
Seorang pelancong Rusia cedera parah selepas dia memanjat tembok kaca dan lompat dari tingkat empat terminal penumpang di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand.
Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Col Kritsana Patanacharoen berkata, Mikhail Sinitsyn, 44, ditemui cedera parah di tingkat dua selepas jatuh pada pukul 1 pagi Isnin. Dia dikejarkan ke Hospital Samitivej Srinakarin, tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi hari yang sama.

Kritsana berkata, Sinitsyn tiba dari Vietnam dan selepas melalui kaunter imigresen, dia berjalan ke tingkat empat lalu memanjat telefon awam yang terletak di sebelah dinding kaca sebelum terjun ke bawah. Dinding kaca tersebut dipasang berikutan berlakunya beberapa kes pelancong asing melakukan cubaan bunuh diri sebelum ini.
Kritsana berkata pihak polis belum mengenalpasti motif mangsa membunuh diri tetapi akan melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan kedutaan Rusia di Thailand telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Sumber: The Nation
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pergerakan Keluar Dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak Tidak Dibenarkan Ketika Ini

Kementerian Luar Negeri melarang pergerakan keluar dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak (dan sebaliknya) adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.

- Penerbangan dari (atau) ke Semenanjung Malaysia ke/dari Sabah dan Sarawak adalah tidak dibenarkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.
- Sebarang perubahan atau keputusan oleh Kerajaan Malaysia, berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, iaitu merujuk kepada soalan sama ada kerajaan merancang untuk memendek atau melanjutkan tempoh perintah itu sepanjang tarikh 18 hingga 31 Mac ini.
- Tiada warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kecuali bagi warganegara asing berstatus diplomat, yang berkhidmat di negara ini berserta tanggungan mereka.
- Diplomat asing dan tanggungan mereka adalah dibenarkan untuk memasuki dan meninggalkan Malaysia semasa perintah ini berkuat kuasa, dan disyaratkan untuk membuat kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
- Bagi pegawai kerajaan asing yang bukan berstatus diplomat (yang menetap di Malaysia) juga adalah dibenarkan memasuki atau meninggalkan Malaysia, dengan syarat dokumen penggajian dapat dibuktikan semasa kemasukan ke Malaysia.
- Selain itu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura juga tidak dibenarkan berulang alik.
- Warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai permit kerja sah di Singapura, dibenarkan keluar ke negara itu untuk bekerja, dengan syarat mempunyai surat panggilan kerja daripada majikan, serta persetujuan bertulis bahawa kemudahan penginapan disediakan oleh majikan di sana, sehingga tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sebarang pergerakan dalam Semenanjung, boleh dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Healing Di Penchalang Resort Perak, Ada Private Pool Yang Besar

Kalau nak datang Penchalang Resort Perak, tempat ini tak jauh dari Lumut. Resort ini berkonsepkan homestay yang sesuai nak buat aktiviti ramai-ramai dengan keluarga atau reunion bersama kawan.
Healing Di Penchalang Resort Perak
Di sini ada lebih kurang 10 unit rumah cottage boleh disewa dengan private pool yang cukup besar. Jadi, jangan risau nak bawa anak-anak yang suka main air, memang sesuai sangat.
Kemudian kalau rasa nak buat aktiviti teambuilding atau majlis kahwin kat sini pun boleh sebab memang ada disediakan dewan berpentas bumbung yang luas.
Kiranya memang sesuailah sangat buat family day dekat sini kerana mampu menampung tetamu yang ramai serentak dengan kawasan parking berpagar.
Tiket mandi kolam:
Dewasa RM 7
Kanak² RM 5
Harga sewa satu unit cottage
RM 160 hingga RM 200 ikut jenis
Menarik, bukan? Owh ya, alang-alang dah datang ke arah utara, boleh lah plan ke sini dengan keluarga tersayang ya. Sesuai untuk bawa keluarga yang besar.
Selamat bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Cuti Sekolah Ke Kuala Rompin, Bermalam Kat Rumah Rakit Ramai-ramai. Dapat Memancing, Buat BBQ & Main Flying Fox, Meriah!

Bila cuti sekolah memang banyak plan nak buat tapi nak kumpul ramai-ramai tu yang susah. Sekali dapat berkumpul memang seronok sangat tambah pula ada yang baru pulang dari menunaikan Haji. Kesempatan cuti sekolah digunakan untuk berkumpul bersama mengekalkan lagi ukhwah yang ada.
Biarpun pada mulanya agak berbelah bahagi untuk sertai percutian yang dianjurkan oleh keluarga kakaknya ternyata keputusan untuk bercuti bersama lebih 20 orang ahli keluarga adalah keputusan yang tepat buat Siti Zurina Mat Saman.
Menginap di Rumah Rakit Chemperai Chalet & River Site Camp memberikan satu pengalaman baharu buat wanita ini dan keluarganya. Sempat melakukan beberapa aktiviti seperti menyelusuri Sungai Rompin, memancing ikan dan udang, buat BBQ dan juga main flying fox.

Pendek kata semuanya happy dan seronok dengan percutian selama dua hari satu malam itu. Meskipun terletak agak pedalaman, namun menurut Siti Zurina, tempat ini mempunyai fasiliti yang cukup dan selesa, malah ia telah ditempah habis sehingga tahun depan.
Dua bulan persiapan yang dibuat oleh kakak wanita ini bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, siap dengan segala makanan dan peralatan, memang perfect!
Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Siti Zurina Mat Saman tentang percutian bersama keluarga ke Kuala Rompin, Pahang!
Dua Bulan Plan, Dapat Kumpul & Bercuti Rama-ramai Ke Kuala Rompin, Meriah!
Tak perasan rupanya minggu ni start cuti sekolah. Lepas Hajj hari tu budak-budak mintak BERCUTI, tapi mama is BLUR.
Bila abang ipar sis, Cik Amin plan cuti di ROMPIN, sis macam 50/50 nak follow tidak. Dengar kata nak staycation di Rumah Rakit, sis bayangkan di tengah sungai.
Rupanya rumah rakit diikat kukuh di tebing sungai. Bukan satu ada 5 biji unit (termasuk 1 ada aircond) dan dua daripadanya kami checkin.



Mula-mula agak pening kerana rumah berkenaan ‘dibuai’ air sungai, tapi dah setengah jam ONZ. Unit kami kecil saja dengan kemudahan dapur, satu bilik dan bilik air. Untuk toilet disediakan di luar.
Aktiviti utama adalah memancing dan menyusur Sungai Rompin. Sesekali jiran sebelah unit menjerit gembira bila berjaya dapat udang galah mata biru. Rezeki kami hanya dapat beberapa udang (kali ni no luck, padahal Cik Amin terror bab memancing nih).
Malamnya keluarga kecil kami layan BBQ, sambil main Mini Flying Fox (disediakan) & lompatan skipping. Rezeki kami, kawan Acu Zamaliyah Mat Saman hantar Ketam segar yang ditempah (manis giler isinya)

Esoknya kami menikmati angin laut Cina Selatan di kawasan yang terkenal dengan Udang Galah ini. Wow, pasirnya memang memutih & bersih (mayb berdekatan dengan Pulau Tioman). Yes, budak2 enjoy berendam dalam air masin walau cuaca terik di kepala (apa depa heran kalau bab mandi)
Biarpun hanya shortvacay, kami enjoy bercuti jauh dari kesesakan jalan atau hotel yang fully book. Walau hanya sehari semalam, sesi taaruf sangat bermakna dengan senda gurau ahli keluarga #matsamanfamily
Untuk Cik Noor, Cik Amin, Cik Nuar, Cik Ayu, Acu dan semua anak-anak buah korang memang ohsem
P/: Dengar cerita tempat ini walau jauh di pedalaman, tapi glamer among kaki pancing. Bandar/pekan paling dekat Bandar Muadzam Shah atau Kuala Rompin. Menurut owner, sehingga next year sudah fully booked.
Oh ye, kakak sis, bila dengar #shortcavay ONZ, hampir dua bulan buat persiapan. Segala macam barang keperluan dibawa, ibarat satu rumah. Sayang Cik Noor ketat-ketat
Kredit: Siti Zurina Mat Saman
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI