Keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri pada 10 Jun 2020 menyebabkan ramai rakyat Malaysia mula merancang percutian mereka dan menyasarkan lokasi-lokasi popular untuk bercuti.
Difahamkan, pengusaha pusat pelancongan seluruh Malaysia mula menerima banyak panggilan dan pertanyaan sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu. Begitu juga dengan pengusaha pelancongan di Sabah, mereka turut mengharapkan pelancong dari Semenanjung Malaysia bercuti ke sana bagi membantu memulihkan semula sektor pelancongan di negeri Sabah.
Ads
"Setakat ini kita bergantung kepada pelancongan domestik, macam orang di Sabah sahaja. Memang tidak mencukupi. Memang baik kalau pada masa akan datang rakan-rakan kita dari Semenanjung Malaysia terutama sekali daripada negeri-negeri yang ada penerbangan terus seperti Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Pulau Pinang. Kalau penerbangan terus akan bermula seperti sebelum COVID-19 memang lebih baik. Memang cuti-cuti Malaysia (percutian domestik) memang sangat diharapkan,” kata salah seorang pengusaha pelancongan di Sabah.
Ads
Masih tidak dapat lagi menjangka sambutan pelancong dari Semenanjung buat masa ini kerana mereka yang ingin masuk ke Sabah perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 yang mahal. Ini mungkin mengurangkan minat rakyat dari Semenanjung untuk datang ke sini. Sebaliknya, mereka akan pergi ke bercuti kawasan seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Kuantan, yang dekat daripada datang ke Sabah. Selain itu kos penerbangan untuk ke Sabah juga agak tinggi ketika ini.
Kalau singgah The Tree Top Walk, Sungai Sedim, yang suka camping dan aktiviti mencabar pasti akan layan suasana di sini. Hijau dan tenang!
Walaupun dah 15 tahun dibuka, masih elok terjaga dan kukuh. Bagi yang minat untuk camping, ada beberapa tempat rekreasi yang sesuai contohnya Lubuk Jong.
Jom ke The Tree Top Walk Sungai Sedim
Dengan aktiviti perkhemahan dan pelbagai aktiviti yang mencabar adrenalin, anda pasti berpuas hati datang ke sini.
Bagi yang ingin mencari kelainan dan mencuba aktiviti lasak, ayuh ke destinasi ini dan mencuba sendiri pengalaman bermain air di jeram sambil menikmati kesegaran alam semula jadi.
Untuk newbie yang masih belum mengetahui peralatan perkhemahan, anda boleh saja menyewa khemah yang disediakan oleh pemilik tapak-tapak perkhemahan yang terdapat di sekitar Sungai Sedim dengan kapasiti muatan sehingga lapan orang.
Pastikan percutian hujung minggu anda terisi dengan aktiviti menarik seperti water rafting, pemanduan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), paintball, night walk serta mengunjungi Tree Top Walk Sungai Sedim yang merupakan kanopi hutan hujan yang terpanjang di dunia iaitu dengan 925 meter panjang dan dengan ketinggian 26 meter dari paras tanah.
Paling penting, anda tidak perlu bersusah payah memikul beban bahan mentah kerana makanan turut termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja pakej yang menepati cita rasa anda.
Alamat: Kampung Ulu Riau, Sungai Sedim, Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Chef selebriti dari Turki, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Chef Salt Bae menjadi trending di Internet selepas caranya menabur garam ke atas daging stik menjadi viral.
Chef Salt Bae yang kini berusia 36 tahun membuka restoran pertamanya pada tahun 2010 dan kini memiliki lima buah restoran hidangan stik di Turki dan Dubai, juga dua buah restoran burger. Kini Nusret bakal membuka satu lagi cawangan restorannya di London dan Midtown bernama Nusr-et.
Terbaru, sebuah restorannya di Dubai telah menawarkan satu hidangan baru iaitu stik yang disadur daun emas 24 karat pada harga 1,250 dirham (RM1,430). Namun, pelanggan masih boleh memilih pilihan menu stik yang biasa tanpa saduran emas dengan harga paling rendah 340 dirham (RM390).
Seorang pelanggan yang telah memesan stik emas tersebut menyatakan ia adalah stik terbaik yang pernah dirasainya, namun tidak pasti sama ada saduran emas itu memberi kesan terhadap rasa hidangan berkenaan.
Sebuah video yang tular ada menunjukkan aksi Chef Salt Bae sedang menghidangkan daging stik bersadur emas kepada pelanggannya. Daging dipotong dan dimasak di meja pelanggan dan dia seakan-akan melakukan pertunjukan pantomim secara langsung. Ia bermula dengan satu ketulan emas dibawa ke meja dan pertunjukan itu tamat apabila cef menabur garam daripada tangannya sebelum dia menikam pisau di atas meja.
Menurut Chef Salt Bae, Emas 24 karat boleh dimakan manusia kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia dan material berharga yang dimakan itu akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.
Ramai beranggapan Chef Salt Bae sangat genius dan mempunyai ‘kimia’ yang baik dengan kerjayanya sebagai seorang yang sangat sukakan menu daging.
Chef Salt Bae membesar di pinggir kota di Darica, Istanbul. Bapanya adalah penggali terowong dan dia bekerja sebagai pemotong daging dan tukang masak di sektor buruh dan pembinaan sejak berumur 14 tahun. Dilahirkan dalam keluarga susah, Chef Salt Bae tidak berpeluang ke sekolah namun dia berazam untuk mengangkat dirinya menjadi seorang yang berjaya. Dia telah mengembara ke Argentina dan New York sambil belajar kraf termasuk ukiran peralatan muzik sehingga menjadi terkenal dan kaya-raya.
Nak tahu tempat dan aktiviti best di Perlis? Okay, jom tengok satu persatu di mana lokasi wajib singgah untuk rasa berbalo datang bercuti.
Tempat Dan Aktiviti Best Di Perlis
Secara jujur hotel di Perlis agak terhad terutama hotel-hotel baru. Walaupun terhad, di sini ada pelbagai jenis homestay yang berkonsepkan desa.
Namun, ada satu paling best lah kalau nak stay di Perlis. Tempatnya terletak tengah-tengah antara Kangar dan Arau jadi nak keluar berjalan tak jauh termasuk Kuala Perlis cuma nak ke Padang Besar dalam 45 minit.
All Inn Hotel Kangar
Setakat ini hotel yang paling selesa di Perlis hanya All Inn Hotel. Kalau bercadang nak bermalam kat sini kami sarankan untuk buat tempahan awal sebab hotel ini selalu penuh. Bilik pula kalau anda datang bersama keluarga boleh ambil suite. Harga pun tak mahal sangat.
Alamat : All Inn Hotel
No. 33, Persiaran Jejawi Utara Kompleks Perniagaan, Jejawi, 02600 Arau, Perlis.
Tempat Menarik Dan Aktiviti di Perlis 2024
1. ATV Bintong
Istimewanya ATV Bintong, anda boleh naik ATV pusing-pusing kampung yang terletak di celah-celah bukit dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Memang begitu tenang dan indah.
Alamat: ATV Bintong
Kampung Behor Janggus, 01000, Kangar, Perlis
2. Kangar Street Art
Mural yang dihasilkan penuh dengan seni. Kalau nasib baik korang boleh jumpa dengan pelukis mural kat sini. Masa untuk anda habiskan kat sini 5-10 minit cukup.
Alamat: Kangar Street Art
Lorong Seni, Pusat Bandar Kangar, 01000, Kangar, Perlis
3. Galeri Di Raja Arau
Di sini ada banyak koleksi simpanan barangan diraja Perlis. Banyak koleksi menarik yang boleh pelancong lihat sendiri di sini seperti alat kebesaran diraja, bunga emas, senapang antik, tembikar-tembikar, pedang, basikal antik, duit lama, dan sebagainya.
Kalau nak datang sini anda kena buat temujanji dulu sebab bukan boleh masuk macam tu sahaja.
Alamat: Galeri Diraja Arau
Arau, 02600, Arau, Perlis
4. Gua Kelam
Gua Kelam sekarang dah dinaiktaraf dengan lebih cantik. Malah terdapat Gua Kelam 2 yang mana anda boleh masuk ke dalam gua tempat orang-orang terdahulu melombong emas dan perak.
5. Gua Wang Burma
Gua ini terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia – Thailand. Silap-silap masuk gua Malaysia keluar dekat Thailand.
Pertama sekali kena hiking. Jalan agak landai tetapi ada juga yang mencanak juga. Setelah 45 minit hiking, anda akan sampai dekat gua kering dahulu.
Dalam ini anda boleh explore macam-macam lubang yang akan membawa anda ke tempat seterusnya.
Sesetengah laluan memang sempit sehingga anda kena merangkak di dalam air. Air paras dada itik sahaja.
Alamat: Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
Km 2 Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangarr, Perlis.
6. Pulau Ketam / Kampung Pelangi
Kalau ada masa, boleh habiskan waktu petang menikmati pemandangan matahari terbenam di Pulau Ketam.
7. Wang Kelian Viewpoint
Gerak awal pagi, anda boleh ke Wang Kelian Viewpoint untuk saksikan matahari terbit. Cukup cantik sebab di sini terletak atas bukit.
Nak datang sini memang tak ada pilihan lain selain bangun pagi dan terus sarapan dan bertolak ke Wang Kelian. Udara pagi kat sini pun masih lagi bersih sebab dikeliling hutan.
Alamat: Wang Kelian Viewpoint, Kaki Bukit, Perlis
8. Taman Rimba Herba Perlis
Di sini anda boleh buat urutan kaki untuk hilangkan segala lenguh tu. Urutan kaki ni ambil masa dalam 15-20 minit menggunakan air rendaman herba. Anda rendam dulu dalam 30 minit pastu boleh urut.
Alamat: Jabatan Perhutanan Negeri Perrlis, Kilometer 2, Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangar, Perlis
9. Padang Besar
Di sini anda boleh beli macam-macam dan nak feeling makan menu ala Thai, memang boleh dapat di sini. Best!
Haaa… jadi, kalau anda rasa nak bawa anak-anak ke Perlis naik, boleh lah singgah beberapa tempat ini ya.
Selama bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!