Pemandangan Cantik, Rasa Macam Kat Luar Negara. Ini 7 Aktiviti Korang Boleh Buat Di Bukit Jelutong Eco Community Park

Share

Siapa sangka di sebalik kediaman cantik yang ada di Bukit Jelutong turut terdapat sebuah taman komuniti yang cukup indah. Berkunjung ke sini terasa bagaikan berada di luar negara

Kawasan berbukit yang luas, sesuai untuk berkelah sambil layan view cantik. Selain itu bagi yang ada anak-anak kecil, kat sini juga si kecil boleh bermain dengan haiwan yang ada. Jangan lepaskan peluang untuk explore tempat ini, dan ini 7 aktiviti yang boleh korang buat kat sana!

Aktiviti yang boleh dibuat di Bukit Jelutong Eco Community Park

  1. Mendaki Bukit

Bukit yang tak terlalu tinggi kat sini memang sesuai untuk anda mendaki santai bersama anak-anak kecil.

  1. Berkelah

Kat sini ada kawasan lapang untuk korang piknik dan bergambar. Bentang tikar dan hidang makanan yang dibawa dari rumah, best jugak!

  1. Melihat dan bermain dengan haiwan ternakan

Ada pelbagai haiwan ternakan di Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Kat sini ada haiwan seperti itik, angsa dan kambing. Itik-itik tu memang ada di dalam tasik. Korang dengan anak-anak boleh bagi makan dekat haiwan yang ada dekat sini.

  1. Memancing

Untuk kaki pancing, kat sini korang boleh memancing. Siapa tahu ada rezeki dapat ikan besar ke kan?

  1. Berbasikal

Ada laluan untuk basikal disediakan di sini, untuk yang nak explore trek kat sini memang sesuailah.

  1. Minum Kopi

Kat sini ada kafe kecil yang boleh korang lepak. Pemandangan memang cukup indah sambil menikmati kopi panas.

  1. Bergambar

Banyak port bergambar untuk korang explore kat sini. Pilih sahaja spot mana yang berkenan dan boleh bergambar sampai puas.

Tak perlu bayar apa-apa untuk masuk ke sini, jadi jom beramai-ramai beriadah sambil menikmati keindahan alam yang ada di Bukit Jelutong Eco Community Park.

alamat: Bukit Jelutong Eco-community Park, Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, Shah Alam

kredit gambar: @BukitJelutongEcoCommunity

 

 

Oleh
SAHR