Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona.

Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.

Ingin tahu cara ke Pulau Aur ini? Ikuti tip dan panduan ke sini, perkongsian daripada saudari Aina Mardiah. Terbaiklah..

Ads

Pasangan Ini Kongsikan Tip & Panduan Percutian Ke Pulau Aur ‘Hidden Gem Mersing’

Ads
  • Pulau Aur adalah pulau yang terletak paling jauh dari tanah besar Semenanjung, jaraknya 70km dari jeti Mersing.
  • Perjalanan bot mengambil masa hampir tiga jam. Bergantung kepada jenis bot.
    Penginapan di Blue Water Resort. Pakej all in. Layanan A plus. Dapat makan ikan kerapu fresh. Kudos to our guide, Encik Wan.
  • Terdapat dua spot untuk sesi fotografi. Puncak Batu Berhala ( Pulau Aur) dan Puncak Pulau Dayang (Pulau Dayang).
  • Perlu hiking lebih kurang 20 minit untuk ke setiap puncak bagi mendapatkan view yang ah-meh-zing! Hiking level newbie + intermediate.
  • Pulau Dayang adalah pulau yang paling cantik. Pasir putih tepi pantai, ombak laut berkejaran.
  • Bawa baju colourful for ootd pleaseeeeee.
  • Spot coral cantik adalah di Pulau Lang. Bawa action camera boleh selfie dengan ikan nemo.
    Di Pulau Dayang terdapat tulang ikan paus yang tidak dialihkan ketika ikan paus terdampar beberapa tahun yang lalu.
  • Gambar cantik ihsan dari incik suami dan travelmate. Mohon bawa pasangan anda, sebab pasangan je sanggup nak layan karenah kita.

Pasangan Ini Kongsikan Tip & Panduan Percutian Ke Pulau Aur ‘Hidden Gem Mersing’ Pasangan Ini Kongsikan Tip & Panduan Percutian Ke Pulau Aur ‘Hidden Gem Mersing’ Pasangan Ini Kongsikan Tip & Panduan Percutian Ke Pulau Aur ‘Hidden Gem Mersing’

Ads

Tip tambahan:
You know yourself well. Sila persiapkan diri sebelum naik bot. Kebarangkalian untuk bertembung ombak besar adalah tinggi. Kalau badan lemau memang tak best nak buat aktiviti. Checklist:-

  • Ubat Tahan Muntah. Ambil 30 minit sebelum makan atau sebelum perjalanan bermula. Saya beli jenama Hurix. Memang power!
  • Minyak cap kapak
  • Asam-asam (Bagi mengurangkan rasa loya)
  • Panadol
  • Plastik ( incase nak termuntah)
  • Bawa bertenang dan bersabar.

Let’s support local.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI