Kerajaan Selangor membenarkan pengunjung restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk di negeri ini menikmati hidangan di premis-premis itu mulai 13 Mei 2020.
Penduduk Di Selangor Dah Boleh Makan & Minum Dalam Restoran

Pada 1 Mei, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei, tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan. Bagaimanapun, kerajaan Selangor melaksanakan PKPB dengan penetapan beberapa perincian tambahan, antaranya peniaga dan penjaja berpremis yang dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 10 malam, terhad kepada urusan bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran.
Penduduk Di Selangor Dah Boleh Makan & Minum Dalam Restoran

Bermula 13 Mei 2020, anda yang berada di Selangor sudah dibenarkan makan dan minum di restoran, bagaimanapun orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.

  • Semua premis makanan berkenaan dibenarkan beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam, tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial.
  • Peniaga tidak dibenarkan membuka meja di kawasan kaki lima mahupun di tempat letak kenderaan.
  • Peniaga juga digalak memberi pilihan ‘pre-order’ kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di premis mereka.
  • Peniaga ‘food truck’ dan penjaja tepi jalan juga dibenarkan beroperasi semasa PKPB yang kini dilanjutkan sehingga 9 Jun, bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam namun terhad kepada urusan pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.

Penduduk Di Selangor Dah Boleh Makan & Minum Dalam Restoran

Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan akan melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Ads
Ads
Ads
  • Bagi pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta pula, premis berkenaan boleh beroperasi seperti biasa namun aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di lokasi sama tidak dibenarkan.
  • Pasar pagi dan pasar malam masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPB sehingga 9 Jun ini.
  • Semua jenis taman di negeri ini dibenarkan untuk dibuka kepada rakyat beriadah bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam.
  • Aktiviti memancing juga boleh dilakukan. Bagaimanapun, sebarang perkhemahan dan pendakian masih tidak dibenarkan.

Sumber: astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI