ALL Nippon Airways (ANA) melakukan inisiatif pertama menggunakan pesawat komersial sebagai kargo.
Penerbangan dari Shanghai ke Tokyo itu membawa bekalan perubatan untuk kes-kes melibatkan COVID-19, termasuk topeng muka, pakaian perlindungan diri dan bekalan lain.
Ia diletakkan di dalam kotak yang diikat rapi di tempat duduk penumpang. Selain tempat duduk penumpang, tempat letak bagasi juga digunakan bagi mengisi bekalan-bekalan tersebut. Penerbangan itu mendarat di Lapangan Terbang Haneda pada 22 April 2020 lalu.
Ads
Ads
ALL Nippon Airways berharap dapat memenuhi permintaan mengangkut barang antarabangsa seperti penghantaran kecemasan dengan menggunakan pesawat kargo mereka sendiri.
Ia juga berhasrat dapat terus menggunakan tempat duduk penumpang sebagai ruang kargo untuk laluan dari Shanghai ke Tokyo dan memperluas laluan dengan mengambil kira permintaan.
Robot dipilih sebagai pengganti kepada pelajar untuk menerima sijil pengiktirafan ketika majlis graduasi di sebuah universiti di Jepun. Ia bertujuan bagi mengekang wabak COVID-19 terus menular.
Inisiatif dan pendekatan kreatif Business Breakthrough University ini seharusnya dipuji walaupun umum mengetahui robot dan negara Jepun bukanlah perkara yang asing. Akibat COVID-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Robot yang digunakan dijadikan sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. Sekaligus membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Robot tersebut mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan. Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.
Temasya sukan terbesar peringkat antarabangsa, sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach telah bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan empat tahun sekali itu.
Walau bagaimanapun acara sukan terbesar ini akan diadakan kembali untuk setahun akan datang. Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.
“Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan. Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton,” beritahu Shinzo Abe.
Foto: abc news
Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkenaan.
Untuk info, ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan. Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menjadi kelaziman dan tradisi penduduk terutama di kawasan kampung di Terengganu memasang pelita di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan sekitar kampung untuk menceriakan suasana waktu malam pada hari-hari terakhir bulan Ramadan.
Bagi menceriakan lagi sambutan Aidilfitri di Terengganu tahun ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Pelita Raya Online Beautiful Terengganu: PKP Raya Style 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM8,000.
Dalam suasana Ramadan dan Aidilfitri kali ini agak ‘suram’ selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan wabak COVID-19. Wujudnya pertandingan ini sekurang-kurangnya akan menceriakan sesebuah keluarga di kawasan kejiranan agar lebih kreatif dalam ‘menghidupkan’ suasana malam yang suram dan memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat di negeri Terengganu dengan setiap penyertaan tertakluk kepada kreativiti peserta dalam menampilkan dekorasi pelita untuk menghiasi kediaman masing-masing.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu foto terbaik dan video terbaik itu akan bermula pada 18 Mei hingga 26 Mei ini sekali gus dapat mempromosikan Terengganu sebagai lokasi pelancongan yang ‘wajib’ dikunjungi pada masa akan datang.
Bagi kategori video, peserta perlu memastikan klip yang dihantar tidak melebihi dua minit dan dibenarkan melakukan suntingan untuk menjadikan video mereka lebih menarik.
Bagi kategori foto, peserta perlu menghantar gambar suasana persediaan dan gambar pelita raya yang dibuat dengan minimum lima keping gambar termasuk swafoto berseorangan atau secara berkumpulan.
Penyertaan boleh dihantar melalui laman Facebook Beautiful Terengganu Malaysia dan mengikuti semua syarat yang telah ditetapkan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...