Tahun lalu ada peraturan baharu akan dilaksanakan di gunung yang popular di Pulau Lombok, Indonesia.
Khemah-khemah buat pendaki-pendaki Gunung Rinjani akan berteraskan peraturan patuh syariah. Ini bermakna khemah penginapan buat pendaki bujang lelaki dan perempuan di kaki Gunung Rinjani akan dipisahkan dan tidak boleh lagi berdekatan atau duduk bersama.
Peraturan itu diperkenalkan oleh Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR) dalam usaha pemerintah tempatan menyokong industri pelancongan halal di Lombok, Nusa Tenggara Barat. Walau bagaimanapun usaha untuk melaksakan peraturan itu secara keseluruhan masih dikaji. Agensi berkenaan memperkenalkan peraturan berteraskan syariah itu pada pihak swasta dan berkepentingan.