Tahun lalu ada peraturan baharu akan dilaksanakan di gunung yang popular di Pulau Lombok, Indonesia.
Khemah-khemah buat pendaki-pendaki Gunung Rinjani akan berteraskan peraturan patuh syariah. Ini bermakna khemah penginapan buat pendaki bujang lelaki dan perempuan di kaki Gunung Rinjani akan dipisahkan dan tidak boleh lagi berdekatan atau duduk bersama.
Peraturan itu diperkenalkan oleh Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR) dalam usaha pemerintah tempatan menyokong industri pelancongan halal di Lombok, Nusa Tenggara Barat. Walau bagaimanapun usaha untuk melaksakan peraturan itu secara keseluruhan masih dikaji. Agensi berkenaan memperkenalkan peraturan berteraskan syariah itu pada pihak swasta dan berkepentingan.
- Jika peraturan ini dilakukan, pihak mereka memberi jaminan bahawa terdapat ruang yang mencukupi untuk memisahkan khemah bagi pengunjung lelaki dan wanita.
- Pengasingkan (kawasan khemah) khemah lelaki di sebelah kanan dan khemah wanita di sebelah kiri.
- Peraturan itu hanya terpakai untuk pendaki yang belum berkahwin.
- Pasangan pendaki yang sudah berkahwin dibenarkan duduk dalam khemah yang sama.
- Idea pelaksanaan peraturan baharu itu, dikemukakan oleh masyarakat tempatan di persekitaran Gunung Rinjani.
- Masyarakat di kawasan pelancongan itu percaya bahawa kejadian gempa bumi yang berlaku tahun lalu disebabkan aktiviti tidak bermoral dilakukan pendaki.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakyat Malaysia Lebih Suka Guna Google Maps Daripada Waze
Sebuah laman Facebook portal gajet, wiser.my mendedahkan rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Google Maps berbanding Waze untuk membantu mereka mencari petunjuk arah.
Dalam tinjauan yang dilakukan dan dikongsikan astroawani pada penghujung tahun lalu, 65 peratus memilih Google Maps berbanding hanya 35 peratus yang memilih Waze.
**media[146582]**
- Menerusi ruangan komen, netizen memaklumkan mereka lebih suka menggunakan Google Maps kerana dianggap lebih 'boleh diharap' dan tidak memberatkan sistem telefon.
- Namun ramai juga yang menyifatkan Waze lebih baik kerana dilengkapi real time reporting tool yang membolehkan pengguna mengetahui situasi di jalan raya dengan lebih tepat, termasuk sekatan jalan raya dan kemalangan.
**media[146580]**
Dalam pada masa itu, Google dilaporkan akan menambah beberapa ciri seperti yang ada pada Waze kepada Google Maps untuk Android dan iPhone, selain sokongan Street View (Android) dan maklumat cuaca (iPhone), lapor portal antarabangsa bgr.com. Turut akan ditambah ialah ciri mengesan penutupan lorong, objek yang menghalang laluan dan petunjuk kawasan pembinaan.
**media[146584]**
Apa pilihan aplikasi petunjuk arah anda?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Beg Sesuai Untuk Pergi Bercuti, Lain Lokasi Lain Keperluannya Ya!
Tak kisah apa jenis travel trip yang kita buat seperti business trip, backpack trip, leisure trip, hiking atau trip ke pulau, pemilihan beg perlu disesuaikan mengikut keadaan kerana setiap rekabentuk dan saiz mempunyai kelebihan serta kekurangan mengikut keadaan.
Ada empat perkara yang kita perlu tahu sebelum pemilihan beg untuk travel:
1. Jangka masa percutian
Adakah kita akan bercuti untuk jangka masa yang lama atau trip percutian kita hanya memakan masa selama sehari?
2. Pengangkutan apa yang digunakan
Menaiki kapal terbang? feri? kereta api? berbasikal? menaiki kereta? jenis beg biar bersesuaian dengan kenderaan yang kita naiki.
3. Tahap kesukaran percutian
Adakah percutian kita akan statik di satu tempat atau kita akan hopping ke tempat-tempat yang lain.
4. Aktiviti apa yang dilakukan
Adakah sesuai membawa luggage empat segi beroda mendaki gunung?
Di sini ada beberapa contoh beg dan kesesuaian untuk digunakan:
Rolling Luggage
Sesuai untuk: Travel jangka masa lama
Siapa yang rasa nak ‘lari’ dari rumah, wheeled suitcase macam ni sesuai sebab boleh bawa perkakas rumah bersama. Ciri-ciri beroda, mempunyai pemegang dan permukaan luaran yang keras menjadikan ianya versatile dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Backpack / Beg Sandang
Sesuai untuk: trip adventure
Backpack sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup travel yang aktif. Selalunya backpack dicipta dengan bahan yang tahan lasak dan pemakaiannya cepat selain mudah dipikul dan dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk pelancong yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Beg Duffel
Sesuai untuk: Trip santai
Duffel bag sesuai untuk orang yang suka bersukan atau mempunyai hobi sewaktu travel trip mereka. Walaupun ia tidak fleksibel seperti wheeled suitcase atau dibuat untuk trip lasak seperti backpack, beg duffel ini sesuai untuk perjalanan kasual di luar bandar atau pulau.
Reka bentuk silinder yang ringkas dan saiz yang pelbagai menjadikan beg ini boleh dijadikan beg sampingan bagi pakaian dan item yang lebih kecil jika beg utama anda penuh.
Beg Day-Pack
Sesuai untuk: Kawasan urban dan mahukan beg yang kecil
Beg kecil ini mempunyai ruang yang selamat untuk melindungi komputer riba anda sekiranya dibawa sewaktu travel, ditambah dengan poket yang banyak untuk menyimpan kabel, peralatan, botol air, snacks dan kerja kertas.
Selain daripada itu, anda boleh gunakan untuk trip yang tidak lebih daripada sehari. Malah, beg ini kecil dan boleh dibawa masuk ke tempat duduk dalam penerbangan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
1001 Panduan Penting Jika Korang Merancang Mendaki Ke Puncak Kinabalu Ketika Normal Baharu
Penularan virus COVID-19 menjadi igauan ngeri penduduk dunia hinggakan ia mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada normal baharu serta memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.
Tatacara normal baharu yang berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah beberapa bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei 2020 tetapi setiap pendaki perlu mematuhi SOP. Puncak gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabali terletak di Taman Kinabalu, Kundasang kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu yang juga kawasan Tapak Warisan Dunia.
Pendakian Ke Panalaban
- Berdasarkan normal baharu itu hanya 100 pendaki dibenarkan dalam sehari (berbanding kira-kira 165 orang sebelum PKP) untuk mendaki dan setiap pendaki akan diperiksa suhu badan selain mencatat nama pada buku daftar di pintu masuk utama Taman Kinabalu sebelum dibenarkan berada di kawasan taman untuk urusan pendakian.
- Setiap pendaki termasuk malim gunung dan porter tidak terkecuali daripada SOP yang ditetapkan itu bagi memastikan keselamatan setiap pendaki terjamin.
- Pertamanya, suhu badan pendaki perlu melepasi tahap yang ditetapkan, barulah dibenarkan untuk mendaftar masuk bagi urusan pendakian seperti bayaran insurans, malim gunung, penginapan dan porter.
- Waktu pendaftaran pula bermula seawal 7.00 pagi-10.30 pagi sahaja sebelum bergerak ke Timpohon bagi memulakan pendakian ke Panalaban sejauh enam kilometer.
- Tepat pukul 9.40 pagi, selepas menandatangani buku daftar masuk di pintu Timpohon, 88 pendaki termasuk media dibenar untuk meneruskan pendakian ke Panalaban yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.
- Panalaban adalah tempat perhentian yang menempatkan beberapa asrama penginapan untuk pendaki bermalam sebelum meneruskan pendakian keesokan hari ke puncak Kinabalu.
- Baju hujan adalah antara keperluan yang perlu dibawa ketika mendaki selain sarung tangan, stokin, makanan ringan, minuman, ubat dan pakaian yang mudah kering selain ringan bagi memudahkan pergerakan.
- Antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika mendaki ialah perubahan suhu dan ketinggian akan menyebabkan pendaki merasa pening, loya dan muntah berpunca daripada mabuk gunung (AMS)
- Jika pendaki merasa sesak nafas dan kesejukan yang melampau, mereka perlu maklumkan kepada malim gunung supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka.
SOP Pendakian Untuk Semua Pendaki
- Sepanjang pendakian ke Panalaban, pendaki akan melalui tujuh pondok perhentian iaitu pondok Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Paka dan Waras.
- Pemeriksaan suhu badan semua pendaki termasuk malim gunung dan porter akan dijalankan lagi di pondok Layang-Layang yang berada di ketinggian 2,702 meter dari aras laut.
- Jika suhu mereka lebih daripada 37.4 darjah selsius, individu itu akan dikuarantin di bilik yang telah disediakan di pondok Layang-Layang.
- Selepas itu, suhu pendaki diperiksa lagi di pondok Waras; di pintu masuk restoran dan penginapan Laban Rata; sebelum bertolak ke puncak Gunung Kinabalu dan selepas turun dari puncak Kinabalu.
- Semasa berada di puncak Kinabalu pula, bagi mengelakkan kesesakan hanya empat orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa dan perlu bergilir untuk bergambar.
- Proses sanitasi dibuat di setiap kawasan rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
- Proses sanitasi juga dibuat di setiap kawasan penginapan yang terdiri daripada beberapa buah antaranya rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
- Kedudukan katil di setiap bilik juga disusun dengan jarak yang ditetapkan selain penyediaan cecair pembasmi kuman di setiap pintu masuk bilik penginapan.
SOP Di Restoran Laban Rata
- Pelayan di restoran Laban Rata membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
- Bagi penyediaan makanan di restoran Laban Rata, pendaki tidak dibenar untuk mengambil makanan sendiri seperti sebelum ini.
- Bagi mematuhi SOP, pelayan di restoran akan membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan.
- Jumlah pendaki yang berada di restoran ini untuk menjamu selera juga dikurangkan kepada 30 orang berbanding 40 orang sebelum ini dan tempoh 30 minit diberikan untuk setiap kumpulan berada di restoran itu.
- Setiap pelayan mahupun tukang masak di restoran itu juga memakai pelitup separuh muka sebagai langkah keselamatan.
Foto: Amazing Borneo | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI