Rishikesh, India merupakan destinasi tumpuan pelancong asing kerana geografi dan landskapnya yang begitu unik.
Selain itu, aktiviti yoga ditepi pesisiran sungai di sini merupakan kegemaran kebanyakkan pelancong asing untuk turut serta.
Selepas perintah berkurung dikeluarkan pada akhir bulan Mac, penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah atau premis tempat tinggal untuk membeli barangan runcit atau mendapatkan rawatan.
Namun ada pelancong yang tidak mengikuti arahan. Sepuluh warga asing tertangkap melanggar perintah berkurung di Rishikesh, India diberi hukuman yang agak luar biasa, iaitu menulis ayat ‘saya minta maaf’ sebanyak 500 kali. Mereka yang didenda datang dari Israel, Mexico, Australia dan Austria. Mereka ditangkap ketika sedang bersiar-siar di bandar yang terletak di utara India itu.
Lebih 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang tinggal di bandar tersebut telah melanggar perintah berkurung dan hukuman sedemikian dilakukan sebagai peringatan. Polis berkata mereka akan mengarahkan pengurusan hotel untuk membenarkan pelancong asing keluar dari hotel hanya jika ditemani petugas dalam kalangan rakyat tempatan.
Sumber: astroawani