
Kalau dahulu parkir di pusat membeli-belah Sunway Pyramid antara terawal yang menyediakan kotak parking berlampu. Ia memudahkan pemandu mencari kotak parking berpandukan nyalaan lampu hijau (parkir kosong) atau lampu merah (parking bertuan).
Kini, Sunway memperkenalkan kaedah terbaru iaitu ‘Sunway Smart Parking’, menggunakan cara pengesanan nombor plat dan bayaran menerusi pelbagai cara membabitkan 10,000 petak letak kereta.
- Ini adalah sebagai pengalaman parkir tanpa bayaran tunai yang diperkenalkan sebahagian daripada program digitalisasi Sunway. Secara tidak langsung memudahkan golongan pembeli untuk membeli-belah dengan selesa.
- Dengan Sunway Smart Parking, pemandu tidak perlu membayar menggunakan tiket parkir apabila mereka masuk dan keluar tetapi hanya perlu mendaftar nombor plat kereta menerusi portal Sunway Parking dan aplikasi Sunway Pyramid menerusi fon pintar.
- Dari segi pilihan bayaran tanpa tunai, terdapat sejumlah 12 rakan peserta iaitu GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N’ Go Digital, dan Maybank QR di samping rakan kredit MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit.
Sistem itu telah mula dilaksanakan di enam premis harta meliputi Sunway Pyramid mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel, menara pejabat Sunway Pinnacle dan Menara Sunway. – Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
16 Tip Buat Anda Yang Nak Jejak Dunia ‘Jurassic’ Di Banjaran Bengoh. Lokasi Viral Sarawak

Ada sebuah destinasi alam semula jadi yang sedang tular di Sarawak sedang hangat diperkatakan dalam kalangan kaki nature.
Air Terjun Bengoh yang terletak di daerah Padawan di Kuching, Sarawak dikatakan mirip suasana filem haiwan purba ‘Jurassic World’. Air Terjun Bengoh kini menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan. Kawasan ini terletak berdekatan empangan Bengoh dan perlu menggunakan bot untuk sampai ke destinasi.
Anda teruja untuk ke sini? Ini ada tip berguna buat kalian perkongsian daripada saudara Yamin Ismail
Tips bagi mereka yang kali pertama ke Banjaran Bengoh, hidden gem umpama Jurassic World di Sarawak
1) Untuk menikmati keindahan kawasan ini, anda perlu menempah bot dan juru pandu kerana kawasan ini terletak di dalam kawasan empangan Bengoh. Untuk sampai ke sini, pemanduan memakan masa satu jam dari bandar Kuching.
2) Di banjaran Bengoh ini terdapat kampung Bidayuh tertua di Sarawak. Ia juga menempatkan sebuah empangan air yang dinamakan Empangan Bengoh yang mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada 2010.
3) Setelah mendaftar dan mengambil bacaan suhu badan di pondok pengawal empangan, anda perlu menaiki bot mengharungi tasik empangan selama 20 minit sebelum tiba di tapak/jeti permulaan banjaran.
4) Setelah itu anda akan mula hiking dan akan dipertemukan dengan 3 air terjun pertama yang memukau iaitu Curtain, Koring dan Puba’an (Pe’an) mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam dari tapak permulaan.
5) Untuk sampai ke air terjun keempat iaitu Shushung (Susung) pula, anda perlu mendaki lagi sejauh 30 minit. Inilah air terjun paling cantik pernah saya temui. Indeed kawasan ini macam Jurassic World. Sungguh memukau.
6) Pendakian ulang alik secara keseluruhan ke 4 air terjun berkenaan mengambil masa sekitar 4 jam. Jadi, anda dinasihatkan untuk membina stamina sebelum mendaki banjaran yang mencabar ini.
7) Semasa hiking ke air terjun, anda akan melalui titi buluh yang kecil dan sempit. Unik, antik sekaligus mencabar. Kena berhati-hati kerana ia boleh dilalui oleh satu orang pada satu masa.
8) Setelah menikmati air terjun yang memukau, anda boleh bergerak ke kampung Sting yang dikenali dengan julukan kampung atas awan. Untuk sampai ke kampung ini, anda perlu naik boat semula dan bila sampai ke tapak/jeti, perlu hike lagi bukit lebih kurang 30 minit.
9) Dari kampung ini anda boleh melihat pemandangan luas kawasan empangan Bengoh yang sungguh mengkagumkan.
10) Kampung ini merupakan kampung Bidayuh tertua di Sarawak dan dipercayai telah wujud sejak 300 tahun yang lalu.
11) Penduduk kampung ini meneruskan tradisi masyarakat Bidayuh seperti menanam padi dan lada hitam sekaligus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan dan juga keperluan sendiri.
12) Di kampung ini ada homestay stail dorm yang boleh memuat 20 orang. Anda perlu buat tempahan dua minggu awal jika ingin bermalam di sini.
13) Sambil menikmati kecantikan pemandangan dan kesejukan udara di kampung ini, anda boleh membeli minuman sejuk dan makanan segera yang dijual oleh penduduk kampung.
14) Total kos untuk trip ini RM50 meliputi bayaran boat dan jurupandu. Bawa makanan dan air secukupnya. Standby juga baju hujan.
15) Trip ini sungguh mengujakan dan kenangan yang tidak dilupakan. Cuma anda kena ada lebih stamina sebab perlu banyak hiking untuk sampai ke setiap lokasi.
16) Untuk keterangan detail trip, sila baca caption gambar.





Jom cuti-cuti Sarawak~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Boleh Rentas Negeri Balik Kampung Atau Bercuti, Ini Doa Boleh Diamalkan Elak Perkara Buruk Sepanjang Perjalanan

Sebaik kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, ramai yang menarik nafas lega.
Ini bermaksud kebenaran untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu kaum keluarga terutama emak ayah yang sudah lama tidak dijenguk sepanjang tempoh PKPB kedua dilaksanakan.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti hujung tahun dengan mengunjungi destinasi menarik di dalam negara.

Walaupun sudah dibenarkan rentas negeri dengan pergi bercuti tetapi jangan dilupakan SOP yang dilaksanakan sebelum ini dan dipatuhi jika ke tempat green zone.
Selain itu itu berikutan peningkatan kenderaan di jalan ekoran ramai yang keluar dari Lembah Klang menuju destinasi masing-masing, jangan lupa untuk membaca doa demi untuk keselamatan sepanjang perjalanan.
Perkongsian doa ini oleh PU Amin yang dimuat naik di laman Instagramya beserta doa pesanan.
Doa ini adalah doa untuk mohon Allah kekalkan nikmat kita hari ini. Nikmat bebas dari virus, walau bukan sepenuhnya tapi kita minta agar Allah lindung kita, minta Allah elakkan penyakit , minta Allah jauhkan benda benda buruk..
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ .
“ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”..
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)
Kredit Foto: Instagram PU Amin
Artikel Berkaitan:
5 Inisiatif ‘Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau’ Untuk Sektor Pelancongan. Ramai Dapat Manfaat!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Sebab Korang Tidak Perlu Takut Untuk Bercuti Di Selangor Ketika PKPP

Melancong adalah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan penduduk dunia, tetapi bagi sesetengah orang ia mungkin sesuatu yang menakutkan terutamanya bagi pelancong yang memilih untuk melakukannya secara berseorangan.
Perkara utama yang sering difikirkan oleh kebanyakan pelancong sebelum mengunjungi suatu tempat adalah faktor keselamatan dan kebersihan. Sekiranya seseorang dapat merasakan destinasi tujuannya selamat, ia akan menjadi faktor penarik untuk melawat tempat tersebut. Selangor adalah salah sebuah negeri yang menerima kunjungan pelancong yang paling ramai di Malaysia. Hal ini kemungkinan besarnya adalah didorong oleh faktor jaminan keselamatan pelancong ke negeri ini.
- Unit Polis Pelancong
Unit Polis Pelancong yang ditempatkan di sekitar kawasan pelancongan popular seperti Batu Caves, Sepang Goldcoast, KLIA, KLIA2, Subang Sky Park, Boustead Cruise Centre dan pusat beli-belah terkemuka. Dengan adanya Unit Polis Pelancong ini, pelancong wanita dan pengembara solo terutamanya, tidak perlu berasa risau tentang keselamatan mereka di negeri ini.
- CCTV
Selain itu, terdapat banyak kamera litar tertutup atau CCTV serta pengawal keselamatan ditempatkan di premis-premis perniagaan bagi menjaga keselamatan pelancong dan masyarakat awam. Antaranya Sunway Pyramid, sebuah pusat beli-belah di Sunway City adalah yang pertama di Malaysia dilengkapi dengan fungsi butang panik. Oleh itu, pelancong boleh berasa yakin bahawa keselamatan mereka berada pada tahap baik termasuklah ketika membeli-belah di negeri Selangor.
- Tarikan semulajadi
Tarikan semula jadi negeri ini seperti FRIM Kepong, Sungai Chilling, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort tidak perlu dirisaukan lagi tentang faktor kebersihan dan keselamatannya kerana ia dijaga dengan baik dan diselenggara oleh syarikat pembersihan yang dilantik mengikut jadual berkala. Para renjer hutan turut ditempatkan di sana untuk membantu menjaga keselamatan para pengunjung apabila diperlukan.
- Kebersihan restoran
Seterusnya, setiap restoran dan premis makanan di Malaysia diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala dan dinilai dari segi kebersihannya dari masa ke masa. Oleh itu, semua restoran dan premis makanan di Selangor juga dinilai secara kerap dan pelancong mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan dari restoran kelas A atau B di negeri ini.
- Aplikasi SELangkah
Menggunakan konsep asas kawalan automatik yang pantas dan mudah sebagai inisiatif pendaftaran individu sebelum memasuki sesuatu premis perniagaan di negeri ini. Dengan hanya mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit bagi mendaftar maklumat mereka secara maya, pengesanan kontak dapat dibuat jika terdapat kes Covid-19 di premis yang telah mereka kunjungi. Akses aplikasi ini turut dikongsi bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan pengesanan individu untuk proses saringan kesihatan atau kuarantin yang lebih efisen.
- Penginapan
Seterusnya, terdapat banyak pilihan tempat penginapan yang boleh dipilih oleh pelancong di negeri Selangor seperti hotel, chalet, homestay, pangsapuri dan lain- lain. Sebilangan besar penginapan ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan adalah selamat untuk pelancong. Kebanyakan hotel turut dilengkapi dengan kawalan kamera litar tertutup 24 jam atau CCTV dengan fungsi kunci elektronik bagi mengelakkan sebarang aktiviti pecah-masuk.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi dan terbaharu Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sumber: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI