Ada berita baik buat anda yang gemar membeli-belah di Vietnam. Tahun hadapan Pasar Vietnam pertama yang mempunyai 200 ruang kedai dijadual dibuka di Kuala Lumpur pada Mac 2020 nanti.
Tidak perlu lagi anda bersusah payah membeli tiket kapal terbang semata-mata untuk membeli-belah di Vietnam. Perkara itu diumum dalam satu majlis di Ho Chi Minh City, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Pasar Vietnam di Malaysia bakal menjadi pusat perdagangan terbesar pertama, hasil kerjasama antara kedua-dua negara. Ia diwujudkan berikutan permintaan barangan dan perkhidmatan Vietnam di Malaysia. Pasaran itu akan berfungsi sebagai jambatan untuk meningkatkan eksport barangan Vietnam ke Singapura, Thailand dan pasaran lain di ASEAN.
Pasar Vietnam itu akan terletak di bangunan Safuan Plaza. Di sini bakal menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan yang mengeksport produk pertanian, makanan laut, kraftangan, pakaian, peralatan mekanikal, mesin, kosmetik, teknologi proprietari dan industri perkhidmatan Vietnam, selain menjadi lokasi untuk firma Vietnam mengembangkan operasi di Malaysia.
Pasti pasar ini menjadi tarikan untuk berbelanja lebih-lebih lagi sewaktu tibanya perayaan besar di Malaysia seperti hari raya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Eagle Ranch Resort: Resort ‘Cowboy’ Texas Di Port Dickson, Negeri Sembilan
Kalau nak ke merasai pengalaman menjadi ‘cowboy’ di Texas, Amerika Syarikat tu mungking jauh sangat dan memerlukan kos yang tinggi. Harga tiket penerbangan sahaja menelan belanja beberapa ribu ringgit disamping jarak perjalanan berapa belas jam nak terbang ke Amerika Syarikat nun.
Jadi disebabkan kekangan tersebut, Eagle Ranch Resort membawakan kepada anda satu resort yang bertemakan ‘cowboy’ di Port Dickson, Negeri Sembilan! Dekat bukan? Anda dah tak perlu lagi bersusah payah ikat perut menahan belanja itu ini nak simpan duit ‘flight’ ke US. Cukup sekadar belanja beberapa ratus sahaja untuk sampai ke resort ni.
Nama bagi resort yang bekeluasan lebih kurang 32 ekar ini diambil bersempena dengan spesis burung helang yang banyak terbang di ruang udara resort berkenaan. Dek kerana lokasinya yang betul-betul bersebelahan dengan Teluk Kemang, menjadikan kawasan ini antara spot burung tersebut berterbangan.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke resort berkenaan, anda akan dapat rasakan suasana ‘cowboy’ di sini. Pekerja di sini memakai seluar jeans dan berkemeja kotak-kotak di samping topi yang menjadi ‘trade-mark’ ‘cowboy’ tersebut.
Selain daripada itu, penginapan yang ada di sini juga tidak ketinggalan untuk dihias dengan sentuhan dan dekorasi ‘wild-wild-west’. Ada pelbagai pilihan bilik yang ditawarkan kepada anda dan setiap satunya mempunyai sentuhan ‘cowboy’nya yang tersendiri dan yang paling unik adalah khemah suku orang asal Amerika Syarikat iaitu khemah Red Indian.
Sekiranya anda ingin melihat apa pilihan bilik yang ditawarkan kepada anda, terus klik laman sesawang Eagle Ranch Resort di sini.
Satu lagi penginapan yang menarik ditawarkan oleh Eagle Ranch Resort adalah rumah kampung di atas kolam. Sangat sesuai untuk anda yang datang dalam rombongan yang besar seperti percutian bersama keluarga atau reunion bersama kawan-kawan.
Bercakap soal reunion, ada pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Anda boleh menunggang kuda, berlumba go-kart, aktiviti sukan air, memanah, tali aras tinggi, rentas halangan atau flying fox. Bukan setakat reunion, kalau anda berminat untuk melakukan kursus seperti team building pun boleh di Eagle Ranch Resort.
Makanan yang disediakan di sini juga sedap dan menyelerakan untuk santapan tekak anda. Yela, sekalipun berangan nak jadi ‘cowboy’, tekak tu masih lagi selera Malaysia. Sure akan cari gulai lah! Tak kan anda cari fish & chip punya. Hahaha. Chef yang bertugas di sini mempunyai air tangan yang boleh diberikan pujian terutamanya apabila beliau masak kuew teow goreng kerang. Memang sedap.
Kepada anda yang berkeinginan untuk datang ke Eagle Ranch Resort, klik pada link yang Libur berikan di atas dan jangan lupa untuk request kepad chef, kuew teow goreng kerang special!
INFO RESORT Eagle Ranch Resort Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan www.eagleranch.com.my |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jalan Masuk Agak Mencabar, Jelatok Retreat Farm Bersebelahan Hutan Simpan Lenggeng Janjikan Port Best Lepak
Adakala kita mahu larikan diri dari suasana hiruk pikuk kota. Malah ramai memilih percutian santai di kampung untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Bagi warga Negeri Sembilan, korang boleh pilih bercuti di Jelatok Retreat Farm yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Lenggeng.
Untuk ke sini sila hati-hati kerana agak mencabar kerana perlu melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit tapi bila sampai ke atas, suasananya sangat indah permai dan boleh jadi port lepak santai yang berbaloi pergi.
Dikongsi dari fb Visit Negeri Sembilan, selepas PKP berakhir, bolehlah lepak di sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jelatok Retreat Farm terletak di Kampung Jelatok, Mendom, Lenggeng, Negeri Sembilan. Tempat kami sedikit terceruk dan betul-betul bersebelahan dengan Hutan Simpanan Lenggeng. Nak ke sini perlu lalu kawasan kampung dan seterusnya lalu ladang kelapa sawit pula.
Untuk makluman, farmstay untuk tetamu menginap belum lagi beroperasi. Fasiliti swimming pool, sahara loop (fire pit) dan lain2 juga adalah untuk tetamu yang menginap, tidak dibuka untuk public.
Terrace Cafe dan mini nursery kami sudah mula beroperasi. Anda boleh menikmati makanan dan minuman di kafe kami sambil mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi.
Anda juga mungkin boleh mendapatkan idea untuk menambah baik laman anda.
Waktu operasi Terrace Cafe:
Rabu-Jumaat: 2.00pm-9.00pm
Sabtu-Ahad: 10.00am-9.00pm
Tutup pada Isnin-Selasa.
Biasanya pada Sabtu-Ahad agak sibuk, jadi kalau boleh hubungi kami terlebih dahulu kalau plan nak datang ramai-ramai ya.
Untuk makan malam, boleh booking juga ya. Kalau rancang nak datang malam, disyorkan datang sebelum gelap kerana kami terletak di kawasan off-grid (golap). Balik nanti, kalau takut golap, kami boleh lead jalan untuk keluar.
InsyaAllah boleh release sikit stres tengok2 keindahan alam semula jadi. Dapat tengok kehijauan bukit-bukau sambil hirup Gula Melaka Latte dan makan cendawan goreng, fuhhh… terbaik!
Waze: Jelatok Retreat Farm
Contact: 012-9798114 / 017-2218451
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Magic Autumn! Indahnya Jepun Berlatar Gunung Fuji Yang Sudah “Hilang Topi”
Saat ini, bagi kaki travel pasti terkenang saat-sat indah berada di luar negara dengan latar belakang pemandangan yang cantik. Baik ketika berada di Europe atau negara lain, pasti tak dapat melupakan memori ketika mengembara.
Biasanya kaki travel akan jatuh cinta tidak hanya pada seni bina sesebuah negara tetapi pada alam semulajadinya yang cukup berbeza dengan suasana dalam negara. Hal-hal kelainan inilah sudah cukup membuatkan hati kita jatuh cinta. Namun sekarang semuanya terpaksa menahan rasa kerana sempadan negara masih ditutup akibat COVID-19.
LIBUR berkongsi pemandangan indah musim autumn yang dikongsikan oleh Ahmad Sabri atau mesra disapa Abam Sabu yang juga rakyat Malaysia yang sudah berbelas tahun tinggal di negara matahari terbit, Jepun. Ternyata memang awesome dan pasti ramai yang pernah travel ke Jepun rasa rindu untuk menatap Gunung Fuji di depan mata.
Final Autumn part awal
Hari ini Abam Sabu bersama keluarga dan teman berjalan menikmati musim luruh di Kawaguchi Lake.
Alhamdulillah diberikan peluang untuk menikmati keindahan ciptaanNya. Cuaca yang sangat baik pada hari ini.
Maple leaves yang merah berguguran berlatar belakangkan Fuji-san dan Kawaguchi Lake terlalu indah. Tak terungkap dek kata-kata. Walau seribu kali gambar diambil sekalipun, tidak akan sama dengan apa yang dilihat depan mata. Terlalu cantik.
Rezeki hari ini, ada matsuri/festival yang berlangsung di sini. Selalunya kalau ada festival, mesti akan ada satu/dua gerai makan yang halal yakni kebab/indian food. Mereka sangat pandai berniaga dan mencari peluang.
Walaupun impak COVID-19 besar melanda satu dunia, tetap ramai orang di sini.
Rata-rata rakyat Jepun pun dah tak berapa kisah pasal COVID-19 ini. Namun, amalan mask dan hand sanitizer sentiasa dijaga.
Buat julung kalinya Abam Sabu dapat merasa kawalan check suhu & memerlukan log in untuk masuk ke sesuatu kawasan. Jika di Malaysia ada MySejahtera, di sini amat kurang langkah pencegahan penularan wabak ini.
Bagi yang ingin datang menikmati keindahan pemandangan ini, ini lokasinya,
Maple CorridorKawaguchi, Fujikawaguchiko, Minamitsuru District, Yamanashi 401-0304
0555-72-3168
https://maps.app.goo.gl/VSQMkqEtQ3EQ55Jx9
Final Autumn part akhir
Fuji & Japan tak dapat dipisahkan. Hari ini alhamdulillah diberi kesempatan untuk pergi menikmati keindahan pemandangan musim luruh di Kawaguchi Lake.
Dalam perjalanan, terjumpa spot untuk ambil gambar Fuji-san yang sangat cantik.
Walaupun Fuji-san dah cabut topi dia balik, tetap cantik ditambah lagi dengan cuaca yang cantik hari ini.
Oleh itu Abam Sabu nak spam gambar lagi supaya kita ramai-ramai berdoa COVID-19 ini cepat berakhir dan vaccine (sama ada rusia/korea/Pfizer) dapat membantu mengembalikan industri pelancongan ini.
Saya amat sarankan kalau melancong ke Fuji, gunalah kereta, bila rasa cantik, just berhentikan kereta dan ambil sahaja gambar.
InsyaAllah kalau ada rezki servis tourguide akan diteruskan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI