Seorang pelancong dan juga pensyarah dari Amerika Syarikat memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan pandemik COVID-19.
Berada seketika di Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, Profesor Madya Sains Kajian Otak, Neurologi dan Psikologi di Washington University, Missouri, Dr Jason Hassenstab, berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam memastikan rakyatnya mematuhi setiap arahan sepanjang perintah itu dilaksanakan.
“Penguatkuasaan peraturan membendung COVID-19 di Malaysia dilaksanakan di mana-mana, walaupun di kawasan hutan hujan terpencil tempat kami menginap. Pengguna telefon mudah alih sentiasa diingatkan tentang langkah penjarakan sosial setiap hari. Malah ruang bahagian atas telefon saya yang biasanya bertulis ‘Sprint‘ sebaliknya ditulis ‘Stay Home‘,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter.
We just returned from an incredible, but poorly timed trip to Malaysia. I won't bore you with the travel delay disasters, but 2.5 days later we are home and all are healthy as of now. We are completely physically and emotionally exhausted. #flattenthecurve #epitwitter 1/12
— Jason Hassenstab (@neuroplebeian) March 22, 2020
Dia bersama keluarganya, sempat berkunjung ke empat bandar iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu sebelum pulang, turut berkongsi pengalamannya ketika berada di lapangan terbang. Melalui pemerhatiannya, beliau melihat pengawal keselamatan menguatkuasakan langkah penjarakan sosial.
“Semua pekerja lapangan terbang memakai penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman disediakan hampir di setiap kaunter, mesin daftar tunai, dan di mana-mana stesen,” katanya.
Dakwanya, situasi itu sedikit berbeza jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Atlanta di Amerika Syarikat ketika dia tiba kerana hanya kira-kira lima peratus kakitangan kastam dan kawalan sempadan memakai topeng dan sarung tangan.
Dalam pada itu, Hassentab turut berpendapat Malaysia boleh dijadikan teladan oleh negara lain dalam menangani pandemik COVID-19.
“Kita memerlukan mesej yang jelas dan konsisten untuk betul-betul menurunkan kes jangkitan dan kita perlu mengambil teladan yang besar seperti dilaksanakan di Malaysia,” katanya.
Sumber: Astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI