Berita

Pelancong Curi Bunga Teratai Sampai Licin. Taman Eko Popular Terpaksa Ditutup

Share

Sesetengah pelancong dari China memang terkenal dengan perangai pelik dan jelik yang akan dilakukan tidak kira berada di negara luar atau di negara sendiri.

Media di China mendedahkan perbuatan ratusan pelancong tempatan warganegara mereka telah menceroboh masuk ke Longqiao Cultural & Ecological Park di Sichuan, China yang sedang ditutup.

Taman eko ini mempunyai keluasan kira-kira 250,00 meter persegi terkenal dengan keindahan pemandangan tasik, pelbagai tanaman buah-buahan dan tumbuhan berbunga seperti bunga teratai.

Longqiao Cultural & Ecological Park sebelum ini ditutup sejak Mac 2019 untuk pembinaan saluran air dan dijangka dibuka dalam masa terdekat. Namun, belum pun dibuka, beratus-ratus pelancong China telah memasuki taman secara haram untuk memetik dan mengambil bunga teratai yang menjadi tarikan di situ.

Sejak musim bunga bermula bulan Jun, dianggarkan sekitar 200 hingga 300 orang pelancong tempatan menceroboh masuk ke taman itu setiap hari dengan memanjat dan memotong pagar.

Menurut pengurus taman, akibat perbuatan tidak bertamadun pelancong China terbabit menyebabkan operasi taman itu terpaksa ditutup sehingga hujung tahun. Pihak taman melihat tiada sebab untuk membuka operasi kepada pelancong tahun ini kerana semua bunga-bunga teratai sudah habis dipetik oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Kami tidak dapat mengawal kelakuan pelancong terbabit yang masuk secara curi-curi. Kami hanya dapat menjamin kami telah melakukan tugas kami dengan baik. Kami telah meletakkan nota amaran kepada pelancong di depan pintu masuk dan taman bunga, malah kami mempunyai pengawal keselamatan,” kata seorang kakitangan yang mahu dikenali sebagai Zhou.

Sumber: msnsinar harian

Oleh
Husna