Nampaknya industri pelancongan Langkawi akan kembali melonjak selepas dilaporkan tiada kes COVID-19 berlaku di pulau pelancongan popular ini.
Bahkan pastinya akan semakin ramai yang mengunjungi pantai-pantai di lokasi ini seperti mana yang tular di media sosial sebelum ini berikutan terlalu ramai pengunjung mengunjungi Panta Cenang.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan terdapat kes individu positif Covid-19 di Langkawi ketika ini.
Ads
Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, pihaknya juga tidak melakukan ujian saringan secara bersasar kepada pelancong di pulau peranginan itu.
“Tiada kes positif di Langkawi buat masa ini. JKN Kedah tidak membuat ujian saringan bersasar kepada pengunjung Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ads
Semalam, pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar dilapor positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor. Harris sebelum itu dikatakan beberapa hari pulang daripada bercuti di Pulau Langkawi.
Ads
Mengulas perkara itu, Dr Mohd Fikri berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut dan turut mendapatkan maklumat lanjut ujian yang dijalankan Harris.
“Kita akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan (jangkitan di Langkawi) hasil dari siasatan berkenaan,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kadangkala dengan melihat langit yang luas sahaja boleh menginsafkan kita sebagai insan yang kerdil di bumi Tuhan.
Minggu lalu, seorang jurugambar di Kanada berjaya merakam fenomena cahaya seolah-olah memancar dari permukaan perut bumi ke langit. Foto tersebut berjaya dirakam di bandar Lacombe dan pekan Blackfalds di wilayah Alberta, Kanada.
Jurugambar yang dikenali sebagai Darlene Tanner memberitahu dia sempat merakam ilusi yang dikenali sebagai tiang cahaya (light pillars) ketika suhu di kawasan tersebut menurun di bawah paras suhu beku -30 darjah Celsius. Tiang-tiang cahaya tersebut kelihatan menari secara perlahan dan serentak mengikut hembusan angin.
Fenomena itu dikatakan akan terbentuk ketika zarah-zarah ais atau kristal memenuhi ruangan udara dan memantul semula cahaya daripada sumber luaran termasuk lampu jalan raya.
Tiang cahaya adalah fenomena yang sangat unik dan seringkali berlaku di kawasan bersuhu rendah. Fenomena ini akan terjadi sekiranya cuaca sangat sejuk dengan kehadiran kristal ais dalam udara hadir dalam keadaan berketepatan yang sesuai.
Beberapa keping gambar dikongsi Darlene menunjukkan satu barisan panjang tiang cahaya berwarna kuning dan putih memancar ke langit selepas terkena pantulan lampu jalan raya dan kediaman berhampiran.
Kristal ais akan berperanan seperti sebuah cermin gergasi yang memantul cahaya sama ada ke atas atau bawah sekali gus membentuk tiang cahaya yang kelihatan secara menegak dari jarak jauh.
Menarik bukan? Jika anda ingin menghayati permandangan langit sebegini, apa kata pergi melancong ke negara yang mempunyai suhu di bawah paras beku. Jika bertuah anda pasti dapat melihat fenomena alam ini.
Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung hari ini, dilaporkan berada pada Tahap 1, yakni paras berjaga-jaga, manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 (Heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celcius.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Metrologi Malaysia (MET) sehingga 5.20 petang semalam (17 Mac), 21 kawasan berada di pada Tahap 1 iaitu dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius.
Kawasan disenaraikan ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor). Turut tersenarai, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.
Gelombang haba berkenaan dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.
Nasihat Kementerian Kesihatan
Menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, maraton, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti ketika berlaku gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
Minum air secukupnya dan minumlah air yang sudah dimasak.
Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan penyaman udara sekiranya mampu.
Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penyaman udara.
Kementerian Luar Negeri melarang pergerakan keluar dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak (dan sebaliknya) adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.
Foto: commons wikimedia org
Penerbangan dari (atau) ke Semenanjung Malaysia ke/dari Sabah dan Sarawak adalah tidak dibenarkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.
Sebarang perubahan atau keputusan oleh Kerajaan Malaysia, berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, iaitu merujuk kepada soalan sama ada kerajaan merancang untuk memendek atau melanjutkan tempoh perintah itu sepanjang tarikh 18 hingga 31 Mac ini.
Tiada warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kecuali bagi warganegara asing berstatus diplomat, yang berkhidmat di negara ini berserta tanggungan mereka.
Diplomat asing dan tanggungan mereka adalah dibenarkan untuk memasuki dan meninggalkan Malaysia semasa perintah ini berkuat kuasa, dan disyaratkan untuk membuat kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
Bagi pegawai kerajaan asing yang bukan berstatus diplomat (yang menetap di Malaysia) juga adalah dibenarkan memasuki atau meninggalkan Malaysia, dengan syarat dokumen penggajian dapat dibuktikan semasa kemasukan ke Malaysia.
Selain itu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura juga tidak dibenarkan berulang alik.
Warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai permit kerja sah di Singapura, dibenarkan keluar ke negara itu untuk bekerja, dengan syarat mempunyai surat panggilan kerja daripada majikan, serta persetujuan bertulis bahawa kemudahan penginapan disediakan oleh majikan di sana, sehingga tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebarang pergerakan dalam Semenanjung, boleh dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...