lumpur pula adalah kira-kira 50km. Pada tahun 1982, orang ramai akhirnya dapat menikmati keindahan Sungai Tekala setelah Taman Reaksi dibuka secara rasmi.
Ia adalah tempat yang ideal untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana anda hanya memerlukan 10 minit untuk sampai ke air terjun dari pintu masuk utama.
Dengan caj masuk serendah RM 2 bagi orang dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak, lokasi air terjun ini dilengkapi dengan deretan gerai makan, surau, aksara dan tandas awam. Bagi yang ingin bermalam, perkidmatan menyewa chalet juga disediakan, atau anda boleh menyewa tapak untuk mendirikan khemah untuk lebih penjimatan.
AIR TERJUN KANCHING
Hutan hujan Kanching yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching terletak di antara Bandar Rawang dan Kuala Lumpur. Pada hujung minggu, hutan ini sangat terkenal sebagai lokasi untuk berkhemah, berkelah, berenang dan meredah hutan kerana lokasinya yang strategik dan dekat dengan pusat bandar.
Laluan atau trek di hutan ini adalah agak mudah bagi yang mula ingin berjinak-jinak untuk meredah hutan dan ia juga dipenuhi oleh pelbagai spesis tumbuhan yang jarang dapat dilihat di tempat lain.
Hutan ini diuruskan oleh pihak Tourism Selangor, dan mempunyai 7 lapisan air terjun yang indah dan menakjubkan. Tambahan lagi, adalah suatu pemandangan biasa jika anda terlihat sekumpulan monyet bergayutan dari pokok ke pokok dalam habitat asli mereka. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 1 seorang dan RM 2 untuk caj parkir bagi sebuah kereta.
LATA MEDANG
Terdapat satu lagi air terjun mencabar yang terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Air terjun ini berhampiran dengan kampung Orang Asli yang menjadi penduduk tetap di Kampung Pertak.
Jika anda ingin ke air terjun Lata Medang, anda perlu bersiap sedia untuk mendaki ke lokasi diingini. Laluan trek adalah agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian.
Di sepanjang jalan ke air terjun Lata Medang, anda akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan dan pepohon, disertai permandangan yang indah. Anda akan dikenakan caj masuk sebanyak RM1 seorang untuk tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan lokasi air terjun tersebut.
SUNGAI PISANG
Air terjun ini terletak di pinggir Lebuhraya Karak. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu memulakan aktiviti meredah hutan dari lokasi yang dinamakan sebagai Jungle Lodge (terletak di sepanjang Jalan Gombak lama ke Genting Highland).
Perjalanan ke sana akan mengambil masa selama satu jam. Anda akan menyeberangi sungai beberapa kali, melalui terowong yang terletak di bawah Lebuhraya Karak dan mendaki melalui hutan berusia 100 tahun.
Anda boleh melewati terowong dengan mengharungi laluan yang mempunyai air atau berjalan di bahagian tebing. Apa yang lebih menarik, anda boleh menikmati sensasi ala spa dengan air sungai yang menempatkan ikan-ikan kecil menggigit manja kulit-kulit mati yang terdapat di tapak kaki anda,
SUNGAI CHILING
Sungai Chiling adalah salah satu daripada air terjun yang menakjubkan dan luar biasa yang terdapat di Negeri Selangor. Perjalanan ke air terjun ini memakan masa kira-kira satu jam melibatkan aktiviti berjalan dan meredah hutan.
Jadi anda perlu bersiap siaga untuk sebuah penggembaraan dengan keberangkalian pakaian menjadi basah seusai sampai ke lokasi. Air terjun dan sungai ini merupakan salah satu dari tapak Perlindungan Ikan Mahseer yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor.
Air terjun Chiling mempunyai 3 paras air terjun tetapi anda hanya dibenarkan untuk menerokai hingga ke paras yang pertama manakala 2 paras selebihnya tidak dibuka kepada orang awam.
Sumber: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rindu Nak Jejak Masjid Ketika PKP? Ini Masanya Tunaikan Kembali Hajat Jejak 6 Masjid Unik Di Selangor
Ketika negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang melanda pada Mac lalu, semua rumah ibadat termasuk masjid di Malaysia telah diarahkan tutup.
Ketika itu, rata-rata daripada umat Islam di negara merindui suasana untuk bersolat dan mengunjungi masjid terdekat seperti kelaziman. Jika anda berada di negeri Selangor, tunaikan kembali hajat yang telah terhenti seketika beberapa bulan tersebut dengan berkunjung ke beberepa buah masjid menarik yang mempunyai keunikan tersendiri.
Umum mengetahui Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terkenal dengan keindahan seni binanya hingga dianggap bangunan ikon. Namun, ada banyak masjid lain yang juga tersergam indah di Selangor. Antaranya:
- Masjid Syeikh Ismail
Walaupun usianya menjangkau lebih 100 tahun, Masjid Syiekh Ismail yang turut dikenali sebagai Masjid Tua Selangor yang terletak di tengah pekan Ulu Bernam kekal utuh dan masih digunakan umat Islam untuk beribadat. Reka bentuk bangunan yang keseluruhannya daripada kayu dan papan masih kukuh dan menampilkan hasil binaan kesenian Islam lama menjadikan masjid ini antara tertua di Selangor. Jadi tidak hairanlah jika masjid ini sering menjadi tumpuan pengunjung luar dan orang ramai untuk beribadat sambil melihat hasil kesenian binaan lama masyarakat Islam terdahulu. Pada masa sama mampu memberikan ketenangan apabila melangkah masuk ke masjid lama ini.
- Masjid Diraja Sultan Suleiman
Diasaskan Sultan Alauddin Suleiman Shah, ia dibina pada 1932 dengan nama Masjid Sultan Sulaiman Jamiur Rahman sebelum ia ditukar pada 1932. Menampilkan peradaban Timur dan Barat, rekaan arkitek Belanda, L Keste Ven terserlah pada jeriji besi yang ada pengaruh Rom dan Itali. Berbentuk segi lapan, ia dilengkapi kubah utama separuh bulat selain beberapa kubah dan empat lagi di anjung. Mimbarnya diperbuat daripada kayu dan logam. Ada kubah kecil dan 11 anak tangga menghubungkan kerusi bacaan khutbah.
- Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah
Sesuai dengan taraf masjid diraja, Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah antara pilihan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengadakan istiadat Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena hari keputeraan baginda. Dibina pada 2013, ia mampu memuatkan 4,000 jemaah pada satu-satu masa. Reka bentuknya bercirikan binaan tradisional Islam Timur Tengah dengan ukiran ayat al-Quran di pintu masuk utama. Di dewan solat, terhampar permaidani merah dan lampu ‘candeliar’ seperti masjid di Istanbul, Turki.
- Masjid As-Salam
Dengan 70 peratus binaan terletak di tasik, masjid yang dianggap mercu tanda di Puchong Perdana juga dikenali sebagai masjid terapung. Pengunjung berpeluang menyaksikan panorama matahari terbenam kala senja. Kubah utama, dua kubah kecil, menara dan mihrabnya sentuhan seni reka Timur Tengah. Kombinasi warna emas pada kubah dan bangunan bercat kuning menambah keunikannya.
- Masjid Dato’ Dagang
Dibina pada 1876 di Kampung Jawa, Mukim Bukit Raja Klang, nama masjid itu bersempena gelaran Raja Mahadi kepada pengasas kampung, Haji Muhammad Tahir Haji Mahmud. Ragam hiasnya dipengaruhi seni bina Indonesia dan dianggap mirip Masjid Agung Demak di Jawa. Atapnya bersegi empat sama dan disusun bertingkat tiga yang dipanggil Bumbung Atap Tumpang kerana ia ‘bertumpang-tumpang’ atau bertangkup antara satu sama lain. Dinaik taraf beberapa kali, sebahagian struktur asal masjid antara tertua di Selangor dikekalkan termasuk empat tiang cengal di tengah masjid. Beduk, ketung dan pinggan mangkuk China antara peninggalan lain. Di perkarangan, ada banyak makam lama.
image via google | selangorkini
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI