Sebuah bongkah aisberg setinggi 45 meter terapung di kawasan perairan dikenali ‘lorong aisberg’ di pesisir wilayah Newfoundland di Kanada. Bongkah ais tersebut juga dilihat seakan sedang ‘bersiar-siar’ melawat sekeliling penempatan terdekat dengan laluan ini.

Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada

Seorang jurugambar amatur, Mark Gray sempat merakam beberapa keping gambar pemandangan menakjubkan ketika bongkah ais gergasi itu terapung melintasi pesisir Lautan Labrador dari rumahnya.

Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada

Dia seterusnya berkongsi gambar itu di Twitternya. Rata-rata pengikutnya yang menyaksikan fenomena itu begitu teruja sehingga menyebabkan Mark Gray  sentiasa mengemaskini status terbaru saban hari.

Ads

Salah satu gambar itu menunjukkan betapa kerdilnya rumah api terkenal di pekan kecil itu berbanding saiz bongkah aisberg yang terapung berhampirannya.

Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada

Ads

‘Rumah api Cape Bonavista kelihatan kerdil berbanding aisberg gergasi itu,’ tulis Gray menerusi satu perkongsian di Twitter.

Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada

Lorong aisberg sering menyaksikan bongkah ais gergasi terapung bergerak melintasinya ketika lewat musim bunga atau awal musim panas.

Ads

Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada Penduduk Teruja. Aisberg Gergasi ‘Melawat’ Perkampungan Berhampiran Lautan Labrador, Kanada

Kira-kira 400 hingga 800 bongkah aisberg melalui perairan dekat Newfoundland setiap tahun dengan rekod tertinggi 2,000 bongkah pada tahun 1984. Kesemua ais itu dianggarkan berusia antara 10,000 hingga 12,000 tahun dan berasal daripada beberapa lapisan glasier di Greeland.

 

Sumber: Dailymail | Kosmo

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI