Siapa sangka di sebalik kediaman cantik yang ada di Bukit Jelutong turut terdapat sebuah taman komuniti yang cukup indah. Berkunjung ke sini terasa bagaikan berada di luar negara
Kawasan berbukit yang luas, sesuai untuk berkelah sambil layan view cantik. Selain itu bagi yang ada anak-anak kecil, kat sini juga si kecil boleh bermain dengan haiwan yang ada. Jangan lepaskan peluang untuk explore tempat ini, dan ini 7 aktiviti yang boleh korang buat kat sana!
Aktiviti yang boleh dibuat di Bukit Jelutong Eco Community Park
Mendaki Bukit
Bukit yang tak terlalu tinggi kat sini memang sesuai untuk anda mendaki santai bersama anak-anak kecil.
Berkelah
Kat sini ada kawasan lapang untuk korang piknik dan bergambar. Bentang tikar dan hidang makanan yang dibawa dari rumah, best jugak!
Ads
Melihat dan bermain dengan haiwan ternakan
Ada pelbagai haiwan ternakan di Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Kat sini ada haiwan seperti itik, angsa dan kambing. Itik-itik tu memang ada di dalam tasik. Korang dengan anak-anak boleh bagi makan dekat haiwan yang ada dekat sini.
Memancing
Untuk kaki pancing, kat sini korang boleh memancing. Siapa tahu ada rezeki dapat ikan besar ke kan?
Ads
Berbasikal
Ada laluan untuk basikal disediakan di sini, untuk yang nak explore trek kat sini memang sesuailah.
Minum Kopi
Kat sini ada kafe kecil yang boleh korang lepak. Pemandangan memang cukup indah sambil menikmati kopi panas.
Bergambar
Banyak port bergambar untuk korang explore kat sini. Pilih sahaja spot mana yang berkenan dan boleh bergambar sampai puas.
Ads
Tak perlu bayar apa-apa untuk masuk ke sini, jadi jom beramai-ramai beriadah sambil menikmati keindahan alam yang ada di Bukit Jelutong Eco Community Park.
alamat: Bukit Jelutong Eco-community Park, Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, Shah Alam
kredit gambar: @BukitJelutongEcoCommunity
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sistem pengangkutan awam Malaysia semakin hari semakin baik. Malah, lebih moden dan canggih. Begitu juga dengan perkhidmatan keretapi, kini jaringan perjalanannya semakin luas dan banyak.
Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.
Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.
[Pengalaman travel KELANTAN-JOHOR dengan Train KTM]
WARNING: perjalanan ni bkn utk org yg cerewet serta kejar masa. Sesuai utk org yg boleh survive dengan sedikit kesukaran serta ada masa lapang.?
1)Tiket:
1 hala Tanah Merah-JB Sentral
Dewasa Rm53(Katil Bawah)
Dewasa Rm47(Katil Atas)
Kanak-kanak Rm37(Katil Bawah)
Ni tiket kami 2hala. Penting utk ingat no gerabak anda. Jgn salah pulak? Btw, T6 yg paling dkt dgn kafe. Kalau suka boleh pilih yg tu. Tp org akan slalu lalu lalang dpn katil korang. Yg nak privasi boleh amik yg jauh dr kafe.
Harap maklum, harga tiket utk katil atas lebih murah dari bawah ya. Harga tiket berbeza ikut stesen yang korang naik dan turun.
Keadaan dlm gerabak yg ada katil. Aircond ada.
Tiket return kami harga sama sbb kami amik option yg sama.
Oleh sbb kami dari Terengganu,so kena bertolak awal ke Tanah Merah. Tiket pukul 7.49malam. Harap maklum, train xkan tunggu kita lama so bila train sampai, kena cepat-cepat naik.
2) Kereta kami tinggal dekat stesen. Alhamdulillah selamat dijaga selama 3 hari.
Btw boleh je naik dkt stesen lain yg korang suka. Kami pilih Tanah Merah sbb dkt dgn bandar so mcm selamat dan mudah nak beli pape.
3) Kafe.
Dalam train ada kafe ya. Ada jual makanan,minuman panas dan sejuk serta jajan. Makanan panas terhad tak banyak choice. Tp yg kami slalu order nasi goreng+telur mata, bihun goreng, meggi goreng dan roti bakar.
Ada kerusi meja disediakan.
Boleh jugak bwk bekal sendiri ya. Dorang xmrh pun korang mkn dlm gerabak masing-masing tp jgn la bwk mknn bau kuat mcm petai jering, durian dll. ???.
4) Powerbank.
Penting ya. Sbb dlm train xde plug khas utk cas gadget anda. Kalau perjalanan sekejap tu xpa. Tp kami punya almost 17jam dlm train. Reput la kalau bateri hp habis. ? Nanti nak pakai hp utk book hotel, grabcar dan kecemasan kan susah.
5) Tandas.
Setiap gerabak ada 2 tandas cangkung dan duduk. Tp xsemua bersih. Yg dkt kafe tu mcm bersih dan baru. Btw tandas sempit je. If nak mandikan anak boleh je tp kalau org dewasa nak mandi tu agak susah la sbb dia takde lubang lantai utk keluarkan air.
Spare slipper utk ke tandas lagi bagus.
Yg ada anak kecik tolong standby plastik utk buang pampers ya. Jgn buang slumber je dkt katil. (Dkt katil2 akan disediakan plastik sampah tp bkn utk pampers la habis semerbak baunya ?)
6) Solat.
Malangnya takde surau disediakan. So pandai2 la korang solat sambil duduk atas katil. Sambil train goyang goyang?.
Jgn lupa install apps utk cari kiblat.
Kain sembahyang dan sejadah mini kena bawak ya.
7) Hati hati.
Nak gerak dr gerabak ke gerabak lain tu kena hati hati la. Sbb dia punya sambungan tu mcm tak kemas. Barang berharga kena bwk sentiasa dlm beg galas. Dompet/hp. Yang lain xpe nak tinggal dkt tepi katil. So far Alhamdulillah takde hilang pape.
Kesimpulan:
Overall, kami enjoy perjalanan yang pertama. Sbb takde pape masalah. Sampai pun agak tepat pada masanya. 7.50 pm naik train, pastu rehat,makan, solat dan tidur. Bangun solat subuh, pastu ngantuk tidur lagi. Tup tup sampai JB tengahari.
Cuma, otw balik tu dilanda musibah sikit. Train terlanggar lembu time subuh. So 6-7 jam jugak la train takleh gerak. Kami terdampar dkt ladang kelapa sawit dan perjalanan delay. Sepatutnya kami sampai Tanah Merah pukul 11 pagi, tp pukul 10mlm baru berjaya tiba. Pengalaman.?
Terima kasih yg sudi baca Travelog sis yang tak seberapa. Plan nak buat ringkas tp rasa kena share jgk input-input penting. Oh ye, sis pakai tudung sarung je sepanjang dlm train. Mudah urus. Kalau belit shawl dan bawal segala, habis kedut?
Riders Resort Kulai adalah sebuah resort yang sangat cantik dengan pembinaaan bergaya Eropah. Rasanya ramai yang tak tahu lagi wujudnya resort ini. Kedudukannya juga terletak di kawasan sedikit pedalaman.
Mengikut pengalaman saudari Adda, bukan sahaja orang dewasa akan suka ke sini tetapi anak-anak pun pasti enjoy dengan beberapa aktiviti yang ada.
Apa Yang Menarik Di Riders Resort Kulai
Menawarkan pelbagai kemudahan lengkap, anda boleh memilih beberapa pilihan bilik yang ada iaitu:
Verandah room
Manors room
Family suite
Untuk kemudahan bilik, resort ini menyediakan katil single, queen, dan king. Ada penghawa dingin dan juga kipas.
Jangan risau jika anda bawa anak-anak sebab di sini ada pelbagai mainan di lobi, ada ruang membaca dan untuk bersantai. Owh ya, ada kolam kecil juga untuk kanak-kanak mandi-manda.
Harga Horse Riding
Group lesson (2-5 person)
Harga RM140/seorang.
Groom Led Pony Rides.
Harga RM60 /seorang
* Jungle Trail
Harga RM140/seorang
Anda jangan risau bab makan, di sini menyediakan sarapan gaya Inggeris untuk 2 orang, malah ada pelbagai pilihan menarik di cafe.
Anda boleh lah ke sini nanti untuk bersantai. Lagipun resort ini jauh dari kebisingan, amat sesuai untuk rehatkan minda.
Dan yang paling best, anda boleh menunggang kuda kat sini.
Lokasi:
Riders Resort, inside The Legends Golf & Country Resort. Lot 1302, Sedenak Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi yang belum tahu, Fjällräven Polar adalah ekspedisi merentas kawasan bersalji yang bermula dari Norway hingga Sweden melibatkan jarak sejauh 300 km menggunakan dog-sled. Sebelum kita bermula lebih jauh, mari kita baca serba sedikit mengenai ekspedisi Fjällräven Polar.
Segalanya bermula apabila Ake Nordin bertemu Kenth Fjellborg pada tahun 1990. Kenth merupakan seorang pemandu dog-sled profesional dan beliau pernah menyertai Iditarod, satu pertandingan dog-sled bertaraf dunia di Alaska. Bermula dari saat itu, Ake mendapat inspirasi bersama Kenth untuk mencipta satu ekspedisi serupa dengan Iditorad tapi boleh disertai oleh orang awam yang biasa yang bukan profesional. Pada tahun 1997, setelah segala proses dokumentasi dan persiapan berjaya disiapkan, ekspedisi Fjällräven Polar dilaksanakan di Scandinavian Arctic buat julung kalinya.
Apa yang mencabar mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah peserta akan berdepan dengan cabaran yang datang dari pelbagai sudut seperti merentas kawasan bersalji tebal dengan suhu 30 darjah celcius di bawah paras beku. Selain daripada itu, pengetahuan dan kelengkapan yang digunakan oleh mereka juga akan diuji sama ada mampu untuk menempuh cabaran di kawasan bersalji sehingga berjaya ataupun tidak.
Bagi mereka yang menyertai ekspedisi ini, Fjällräven Polar memberikan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merasai pengalaman yang begitu mencabar limitasi mental dan fizikal kerana selama 6 hari ekspedisi, mereka akan tidur dan makan di kawasan yang dilitupi salji tebal. Sudah tentu ianya akan menguji kekuatan mental dan fizikal kerana tidak semua peserta akan datang dari negara yang bercuaca sejuk.
Lebih menarik mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah kesemua 20 orang peserta akan diundi dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 kategori iaitu Nordic East, Nordic West, Mediterranean, UK/Benelux, GAS, Central Europe, Asia, Asia/Ocenania, North America dan lain-lain. Dalam pada itu, ada juga penyertaan yang akan dipilih oleh juri yang dilantik oleh penganjur ekspedisi.
Selain itu, ekspedisi ini juga tidak akan berjaya tanpa dog-sled yang dipacu oleh anjing daripada baka Alaskan dan Siberian Husky. Sejumlah 200 ekor anjing akan terlibat untuk membantu para peserta menjayakan ekspedisi ini.
Ekspedisi Fjällräven Polar 2019 sejauh 300 km ini akan bermula pada 8 April hingga 13 April di Signaldalen, Norway di mana kesemua 20 peserta ekspedisi akan menunggang dog-sled merentasi Palstsa, Rastojaure, Kattuvuoma, Sevujarvi, sebelum berakhir di Vakkarajarvi, Sweden.
Sehingga kini, seramai 54 orang rakyat Malaysia telah mendaftarkan untuk menyertai ekspedisi Fjällräven Polar 2019. Antara nama yang berada di kedudukan 5 teratas adalah Azam Mohd Shidid (7,100 undi), Muqharabbin Mokhtarrudin (5,385 undi), Loe Fakhrul (1,538 undi), ArtChan Ali (744 undi), dan Rico Loo (461 undi).
Azam Mohd ShididMuqharabbin MokhtarrudinLoe FakhrulArtChan AliRico Loo
Anda boleh lihat kesemua peserta Malaysia di sini.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia berada di bawah kategori Asia/Oceania dan rakyat Malaysia akan bersaing dengan tujuh negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam. Buat masa ini, kategori Asia/Oceania didahului oleh Willy Kurniawan dari Indonesia dengan undi sebanyak 7,386 dan Azam dari Malaysia berada di tempat kedua.
Oleh yang demikian, dengan semangat Malaysia Boleh, marilah kita undi rakan-rakan kita dari Malaysia agar ada wakil dari negara bertuah ini ke ekspedisi Fjällräven Polar 2019! Tarikh tutup pengundian ekspedisi Fjällräven Polar 2019 adalah pada 13 Disember 2018. Boleh buat undian anda di sini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...