Terengganu akan memperkenalkan ‘pasar terapung’ sebagai satu lagi produk pelancongan sebagai tarikan terbaharu terutama kepada pengujung luar. Kuala Nerus ‘Floating Market’ dijangka akan menjadi destinasi tarikan yang pertama pasar terapung di negeri Terengganu.

Walaupun masih dalam peringkat cadangan namun lokasi di Seberang Takir adalah lokasi paling strategik untuk tujuan tersebut. Ini kerana, Seberang Takir mempunyai panorama yang agak indah untuk dilakukan aktiviti sebegini. Ditambah dengan kawasan yang berlatarkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang perlu dimanfaatkan.

Pasar Terapung Kuala Nerus Yang Pertama Di Terengganu, Lokasi Pelancongan Makan-Makan TerbaruPasar Terapung Kuala Nerus Yang Pertama Di Terengganu, Lokasi Pelancongan Makan-Makan Terbaru

Usaha yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekali gus mampu mentransformasikan pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu.

Ads

Pasar Terapung Kuala Nerus Yang Pertama Di Terengganu, Lokasi Pelancongan Makan-Makan Terbaru

Penduduk tempatan negeri ini juga bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di Kampung Pulau Suri di Kelantan dan seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai.

Ads

Pasar Terapung Kuala Nerus Yang Pertama Di Terengganu, Lokasi Pelancongan Makan-Makan Terbaru

Ads

Bagaimanapun, konsep pasar terapung Seberang Takir mungkin menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung biasa dan ia masih belum diputuskan jawatankuasa terbabit.

Harap-harap cadangan ini cepatlah menjadi kenyataan. Zaman sekarang, apabila ada sesuatu destinasi yang menjadi tular pasti ramai akan datang ke lokasi tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI