Pengalaman 3H2M Camping Di Teratak Tok Alang Batang Kali, Port Best Aktiviti Santai Bersama Keluarga

Share

Walaupun sekarang ini kita hanya diwajibkan duduk di rumah, tetapi tak salah buat survey untuk melakukan aktiviti riadah selepas tempoh lockdown berakhir.

Tak perlu pergi jauh, anda boleh membawa keluarga untuk merasa pengalaman camping di Teratak Tok Alang, Batang Kali Selangor.

Apa yang best di sini terutama jika membawa keluarga termasuk anak kecil. Perkongsian dari Nurul Farahanna Zaidi memberitahu perkhidmatan yang disediakan kala bercuti di sini.

Campsite Review:
Teratak Tok Alang, Batang Kali, Selangor
15-17 March 2021

Cost of site
Charged by tent, RM25/night
Additional RM10/night for shelter.
Tent besar ke kecik ke, still RM25. So it was a total of RM75 for 2 nights.

Tent type
Quechua Arpenaz 4.2 Fresh and Black
Quechua Base Fresh

Campsite contact
Tok Alang: 0193032021 / 0116726752
Wan (anak): 0198074517

Socmed
Teratak TOK ALANG
Google map and waze ke Teratak Tok Alang, tapi bila nampak signboard Kubur, ikut tu sampai jumpa banner kuning Teratak Tok Alang. Akan lalu jambatan besi 2m ketinggian. Kalau lebih muatan, sila ikut kiri jambatan dan cross sungai. Sebab waze & google x cun mapping.

Kemudahan Disediakan:

Toilet
Bersih. Malam gelap, sila bawa lampu sendiri. Bumbung rendah, baik-baik kepala jangan terhantuk. Roboh tandas orang nanti.

Plugpoint
Tak ada electricity okay, bawa battery, power box, lampu usb secukupnya. Gensets are prohibitted here.

Kitchen and sink
Urus sisa makanan dengan betul. Makan bersih-bersih, sisa tu buang kat tong sampah. Daun kering ialah filter nature. Jadi air-air kotor tu bole tuang kat daun kering pokok buluh.

Fire pit
Bawa pit sendiri kay. Jangan bakar atas tanah. Hitam tanah orang.

Sungai
Crystal clear. Ada tempat cetek utk kids dan dalam untuk berenang. Ikan ada udang pun ada. Butterflies banyak beterbangan.

Kereta bole park tepi khemah, tak ada masalah. Unless campsite packed sgt, tuan tanah akan adjustkan kreta park luar.

Jalan bertar sesuai utk semua jenis kereta. Nak geli2 cross sungai for 4×4 pun boleh.
Campervan pun bole, tapi jangan lebih 2m ketinggian tau. Tak lepas jambatan.

 

Phone Coverage
Pakai umobile stable walaupun connection E.

Security/safety
Malam-malam tuan tanah balik, jadi jaga diri la kat campsite. But no problem lah, ramai jiran kebun dan rumah sebelah tepi kiri kanan. Siang tuan tanah dtg balik kay. No worries.

Pekan dekat je by the way, dalam 5km. Kalau nak topup ration habis pun senang nak extend.

Admin bagi campsite ni,
Awesome sgt! Family friendly with just the right amount of nature. — with Mohamad Syazwan Ismail.

Artikel Berkaitan:

Taman Negara Gunung Lesong, Eco Pelancongan Baru Di Sri Aman Yang Jarang Diterokai

Beringat Sebelum Kena, Kenali Petanda Kemunculan ‘Kepala Air’ Ketika Beriadah Di Air Terjun

Jangan Tunggu Usia Tua Baru Nak Mengembara, Lakukan Segera Ketika Usia Masih Muda!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman