Untunglah rakyat Pulau Pinang dan penduduk utara selepas ini, jika mahu ke negara Taiwan, sudah ada penerbangan terus ke sana tanpa perlu ke lapangan utama Malaysia di KLIA.
Pulau Pinang memulakan 'Experience Penang Year 2020' dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu bagi laluan Pulau Pinang-Taiwan oleh Starlux Airlines bermula 23 Januari 2020 ini.
Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira empat setengah jam selepas berlepas.
Pulau Pinang menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang dipilih untuk penerbangan dari lapangan terbang di New Taipei City. Pulau Pinang berbangga menjadi salah satu daripada tiga bandar antarabangsa yang dipilih,selepas dua bandar raya lain, Macau (China) dan Da Nang (Vietnam).
Daripada sumber Benama, Wakil Starlux Airlines Co Ltd (Cawangan Malaysia) Chin-wen Hsu berkata sebelum keputusan untuk melaksanakan penerbangan Pulau Pinang-Taiwan itu, mereka telah meninjau persekitaran pelancongan di Pulau Pinang dan melihat potensi pasaran yang luas.
Ads
Melalui tinjauan tersebut mereka mendapati syarikat penerbangan lain yang mengendalikan penerbangan terus Pulau Pinang-Taiwan mempunyai kira-kira 80 peratus kapasiti penumpang setiap tahun pada 2017 dan 2018.
Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines meraih anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia bersempena anugerah pelancongan antarabangsa Majlis Antarabangsa Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) 2019 di ITB Berlin.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Izham Ismail berkata anugerah itu didedikasikan kepada pekerja syarikat itu yang komited dalam memberikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia kepada penumpang mereka setiap hari. Ini adalah bukti komitmen Malaysia Airlines dalam memberikan pengalaman hebat di darat dan udara kepada penumpang.
Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia, Malaysia Airlines akan menawarkan 25 peratus potongan tambang ke destinasi terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney. Tawaran tersebut sah sehingga tengah malam 12 Mac 2019 untuk perjalanan sekarang dan 31 Mei 2019.
Pelanggan boleh menempah tiket mereka di mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian atau melalui laman web Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.
Mendapat sambutan yang menggalakkkan setelah dua tahun berehat, Festival Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjutkan lagi sehingga 11 September ini. Mula dibuka sejak 29 Ogos yang lalu, festival ini mempamerkan lebih kurang 400,000 spesis bunga dari seluruh dunia.
Selain dilanjutkan hingga Ahad ini, pengunjung juga dapat masuk percuma ke dalam kawasan pameran bermula hari ini.
Festival yang sepatutnya dijadualkan berakhir semalam, diumumkan perlanjutan tarikh pameran oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim. Ia sekaligus memberi peluang kepada mereka yang masih belum sempat berkunjung ke pameran ini.
Menurut Shahidan, tiket masuk ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2022 adalah percuma mulai hari esok bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang sedang bercuti penggal persekolahan sehingga hujung minggu ini.
Tambah Shahidan, terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya persembahan daripada kumpulan busker dan juga cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal pada hari terakhir Floria Diraja Putrajaya 2022.
Ini sedikit info berkaitan Floria Diraja Putrajaya:
Floria Diraja Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) semenjak tahun 2007.
Festival ini mempamerkan produk-produk komersial dari industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara di mana kesemua tarikan ini akan dipersembahkan di dalam suasana taman.
Floria Diraja Putrajaya 2022 telah dikunjungi lebih 400,000 pengunjung sejak ianya mula dibuka pada 29 Ogos lalu.
Festival flora ini diadakan di Anjung Floria, Presint 4 di Putrajaya, dan terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid serta 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan.
Taman Keluarga Malaysia telah dipamerkan di festival itu dengan konsep yang diadaptasikan melalui tiga nilai iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Selain Taman Keluarga Malaysia, antara komponen lain yang terdapat di festival itu ialah Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.
Pada ketika itu, Shahidan turut mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga rasmi bagi Putrajaya.
Edisi ke-12 Festival Bunga dan Taman yang dianjurkan oleh PPj dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Tourism Malaysia turut mengambil kira sambutan Jubli Perak Putrajaya yang ke 25 tahun serta sambutan Hari Kebangsaan ke-65.
Tarikan utama merupakan Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka DiRaja dan laluan utama yang amat popular kembali dengan wajah baru iaitu Floral Sky Walk.
Pada waktu malam pula, festival ini akan dilimpahi dengan pancaran dan kesan cahaya lampu khas di setiap laluan utama dan kawasan utama sekitar tapak festival seperti Red Carpet, Oncidium Tunnel, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi. Selain mempamerkan inovasi teknologi kesenian pencahayaan kreatif pada flora dan fauna, FLORIA juga menjadi platform kepada pengunjung menikmati keindahan persekitaran festival pada waktu malam.
Kredit: SinarPlus & Perbadanan Putrajaya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
Antara kawasan lain terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.
Terdapat jalan utama yang dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan. Pemantauan dilakukan di Lebuh Ampang mendapati banjir kilat setinggi 1.5 meter namun tiada mangsa terbabit.
Banjir kilat setinggi satu meter turut dilaporkan berlaku di Jalan Raja Alang, Kampung Baru dan Jalan Gurney Kiri Off Jalan Semarak. Tiada kemalangan jiwa dan mangsa yang terbabit di dua lokasi berkenaan.
Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan lain antaranya Jalan Genting Klang apabila laluan utama itu dinaiki air dan terdapat kenderaan terperangkap susulan paras air dianggarkan 0.4 meter. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada orang awam mengenai keadaan di Balai Polis Gombak dan jalan di Danau Kota yang dilanda banjir.
image via FB Warga Wilayah | Sumber: SinarHarian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!