Pelancong dari China dan India diberikan pengecualian visa untuk masuk ke negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2020 ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menandatangani pewartaan tersebut pada 26 Disember lalu dan disiarkan menerusi laman sesawang Jabatan Peguam Negara.
Berdasarkan warta tersebut, pengecualian visa itu mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan tertakluk di bawah Subseksyen 2(1) Akta pasport 1966.