Kepada anda yang nak mohon visa ke Amerika Syarikat (AS), anda perlu senaraikan kesemua platform media sosial yang anda ada sebelum permohonan visa boleh diteruskan.
Penguatkuasaan peraturan baharu ini selaras dengan langkah pentadbiran Donald Trump untuk memperketatkan tahap keselamatan untuk pelancong atau imigran masuk ke negera itu.
Selain daripada senarai platform media sosial, anda yang didapati berisiko tinggi terhadap faktor keselamatan juga perlu mengemukakan alamat email dan butiran nombor telefon yang pernah anda miliki sebelum ini.
Ads
Peraturan baharu itu, menurut laporan daripada Associated Press (AP), akan menjejaskan lebih kurang 710 ribu pemohonan termasuk anda yang ingin ke sana atas tujuan pendidikan atau perniagaan.
Ads
Semua permohonan visa baru ke AS perlu menyenaraikan semua nama akaun media sosial mereka yang terkini sehingga lima tahun yang lepas seperti akaun Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, TikTok, WeChat, Weibo dan sebagainya.
Ads
Selain daripada itu, anda yang didapati mempunyai risiko tinggi perlu menyenaraikan semua nombor telefon, alamat email, maklumat perjalanan, termasuk maklumat mengenai keluarga terdekat sekiranya mereka ada terlibat dengan aktiviti keganasan.
Kalau anda ingin pergi ke AS dan mahu membuat permohonan visa ke sana, pastikan anda mempunyai maklumat yang disenaraikan di atas untuk mengelakkan kelewatan dalam proses permohonan visa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Katak antara makanan kesukaan ular. Namun kadang-kadang pemangsa jadi mangsa. Katak bukan sekadar makan lalat atau nyamuk, katak pokok contohnya juga makan binatang lain seperti tikus kecil atau apa sahaja yang boleh masuk melalui mulutnya. Reputasi katak yang nampak lembik, sebenarnya lebih kanibal dari apa yang kita sangka.
Anak ular bukanlah menu yang pelik bagi saiz katak lebih besar. Contoh katak terbesar dunia ialah Bullfrog. Ada African Bullfrog, America Bullfrog, Asian Bullfrog, dan Australia Bullfrog. Bullfrog boleh membesar hingga 25cm panjang dan makan apa sahaja yang lebih kecil atau sama saiz badannya. Ular, katak, tikus, burung, lipan, ulat gonggok, ikan, apa sahaja yang melintas.
Gambar menunjukkan detik akhir anak ular perang Australia (brownsnake) sebelum ditelan hidup-hidup oleh katak pokok Australia.
Kebiasaannya mangsa yang ditelan akan mati lemas dalam saluran pencernaan sekitar satu ke dua minit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Wah, nampaknya bahang perayaan Tahun Baharu Cina masih lagi terasa dan Ahad, 17 Februari 2019 akan berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2019 bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Pelbagai acara dan makanan menanti anda!
Kepada yang berada di Negeri Sembilan boleh datang beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai seawal pukul 7.30 pagi. Ada banyak acara dan pertandingan yang akan diadakan seperti Pertandingan CNY Idol, Peragaan Cheongsam, Pertandingan Line Dance dan Senam Seni Zumba & FitnJoy. Hadiah johan yang dipertandingkan sebanyak RM800!
Bukan itu sahaja, fiesta food truck, jualan rakyat, perkhidmatan kaunter bergerak pelbagai agensi kerajaan, aktiviti mesra rakyat, persembahan kesenian, pameran agensi kerajaan dan jualan makanan tradisional & tempatan turut ada menanti anda di sini.
Persembahan artis terkenal tanah air
Sambutan Tahun Baharu Cina ini turut akan menampilkan selebriti terkenal seperti Angelina Tan, Hael Husaini, Suki, Syafeek Ikhwan, dan Naqinasri. Lebih menyerikan majlis adalah persembahan istimewa daripada World Champion Lion Dance Group, Kun Seng Keng Lion Muar, yang didatangkan khas sempena sambutan kali ini.
Majlis yang gilang gemilang ini akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam dan lebih meriah lagi apabila ia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pada awalnya, sekatan keluar masuk orang ramai ke Sabah telah dikuatkuasakan serta merta bagi mengkang penularan wabak COVID-19 yang mempunyai kes tinggi di negara.
Namun setelah mendengar utusan terbaru Perdana Menteri, kerajaan bersetuju mengenakan sekatan rentas negeri di Sabah bermula 12 hingga 25 Oktober 2020 ini. Ini bagi memberi lebih masa kepada individu yang terlibat membuat persiapan dan dalam masa yang sama kawalan dan SOP tetap akan diperketatkan.
Sekatan ini adalah bagi perjalanan dari Sabah dan ke Sabah membabitkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Bagaimanapun, pengecualian khas diberikan kepada kes tertentu yang membabitkan kecemasan untuk rakyat Sabah, pasangan yang memiliki pas imigresen sah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak, pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas imigresen sah, pelajar, pekerja perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah serta pemastautin tetap Sabah.
Bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran diberikan kepada kes kecemasan dan tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan serta mendapat kebenaran daripada KKM
Individu yang dibenarkan keluar dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!