Seorang pelancong Rusia cedera parah selepas dia memanjat tembok kaca dan lompat dari tingkat empat terminal penumpang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand.
Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Col Kritsana Patanacharoen berkata, Mikhail Sinitsyn, 44, ditemui cedera parah di tingkat dua selepas jatuh pada pukul 1 pagi Isnin. Dia dikejarkan ke Hospital Samitivej Srinakarin, tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi hari yang sama.
Kritsana berkata pihak polis belum mengenalpasti motif mangsa membunuh diri tetapi akan melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan kedutaan Rusia di Thailand telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Sumber: The Nation