Ada berita baik buat anda yang memiliki motosikal berkuasa tinggi atau pengusaha motorsikal jenis ini. Selepas ini kemungkinan besar anda boleh sewakan motorsikal berkuasa tinggi anda kepada pelancong luar jika tidak digunakan untuk sementara waktu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya mengeluarkan permit khas bagi pelancong asing yang ingin menyewa dan menunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini.

Sebelum ini timbul masalah apabila pelancong asing tidak dibenarkan menyewa dan menunggang motosikal berkuasa tinggi meskipun mereka mempunyai lesen memandu.

Ads

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Isham Ishak akan menulis cadangan ini kepada KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Pengangkutan agar dipertimbangkan sebagai salah satu usaha menggalakkan lebih ramai pelancong yang gemar menunggang motorsikal berkuasa tinggi ke Malaysia.

Ads

“Mungkin dengan inisiatif yang baik ini kita dapat membantu penunggang asing datang ke Malaysia untuk menyewa motosikal dan menunggang di jalan raya di Malaysia terutamanya di jalan pantai timur dan Borneo,” katanya.
Pelancong Asing Mungkin Dibenarkan Sewa Motosikal Berkuasa Tinggi Pusing Malaysia

Ads

Langkah menyediakan permit khas itu akan memacu ekonomi khususnya industri pelancongan juga akan membantu pemain industri motosikal berkuasa tinggi di negara ini dari segi sewaan motosikal kerana sememangnya terdapat banyak permintaan daripada pelancong asing.Pelancong Asing Mungkin Dibenarkan Sewa Motosikal Berkuasa Tinggi Pusing Malaysia
Namun begitu, langkah keselamatan dan undang-undang jalanraya perlu seiring diperkenalkan buat warga asing yang kurang biasa dengan selok belok jalan di Malaysia jika cadangan ini diguna pakai kelak.

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI