Paya Indah Wetlands yang terletak di daerah Kuala Langat, menyediakan lokasi pelancongan terbaik bagi pencinta alam. Terletak kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur dan hanya 15 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Paya Indah Wetlands dahulunya adalah bekas lombong bijih timah, tasik air tawar serta mempunyai jenis paya gambut yang menyediakan tasik semulajadi yang jernih dan mempunyai pelbagai spesies ikan. Kawasan itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Zon Rekreasi, Zon Pendidikan serta Zon Konservasi dan Penyelidikan.
Ads
Di sini turut menyediakan program berkayak, pemerhatian kompas, berbasikal, joging, berkuda, memerhati burung serta aktiviti pembelajaran alam sekitar. Mengunjungi Paya Indah Wetlands pastinya memberi keseronokan terutamanya kepada kanak-kanak memandangkan ia berkonsepkan zoo terbuka. Kebanyakan haiwan yang terdapat di kawasan ini dibiar bebas di dalam kawasan mereka.
Ads
Aktiviti:
1. Bird watching
2. Forest trail
3. Angling
4. Cycling
5. Hippo Feeding
6. Crocs Feeding
7. Fish Feeding / Fishing
8. Kayak and Paddle boat
9. Observation Tower
10. 4WD Night Safari
11. Cultural activities at the Terengganu Malay House
12. Biodiversity Education Program
13. Photography
14. One-day guided tour around Paya Indah Wetlands (covering Recreation Zone, Educational Zone and Conservation Zone)
Masa Operasi:
Isnin-Ahad: 7.30 am – 7.00 pm
Jumaat: Tutup dari jam 12.15pm – 2.45pm
Ads
Lokasi:
Paya Indah Wetlands Department of Wildlife and National Parks
KM 4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor
Daerah Tampin, Negeri Sembilan yang bersempadan dengan negeri Melaka mungkin tidak sepopular destinasi pelancongan di Port Dickson, yang terkenal dengan pantai peranginan, namun daerah ini sebenarnya ada kehebatannya yang tersendiri seperti pelbagai tempat menarik bagi peminat sukan lasak dan ekopelancongan.
Terletak kira-kira 46 kilometer dari bandar Seremban dan 44 km dari Melaka, daerah ini mempunyai dua tempat menarik bagi peminat sukan lasak iaitu Tampin Extreme Park dan kawasan riadah serta mandi-manda iaitu Tampin Water Park. Malahan, kedua-dua kawasan berkenaan terletak berhampiran Gunung Tampin, yang sering menjadi tumpuan para pendaki baik dalam mahupun luar negara.
Kalau anda sedang ‘serabut kepala’ dan meminati sukan lasak boleh mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan seperti rock climbing, abseiling, flying fox, wall climbing dan tree climbing.
Di Semenanjung Malaysia, Tampin Extreme Park antara tempat rock climbing yang menjadi perhatian pengunjung dan ia dilakukan pada batu granit. Aktiviti di sini pasti memberi keseronokan kepada peminat sukan rock climbing serta memberi pengalaman baharu kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti yang mencabar meskipun ketinggian untuk aktiviti rock climbing ini kira-kira 25 meter sahaja.
Selain melakukan pelbagai aktiviti lasak di kawasan ini yang berkeluasan 0.81 hektar, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan waterfall abseiling memandangkan ia berhampiran dengan hutan simpan Gunung Tampin. Aktiviti waterfall abseiling adalah aktiviti yang paling menarik dan perlu dicuba oleh pengunjung. Melalui aktiviti waterfall abseiling, pengunjung boleh menikmati cabaran mendaki di kawasan air terjun serta melihat pemandangan keindahan flora fauna yang menarik.
Sebaik sahaja melakukan aktiviti lasak di Tampin Extreme Park, pengunjung boleh bersantai dan beriadah di Tampin Water Park yang terletak kira-kira 3.8 km dari kawasan berkenaan. kawasan yang mempunyai empat kolam itu sesuai untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti beriadah dan bermandi-manda.
Empat kolam yang ada di sini mempunyai kedalaman yang berbeza iaitu bermula dari satu kaki hingga tujuh kaki. Istimewanya kesemua kolam berkenaan ialah ia menggunakan air bukit, yang telah dirawat dan selamat untuk aktiviti mandi-manda. Selain mandi-manda, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, memanah, paintball mengikut pakej-pakej yang disediakan sesuai untuk aktiviti keluarga.
Nak cari penginapan yang cantik dan selesa memang banyak, bila dapat yang cantik dengan harga yang berpatutan semestinya bonus buat korang yang suka travel.
Bila ke Pulau Pinang, selain mencari makanan, penginapan yang strategik juga penting. Senang nak bergerak ke tarikan-tarikan lain yang ada di sekitarnya. Kalau dapat yang tengah bandar memang terbaik.
Rare Heritage House, Boutique hotel yang terletak di seberang jalan dari Pelabuhan Pulau Pinang. Memang sesuai untuk dijadikan pilihan bila datang bercuti ke pulau mutiara ini.
Berada di gudang lama yang wujud sejak abad ke 19 lagi, bangunan ini dibaik pulih menjadikan ia satu penginapan yang cukup menarik untuk korang berada di sini.
Mempunyai 14 bilik dengan suasana dan dekorasi tersendiri yang menarik dan cantik, setiap bilik lengkap dengan tv skrin rata, peti sejuk mini serta peralatan membuat the dan kopi.
Lokasinya juga cukup strategik, korang yang stay kat sini boleh berjalan kaki untuk ke tarikan-tarikan lain seperti Penang Art Street, Armenian Street, Masjid Kapitan Keling dan banyak lagi.
Tak perlu risau kalau lapar kerana banyak kafe dan tempat makan yang boleh korang explore bila menginap di sini. Memang menarik, kalau ada plan ke Penang, boleh pertimbangkan untuk menginap di sini!
Alamat: 107 Lebuh Victoria Georgetown 10300 George Town, Penang, Malaysia
Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi paling popular dalam rantau Asia Pasifik yang menjadi pilihan untuk dikunjungi pelancong. Paling best, di Kuala Lumpur ini ada beberapa tempat yang menjadi wajah sesuatu kaum tetapi boleh dikunjungi semua orang tidak kira bangsa samada Melayu, Cina atau India.
Pasar Seni
Dibina pada tahun 1888, Central Market berfungsi sebagai sebuah pasar yang basah yang menjual barangan untuk pedagang dan pelombong bijih timah pada masa itu. Ia kemudiannya berkembang pada tahun 1895 dan sekali lagi pada tahun 1920, 1921, dan akhirnya kepada saiz hari ini pada tahun 1933. Pada tahun 1986, Central Market sekali lagi diubahsuai. Kali ini ia tidak lagi menjadi pasar basah dan telah ditukar menjadi pusat seni dan budaya serta pusat membeli-belah.
Ia adalah tempat terbaik untuk menyaksikan budaya, seni dan kraf Malaysia. Pelbagai barangan dijual di sini, termasuk kraftangan, cenderamata dan hasil seni pada harga yang berpatutan. Pengunjung juga berpeluang menghasilkan potret mereka di sini sambil mencuci mata di sepanjang Jalan Kasturi bersebelahan Pasar Seni untuk melihat dan membeli cenderamata.
Brickfields (Little India)
Brickfield atau dikenali sebagai Little India oleh masyarakat tempatan telah dibangunkan oleh Yap Kwan Seng yang merupakan Kapitan Cina Kuala Lumpur ke lima dan yang terakhir. Sebagai seorang ahli perniagaan beliau telah menjangkakan peningkatan permintaan untuk batu-bata di Kuala Lumpur. Maka beliau telah menubuhkan kawasan penghasilan batu-bata yang dipanggil Brickfield.
Brickfields juga turut digunakan sebagai depoh utama untuk Keretapi Tanah Melayu (KTM) sewaktu pentadbiran British. Pihak berkuasa British membawa masuk orang-orang dari India untuk bekerja dengan keretapi. Ramai yang tinggal di kuarters di sekitar Brickfields. Sejak itu, masyarakat India telah hidup dan kekal di sini dan menjadi warganegara Malaysia.
Oleh kerana masyarakat India yang besar, bilangan kedai-kedai dan restoran yang menjual barangan dan kuih-muih India telah berkembang sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, kawasan itu terkenal dengan pelbagai hidangan asli masyarakat India seperti Nasi Daun Pisang. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan lain-lain. Menjelang perayaan Deepavali, kawasan ini menjadi tumpuan untuk membeli-belah.
Petaling Street (Chinatown)
Petaling Street sangat popular bagi pelancong yang ingin mendapatkan barangan berbentuk cenderamata, pakaian, barangan elektronik dan barangan kulit pada harga yang berpatutan. Bagi yang gemar masakan Cina, di sini juga merupakan lokasi terkenal untuk menjamu selera.
Saban hari, Petaling Street tidak akan sunyi daripada pelancong asing dan juga pengunjung tempatan untuk membeli-belah. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga barangan yang dijual peniaga di sini, jika anda bernasib baik, anda akan memperolehi dengan harga yang cukup berpatutan.
Jalan Bukit Bintang
Jalan Bukit Bintang ialah kawasan tumpuan ramai pelancong dan warga kota untuk membeli-belah dan sumber hiburan yang masyhur di Kuala Lumpur. Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Buat si ’kaki shopping’ membeli-belah sepuas-puasnya di kawasan segi tiga emas ini. Pasti anda rambang mata untuk memilih barangan atau pakaian yang berkenan di hati. Bagi yang gemar berhibur pada malam hari, Bukit Bintang antara destinasi yang tidak pernah tidur dan sunyi dek kunjungan orang tempatan dan juga pelancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...