Paris Kota Romantis, Namun Di Bawah Jalanrayanya Kubu Bawah Tanah Menempatkan 6 Juta Mayat

Share

Paris, kota cinta yang pastinya menggamit memori siapa yang pernah mengunjungi kota indah ini. Malah bagi yang belum berkunjung tiba, pasti menyimpul impian untuk mengumpul memori indah bersama orang tersayang.

Pada tahun 2019, kota Paris terpilih sebagai kota paling indah di dunia dari 50 buah kota yang disenaraikan mengalahkan New York, London, Vancouver dan lain lagi yang dilakukan oleh agensi pelancongan Kanda Flight Network.

Memiliki pesona menawan dan indah dari segi reka bentuk bangunannya, sebelum pandemik ia dikunjungi lebih 40 juta pelancong yang mahu melihat bangunan Eiffel Tower dari dekat.

Namun di sebalik keindahan kotanya, ada sesuatu tersembunyi di jalan bawah tanahnya kerana kemungkinan besar di bawah jalan yang kita bersiar-siar itu merupakan kubur besar yang dibuat di bawah tanah.

Dipetik dari fb John Mohamad yang berkongsi fakta ini, ia menempatkan enam juta mayat di kubu bawah tanah ini.

Dikenali sebagai Paris Catacomb yang menempatkan hampir 6 juta mayat ditanam dikawasan tersebut. Tempat ni dibina apabila kubur di kota Paris pada zaman Rom telah penuh.










Ada mayat yang terkeluar dari kubur,jadi banyak lalat yang hinggap dekat mayat, tahap kesihatan akan menurun kalau dibiarkan malah udara mula bau busuk. Jadi raja Louis XVI mengarahkan untuk selesaikan masalah ini, mayat tersebut ditanam didalam kuari batu kapur.

Kerja memindahkan kesemua mayat tadi dari tahun 1785 hingga 1787 dan ketika itu pekerja menyusun tengkorak dan tulang dengan cara tersendiri.

Harap, tak adalah yang tersampuk kalau ke sini ya. Tapi kalau jatuh cinta itu, tak mengapa. Sumber : FB John Mohamed

Oleh
almaswa Haji Che Ros