Selain terkenal sebagai syurga makanan, Penang juga mempunyai banyak tarikan lain yang korang boleh explore.
Mahukan sebuah percutian santai untuk foodhunting dan menginap di sebuah resort persis di Bali, Busa Syafiqqah Shawal dan teman-teman berkongsi itinerari mereka selama empat hari tiga malam di Pulau Mutiara itu.
Turut berkongsi info dan juga beberapa bajet untuk ke tempat-tempat yang dilawati, trip mereka memang sangat sempoi dan best. Untuk korang yang plan nak trip santai macam mereka, boleh jadikan perkongsian ini sebagai rujukan.
Ikuti perkongsiannya:
PENANG ESCAPE!
Hi korang, untuk travelogue kalini Busa nak share trip santai santai ke Penang. Motif utama sebab nak main Penang Escape Park, foodhunting pastu stay dekat resort ala ala Bali kat Penang je. So, Busa tak letak details perbelanjaan sebab memang trip ni santai and tak focus pada bajet sangat.
TRANSPORTATION
Air Asia Kul-Pen-Kul (book awal masa promo)
Untuk pergerakan dalam pulau kami banyak guna GRAB Car and naik kenderaan sendiri since travel buddy Busa bawak kereta.
ACCOMMODATION
Wassup Youth Hostel
(Hotel ni sangat strategik tau sebab dekat sangat dengan Komtar. Nak naik pengangkutan awam macam bas Rapid pun senang sangat sebab jalan kaki sikit je dah sampai Komtar. Banyak bas Rapid yang perjalanannya bermula dari Komtar atau lalu Kawasan Komtar. Even bas percuma Central Area Transit (CAT) pun lalu dekat Komtar tau. Incase korang naik bas Rapid dari Penang Airport, bas tu akan berhenti dekat Komtar and korang boleh jalan kaki je ke hotel. Hotel ni ada mini pool, café, mini arcade and bilik selesa and fasiliti best. Nak parking kereta pun senang sebab belakang hotel ni ada car park berbayar (around RM4-6 per entry).
: RM 192.30 per room (3H2M untuk Standard Double Room)
The Lost Paradise Resort, Tanjung Bungah
Ads
:RM 580 per night (Grand Suite Ombak, boleh muat dalam 5-6 orang).
ACTIVITIES
Escape Park: RM 133 per pax
Water Tricycle Bike: RM 30 per bike for 30 minutes (Khas untuk yang menginap di Lost Paradise Resort sahaja)
Rumah Kelahiran P Ramlee : Percuma
Penang Hill Sunrise Package (RM 3 per pax)
ITINERARY
DAY 1
Ads
KLIA
Penang Airport
Check in Wassup Youth Hostel
Lunch dekat Restoran Hameediyah
Minum petang dekat Mi Sotong Hameed Pata, Esplanade Park Food Court
Chill dekat Padang Kota
Dinner dekat Restoran Kapitan
DAY 2
Penang Hill Sunrise Package
Lily Ais Kacang, Bukit Bendera
Escape Park, Penang
Tea time ft sunset view dekat Starbuck Batu Feringgi
Dinner dekat Nasi Kandar Deen Maju
DAY 3
Sarapan dekat Roti Canai Gemas Road
Check out Wassap Youth Hostel
Lunch dekat Restoran Padang Minang, Jalan Transfer
Rumah Kelahiran P.Ramlee (museum visit)
Check in The Lost Paradise Resort, Tanjung Bungah
Tricyle Bike Water Sport, The Lost Paradise Resort
Dinner dekat Padang Brown
DAY 4
School Visit (Lighthouse Academy, The Lost Paradise Resort)
Check out The Lost Paradise Resort
Lunch dekat Cargas Café, Bayan Lepas
Penang Airport
KLIA
TIPS AND TRICK!
Untuk yang nak baca travelogue yang Busa tulis sebelum ni boleh search Facebook Page: Travelogue Budget By Busa
Escape Park, Penang
Betul lah orang kata, Escape Park ni sehari pun tak cukup nak main semua. Rasa dah book tarikh cantik dah on weekday tapi tetap ramai jugak. Alhamdulillah, game best best kitaorang dapat main jugak even kena beratur lama. Staff sini kata cuba try datang Rabu or Khamis sebab orang tak ramai sangat masa ni. Tips, nak murah sila beli dekat website and beli awal ye. Busa beli awal 2 bulan so dapat harga RM 133 per pax. Kalau beli 4-6 bulan awal lagi murah. Semua game best, staff sangat sporting! Oh ye, untuk yang nak simpan barang boleh sewa locker dengan harga RM 10 and untuk para gegadis berhijab yang tak bawak pakaian mandi yang proper boleh sewa Burkini dekat sini dengan harga RM 9. Cara pembayaran sama ada guna kad atau touch n go ewallet.
The Lost Paradise Resort
Nak rasa vibe Bali dekat Penang? Seriously, you need to stay in this resort! Banyak tempat OOTD yang ngam teruk and cantik cantik tau. Rate harga bilik bermula dari RM 199- RM 980 semalam untuk hari minggu. Yang best, setiap design bilik tak sama and semua idea ni datang dari owner resort, Dr Chew Yu Gee sendiri. Busa suka stay sini sebab hospitality dia terbaik. Semua staff sangat peramah termasuk lah owner resort dan keluarga beliau, Madam Melody and Dr Iise. Taknak taip banyak, korang kena datang and feel sendiri experience stay dekat sini tau! Madam Ong, manager dekat sini pun sangat banyak bantu kitaorang bila kitaorang perlukan apa apa. Thumbs up!
Lighthouse Academy
Ads
Sekolah ni sangat unik sebab terletak dekat dalam resort. Basically, penubuhan resort ni sebenarnya untuk menampung kos pengoperasian sekolah ni. Sebab apa Busa kata sekolah ni unik? Sekolah ni khas untuk kanak kanak berkeperluan khas tau. Tenaga pengajar kat sini memang Busa salute sangat sebab berjiwa besar. Bukan mudah ye kita nak mengajar kanak kanal special needs ni. Pengetua sekolah, Madam Melody sangat friendly! Dia yang bawak geng Busa tour satu sekolah. Untuk yang menginap kat sini, korang bukan je boleh enjoy view and OOTD dekat kawasan resort tapi korang pun boleh lawat sekolah ni. Just inform receptionist untuk approval. Sambil bercuti, duit yang korang spend pun sebenarnya sangat membantu untuk dana sekolah ni tau. Menarik kan, from education line and medical line combine with the tourism and hospitality line.
Water Tricycle Bike
Ni korang WAJIB ye try menginap dekat The Lost Paradise Resort! Kayuh lah nak dekat dekat senja so boleh tengok sunset sekali sambal layan view. Water sport ni hanya dibuka untuk pengunjung yang menginap dekat Lost Paradise resort je tau sebab nak jaga privacy in house guest dan juga sebab parking yang limited. Tapi, serious pengalaman naik basikal ni best tau. Kalau rasa nak kayuh basikal atas laut, meh la stay dekat Lost Paradise!
Penang Hill Sunrise Package
Kalau nak naik train Penang Hill murah, boleh beli tiket walk in dari jam 6:30 pagi sampai 8:00 pagi sebab harga tiket cuma RM 3 je. Harga normal RM 12 tau so banyak jugak jimat tu. Orang pun tak ramai naik pagi. Busa prefer naik pagi sebab udara and suasana kat atas tu nyaman sangat kalau naik waktu pagi. Orang pun tak ramai. Tak silap Busa package ni hanya untuk walk in sahaja, untuk warganegara Malaysia, dan tak available masa cuti sekolah, long weekends, musim festival dan peak seasons.
Lain-lain
Korang kena try minum Bandung Float dekat sebelah kedai Mee Sotong Hameed Pata tu. Serious sedap and worth it (RM 4.50 tak silap).
Menu nasi nasi dekat Restoran Kapitan sedap tapi roti nan cheese dia kurang lah. Keras and sejuk. Jadi tak enjoy nak makan even kuah Milani dia sedap.
Datang awal untuk lunch dekat Restoran Padang Minang and Cargas Café sebab kalau lambat memang ramai orang. Tapi, makanan dia sedap. Korang kena try menu cencaru goreng kalau makan dekat Restoran Padang Minang. Kalau dekat Cargas Café tu korang try je lah mana mana lauk sebab semua sedap, serious! Patutlah baru pukul 12 orang dah beratur panjang even weekday.
Kalau rasa bosan taktahu nak jalan mana, boleh singgah dekat Galeri Rumah Kelahiran P.Ramlee. Masuk free je. Boleh tengok sejarah hidup P.Ramlee dan boleh masuk rumah dia.
Kalau nak tengok sunset, selalunya Busa suka tengok dekat Starbuck Batu Feringgi je sebab ada tempat lepak chill chill.
Wajib try makan aiskrim dekat Bukit Bendera, cari kedai Lily Ais Kacang. Menu dia best, sedap and yang penting murah.
Ni pendapat kitaorang tapi bagi kitaorang kan pasembor Padang Brown lah yang paling sedap kitaorang pernah makan dekat Penang. Kuah dia cukup rasa, orang kata kene kene kene. Bagitahu je bajet korang berapa dekat mamak tu, kitaorang order RM 15 je dah cukup kenyang and portion banyak. Tapi licin ye sebab sedap!
Kehijauan alam semula jadi, kejernihan sungai yang mengalir serta kedinginan air terjun pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk menikmati suasana percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kota.
Keindahan berlatarkan hutan menghijau sekali gus menyingkap realiti khazanah yang masih terpelihara di negeri Terengganu. Keadaan ini semestinya memberikan inspirasi buat pemuja alam semula jadi.
Lata Tembakah merupakan tempat berlibur yang tidak asing lagi bagi penduduk di Terengganu malah daripada penduduk Kelantan juga. Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan Kampung Jabi iaitu 24km daripada Bandar Jertih dan 130km dari Bandar Kuala Terengganu.
Lata Tembakah mempunyai air terjun setinggi tujuh tingkat dan dikatakan tingkat keempat merupakan lokasi yang paling cantik dan strategik buat jurugambar mengambil gambar. Untuk sampai ke tingkat keempat, pengunjung perlu berjalan kaki selama lebih kurang 45 minit hingga 60 minit untuk sampai.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan kepada para pengunjung. Antaranya parkir kenderaan yang luas, gerai makanan, pondok pengawal, rumah penginapan dan asrama, jambatan gantung, trek pejalan kaki, pondok rehat, kerusi rehat, dapur BBQ, bilik persalinan, dan tandas awam.
Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun komersil yang perlu dikunjungi pengunjung jika berada di Tasik Kenyir. Untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung hendaklah memandu ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang terletak kira-kira 60km dari Bandar Kuala Terengganu.
Jarak antara Pengkalan Gawi dengan Air Terjun Lasir hanya sekitar 16km. Air terjun Lasir ini mencapai ketinggian 500 meter dan merupakan salah satu destinasi utama yang wajib disinggah. Pelbagai kemudahan disediakan di sini, antaranya jeti, tandas, tapak perkhemahan, jambatan gantung, dan laluan pejalan kaki.
Air Terjun Chemerong Tawar Suasana Nyaman & Menyegarkan
Foto: Google Image
Air Terjun Chemerong merupakan salah satu tempat yang seharusnya dikunjungi apabila berkunjung ke negeri Terengganu. Lokasinya terletak di Hutan Simpanan Pasir Raja daerah Dungun dan 100km dari Kuala Terengganu.
Di kawasan air terjun Chemerong terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang sememangnya mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung ke sini. Paling menarik, Air Terjun Chemerong setinggi 305 meter yang merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia mempunyai tiga tingkat serta menjadi pintu masuk kepada hutan lipur Chemerong.
Selain daripada itu, pengunjung juga boleh melihat Pokok Chengal yang tertua dan terbesar di dunia yang berketinggian 16.6m dan berdiameter 16.75m. Terdapat banyak kemudahan yang boleh didapati apabila berkunjung ke kawasan Air Terjun Chemerong ini antaranya kemudahan telefon awam, surau, bilik persalinan, tandas dan sebagainya. Selain itu terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk santapan pengunjung dengan harga yang berpatutan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Malaysia memang kaya dengan lokasi menarik yang sangat cantik. Antara yang sering jadi perhatian ialah kawasan tanah tinggi.
Dan tahukah anda selain lokasi terkenal yang biasa kita tahu seperti Cameron Highland, Bukit Fraser dan Bukit Bendera, terdapat beberapa lagi lokasi tanah tinggi yang WAJIB dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
BARIO & BA’KELALAN
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak.
Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda.
KUNDASANG
Kundasang merupakan pusat tanaman sayur-sayuran segar yang terkenal di Sabah. Terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu, cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi faktor utama pelancong datang ke sini.
Menariknya Kundasang, ia lokasi yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong. Di sini, anda dapat memperolehi bunga-bunga dan sayur-sayuran segar dengan harga yang berpatutan kerana faktor cuaca yang sejuk.
BUKIT LARUT
Turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi yang terletak di Taiping, Perak. Suhu pada hari siang adalah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam.
Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Memandangkan Bukit Larut merupakan kawasan lembap di Malaysia, anda akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang.
Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan kuda padi dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pelancong Eropah yang sampai ke sini akan menyamakan tempat ini sebagi Switzerland pada musim bunga!
GUNUNG LEDANG
Dengan ketinggian 1,276m, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika anda berada di atas gunung ini pada hari cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Lagenda dan mitos berjaya menarik pelancong yang gemarkan alam semulajadi.
Anda tidak keseorangan jika mahu bermalam di hutan ini kerana ia pilihan anda jika mahu sampai ke sini. Air terjun dan resort pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih Gunung Ledang sebagai lokasi percutian.
Bosan juga jika kerap ke tanah tinggi yang sama. Empat lokasi tanah tinggi di atas merupakan beberapa lokasi pilihan yang membolehkan anda menikmati buah epal bukit seperti yang terdapat di tanah tinggi Ba’Kelalan.
Jika anda berkunjung ke sini, tidak ada salahnya anda feeling membawa jaket tebal seperti bercuti ke luar negara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau suka melihat kehijauan sawah padi, anda boleh datang ke Padihijau Homestay yang terletak di Sungai Besar, Selangor.
Tidak hanya membina sebuah kediaman eksklusif dengan kemudahan kolam mandi, ruang pandang yang luas dengan bonus panorama sawah padi yang menghijau jadi satu kelebihan.
Pilih Padihijau Homestay
Malah, owner juga kreatif membina rumah dengan pelbagai design penuh warna-warni demi memikat hati pengunjung.
Homestay yang berlatar belakangkan panorama sawah padi ini sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Homestay ini ada 3 rumah kon dan 2 chalet kecil sesuai dengan kawasannya yang jauh dari kesibukan kota.
Kalau anda datang sini, digalakkan untuk membawa basikal untuk menikmati suasana kampung yang mendamaikan.
Lokasi:
Padihijau Homestay
Jika kalian bercuti di sini, boleh pilih dua jenis penginapan iaitu chalet tiga segi dan unit banglo.
Tetapi kalau datang dengan famili besar, lebih baik menginap di banglo yang lengkap dengan dapur.
Alamat: No 15, Parit 8 Timur, Sungai Besar, Selangor Waktu operasi: 24 jam Facebook: PadiHijau Homestay Instagram: @homestay_padihijau
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!