Parkir Di Sunway Semakin ‘Pintar’. Korang Perasan Tak Makin Canggih?

Share

Kalau dahulu parkir di pusat membeli-belah Sunway Pyramid antara terawal yang menyediakan kotak parking berlampu. Ia memudahkan pemandu mencari kotak parking berpandukan nyalaan lampu hijau (parkir kosong) atau lampu merah (parking bertuan).

Kini, Sunway memperkenalkan kaedah terbaru iaitu ‘Sunway Smart Parking’, menggunakan cara pengesanan nombor plat dan bayaran menerusi pelbagai cara membabitkan 10,000 petak letak kereta.


  • Ini adalah sebagai pengalaman parkir tanpa bayaran tunai yang diperkenalkan sebahagian daripada program digitalisasi Sunway. Secara tidak langsung memudahkan golongan pembeli untuk membeli-belah dengan selesa.
  • Dengan Sunway Smart Parking, pemandu tidak perlu membayar menggunakan tiket parkir apabila mereka masuk dan keluar tetapi hanya perlu mendaftar nombor plat kereta menerusi portal Sunway Parking dan aplikasi Sunway Pyramid menerusi fon pintar.
  • Dari segi pilihan bayaran tanpa tunai, terdapat sejumlah 12 rakan peserta iaitu GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N’ Go Digital, dan Maybank QR di samping rakan kredit MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit.



Sistem itu telah mula dilaksanakan di enam premis harta meliputi Sunway Pyramid mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel, menara pejabat Sunway Pinnacle dan Menara Sunway. – Bernama

Oleh
Husna