Seakan trend apabila ada segelintir mereka yang melancong ke luar negara akan mengambil gambar tiket penerbangan atau buku merah lalu ‘abadikannya’ ke dalam sosial media untuk tontonan ramai.
Terbaru ramai yang mempertikaikan sekumpulan individu warganegara Malaysia yang bangga menayangkan jenis cop yang berjaya dikutip di beberapa negara dalam pasport negara. Apa yang lebih mendukacitakan cop yang ditunjukkan adalah cop bukan rasmi daripada pihak berkuasa. Ia seakan cop suka-suka yang diperolehi untuk dijadikan kenang-kenangan ketika melancong.
Sumber dari wikipedia, pasport menentukan kewarganegaraan, tetapi tidak semestinya kewarganegaraan atau tempat kediaman pemegang pasport. Pemegang pasport biasanya berhak untuk memasuki negara yang mengeluarkan pasport, walaupun sesetengah orang yang berhak mendapat pasport mungkin tidak menjadi warganegara penuh dengan hak tempat tinggal. Pasport adalah dokumen yang mengesahkan identiti dan kewarganegaraan; mempunyai dokumen itu tidak dengan sendirinya memberikan apa-apa hak, seperti perlindungan oleh konsulat negara yang mengeluarkan pasport, walaupun ia mungkin menunjukkan bahawa individu itu mempunyai hak-hak tersebut. Sesetengah pasport membuktikan status sebagai diplomat atau pegawai lain, berhak mendapat hak-hak dan keistimewaan sebagaimana kekebalan daripada penangkapan atau pendakwaan,yang timbul daripada perjanjian antarabangsa.
Ini perkongsian daripada Facebook Malaysia Immigration Fan Club Supporters
mengenai isu tersebut.Pasport Malaysia adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan dikeluarkan atas nama Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Sebagai Rakyat Malaysia anda hanya diberikan kemudahan untuk menggunakan dokumen ini bagi memudahkan sesuatu perjalanan. Bukan suka-suka untuk cap sana dan sini sebagai kenangan. Hanya pegawai imigresen sesebuah negara sahaja ada kuasa untuk menurunkan apa-apa endosment atau catatan. Ini dah boleh anggap pasport rosak dan negara seterusnya boleh tolak kemasukan anda:
Gambar cop check point ‘Charlie’ di Jerman bukanlah cap imigresen. Anda boleh disiasat dan diambil tindakan menurut peruntukan di bawah Akta Imigresen Dan Akta Pasport.
Ini pula respon dan pendapat netizen mengenai isu cop dan pasport.
.