Penduduk Di Sabah Tidak Dibenarkan Rentas Daerah Sehingga 16 Oktober 2020. Bertabahlah, Kita Jaga Diri Kita Sendiri!

Share

Disebabkan kes pandemik COVID-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah telah diarahkan berkuatkuasa kembali pada tengah malam 3 Oktober 2020 (Sabtu).

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, untuk industri pelancongan Sabah antara negeri yang menerima kunjungan ramai pelancong domestik terutama ke destinasi pulau-pulau cantiknya. Namun, keseronokkan untuk bercuti ke Sabah terhenti sekali lagi buat seketika demi membendung penularan wabak COVID-19 yang kembali tinggi.






Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.

  • Perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.
  • Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang menjalani atau akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan.

Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa. PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk di empat daerah itu dijadualkan berakhir pada 12 Oktober ini. Pelaksanaan PKPDB di kawasan itu adalah bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.


Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan kelak akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah.

Oleh
Husna